Tuesday, February 26, 2013

Jadual, bukan cara

Pagi semalam, topik pagi di Radio IKIM berkait dengan berapa jumlah gaji yang membolehkan kehidupan selesa (atau yang lebih kurang seperti itu, saya tak dengar dari awal). Tapi yang saya nak cerita di sini, ada seorang pemanggil nak kongsi cara bagaimana nak kumpul satu juta ringgit dalam masa lima tahun. Rupa-rupanya, caranya ialah - dengan menyimpan lima ratus ringgit sehari! Erkk... Dia ada jugalah cadangkan supaya berniaga supaya boleh dapat lima ratus sehari tu, tapi still ... bagi saya dia cuma menerangkan 'jadualnya' dan bukan 'caranya'.

Teringat saya pernah terbaca panduan menulis novel dalam masa 30 hari. (Lebih kurangnya) Hari pertama, fikirkan plot. Hari kedua, fikirkan dan kembangkan watak. Hari ketiga, tulis bab pertama. Hari keempat, tulis bab kedua. And so on and so forth, sampai hari ke-tiga puluh, semak semula manuskrip anda. Arghhh... ini juga satu bentuk 'jadual'. Tak mustahil untuk dilakukan, tapi ini bukan menunjukkan bagaimana untuk lakukannya.

Kalau begitu saya pun nak kongsikan 'cara' bagaimana nak dapat sepuluh anak sebelum umur 35 tahun. Mula-mula, kahwin selewat-lewatnya pada usia 25 tahun. Setahun selepas kahwin, beranak anak kembar. Dua tahun selepas itu, beranak lagi sepasang kembar. Dan seterusnya, sampai dapat lima pasang kembar. Aci? Hahaha ... (Oklah, 'jadual' saya paling tak logik sekali hehe...)

Friday, February 08, 2013

A short story of 'me and him'

We haven't gotten along too well the past few years. So much so that I have been contemplating on leaving him.

Yesterday, it struck me that I have known him for more than half of my life, seventeen years to be precise. Wow - that's a long time. He started by giving me 50 ringgit allowance per month when I was sixteen, more like a gift, not expecting anything back from me. I dreamt of studying abroad, and he agreed to finance it, thereby making my wish come true. Now, he's giving me thousands of ringgit per month and expected a lot from me. I felt suffocated sometimes, and I felt like I can't be my true self when I'm with him. I wanted out.

But recently, I realised that I still need him, so I've got to make it work again between us. I might not be able to make myself fall in love with him, but at least we can try and be cordial with each other. Thank you Allah for his presence in my life - it is all due to Your boundless mercy. Help me mend things, ya Allah.

(Just to be clear, 'him' here is NOT referring to my husband :) )

Saturday, January 26, 2013

Les Miserables

Alhamdulillah, I had the opportunity to watch this musical film last week with a good friend (terima kasih M sudi temankan :) ). I have never read the book, watched the theatre, or even read the synopsis so I went with an open mind, devoid of preconceptions. And I was completely blown away!

Based on a classic novel by Victor Hugo, the story follows the lives and interactions of several characters in the era of French Revolution in the 19th century, focusing on the struggles of ex-convict Jean Valjean and his experience of redemption (from Wikipedia). It was sad and moving, and I was literally in tears almost from the start to the finish. What a poor condition the society was at that time.


The movie is well-filmed too. I love the close-up technique for the solo songs. You can really see the good acting, all the emotion, every line and crease of the face, every drop of tear and yes, even the saliva - I think it worked well. I was particularly impressed by Anne Hathaway's rendition of 'I Dreamed a Dream' - easily the best scene in the movie. It's no wonder she bagged the Best Supporting Actress Award in the recent Golden Globe for this role. Eddie Redmayne (playing Marius) was pretty good too when he was weeping over his fallen comrades. And so is Hugh Jackman, who's had quite a few solo songs, being the central character. Unfortunately, Russel Crowe was not very expressive, his solo acts didn't invoke much emotions. Samantha Barks's (playing Eponine) solo 'On My Own' sounds a bit pop-ish, if you know what I mean. I knew this movie is a musical so there will be lots of songs, but what I didn't expect was that it's almost 95% songs! Even when the characters speak, they speak in singsong intonations.

150 minutes well-spent.

Tuesday, January 15, 2013

Mimpi indah

Oh, indahnya mimpi awal pagi tadi. Saya bermimpi memeluk gemulah bonda, lama. Dalam mimpi itu, saya berkunjung ke rumahnya di Makkah sewaktu saya pergi ke sana mengerjakan umrah. Al-Fatihah buat bonda yang dirindui.

Thursday, January 03, 2013

Surat buat Munief

Assalamualaikum Munief, anak Ummi yang soleh dan bijak,

Cepat betul masa berlari. Sedar-sedar, Munief dah nak masuk sekolah rendah, satu takah baru dalam hidup Munief. Ummi harap Ummi dan Abi dah beri yang terbaik buat Munief setakat ini. Jika tidak, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kami tidak memegang amanahnya dengan sempurna, dan semoga Munief juga maafkan kekurangan kami.

Munief, Ummi ada beberapa pesanan buat Munief bersempena hari besar dalam hidup Munief melangkah ke alam persekolahan hari ini (semalam):

- Bukan apa yang cikgu ajar di sekolah sahaja yang kita boleh belajar. Ada banyak lagi perkara lain di luar kurikulum sekolah yang boleh kita pelajari. Ingat tak, kita pernah bincang pasal ni? Munief beritahu Ummi, apa yang Munief minat nak tahu lebih lanjut, Ummi akan cuba cari buku, sumber internet, kursus, atau orang yang tahu untuk Munief.

- Sifat ingin tahu Munief kuat dan tidak padam, bagus tu. Ummi suka bila Munief bertanya banyak soalan. Kalau ada peluang, Munief boleh teruskan bertanya pada cikgu dalam kelas. Tapi, kadang-kadang cikgu tidak sempat hendak melayan soalan semua anak murid sebab waktu yang terbatas. Jadi, kalau Munief ada soalan, Munief catatkan dulu dalam buku nota yang Ummi bekalkan (takut terlupa). Insya-Allah, Ummi dan Abi akan cuba jawab di rumah.

- Munief fokus pada cikgu bercakap di hadapan kelas, ya? Dengar, supaya lekas faham. Kalau boleh, duduk di barisan hadapan.

- Kawan-kawan di sekeliling kita banyak mempengaruhi diri kita. Jadi, Ummi harap Munief akan pandai memilih untuk berkawan dengan kawan yang baik-baik.

- Kawan-kawan di sekeliling kita banyak mempengaruhi diri kita. Tapi, jika kita punya jati diri dan kenal siapa diri kita dan nilai kita, kita akan mampu menolak pengaruh kurang baik, malah boleh pula menjadi pengaruh baik kepada kawan-kawan kita.

- Setiap kita ini unik dan berbeza. Munief akan berjumpa dengan orang-orang yang mungkin berbeza daripada kita, tak semestinya perbezaan yang nampak di mata tapi juga yang tidak terzahir, contohnya sistem nilai, sikap, latarbelakang dan sebagainya. Berlapang dadalah dengan kepelbagaian yang Munief jumpa, di samping memperkukuh jati diri.

- Jika ada apa-apa masalah, bertenang dahulu dan kemudian fikirkan cara selesaikannya. Jika rasa apa yang terjadi satu kesilapan besar, fikirlah - satu tahun dari sekarang, apa kesannya? Kadang-kadang perkara itu kecil tapi kita rasa besar.

- Ingatlah Allah selalu dalam apa-apa yang Munief belajar dan buat. Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita.

Akhir kata, Ummi harap Munief akan berseronok di sekolah, belajar banyak perkara baru, merasai banyak pengalaman baru dan mendapat banyak kawan baru! :)


P/S: Only the first day and already I've 'screwed up' yesterday. I'm sorry, my son. The plan was for me to go see you after sekolah agama but was held up by a 'crisis' at work (blergh). I didn't have the sense to call your dad because I thought there is still time. Luckily your MakLong was around to assist you. I waited for you at sekolah rendah and then the pakcik van said he had dropped you off in an earlier trip! I looked for you frantically at the canteen, growing more panicky by the minute and there you are - all cool and no sign of stress at all (the opposite of what I was then). You were listening to the announcement getting the Standard 1 kids to queue by their classes and asked  (in BM), when you see me: Which class am I in, again? You have no idea how relieved I was. You have shown that I shouldn't be worrying much about you. You were cool and calm. Stay that way, son.

Thursday, December 27, 2012

CK: Aku boleh!

Bola boling bergolek keluar. Aku mengelapnya sebentar dengan kain sebelum memasukkan jari-jemariku ke dalam lubangnya dan mengangkatnya. Aku bergerak menghampiri lorong boling dan meluncurkan bola boling dari tanganku dengan yakin. Aku terlompat-lompat ke kanan, cuba menyeimbangkan badan kembali. Degum-degam bunyi pin boling berjatuhan. Boleh tahan, hanya tinggal satu pin masih berdiri.

Aku duduk, menanti bola boling dihantar kembali. Seorang kanak-kanak memandangku dengan lama sekali. Aku melemparkan senyuman mesra kepadanya.

Aku mengambil bola bolingku dan membuat lontaran kedua. Kena! Aku tersenyum puas. Beberapa orang yang tidak ku kenali bertepuk tangan, meraikan dan memberi sokongan kepadaku. Aku kembali ke tempat duduk dan memandang skrin markah. 152. Bukan markah terbaikku, tetapi masih cukup bagus. Alhamdulillah. Rekodku setakat ini 165 markah. Dan aku nekad akan memperbaikinya lagi.

Sebab itulah aku gemar bermain boling. Aku hanya fokus membaiki permainanku sendiri. Aku tidak risaukan pihak lawan. Kadangkala aku bermain juga dengan sahabat-sahabatku, namun ia masih sama. Bola boling aku masih meluncur di lorongku sahaja dan bola boling mereka tidak mengganggu bola boling aku. Aku bermain dengan rentakku sendiri. Semuanya terletak pada kekuatan mindaku. Aku katakan pada diriku bahawa aku boleh, dan sememangnya - aku boleh!

Aku menghirup air minuman menghabiskan sedikit baki yang masih bersisa sebelum melemparkannya ke dalam tong sampah. Aku bangkit dan mengambil tongkat kakiku, dan menyelitnya kemas di bawah ketiak kiri. Dengan langkahan tenang, kaki tongkat kaki tongkat bergilir, aku bergerak ke kaunter bagi memulangkan kasut boling yang disewa - hanya sebelah.


Wednesday, December 19, 2012

Top Ten Recommended Websites For Kids

I'm putting this list here for my reference. I'm only familiar with the first one, will check out the rest soon hopefully. This is list is taken from a friend in FB who shared it from the group 'The Art of Mothering'.

1.http://www.starfall.com/ This delightful website is perfect for kids who are learning to read, or getting ready to read. With simple and fun books, games and activities that inspire imagination.

2. http://www.nga.gov/kids A wonderful site from the National Gallery of Arts that has many unique ways for kids to dive into art appreciation through interactive games and activities.

3. http://progressivephonics.com/ This site is perfect for kids who are learning to read or who are expanding their reading skills.

4. http://storynory.com/ StoryNory has been publishing a free audio book on its website for more than seven years, creating one of the largest and most diverse story collections found anywhere.

5. http://kids.usa.gov/ This website from the US government acts as a portal to other government run sites for kids--showcasing an endless array of great educational activities, coloring pages, posters, videos and project ideas.

6. http://www.treetures.com/ Here kids enter a magical world that will teach them about the importance of the natural environment.

7. http://www.nasa.gov/audience/forstudents NASA has put together some stellar resources and interactive demonstrations for kids and their families.

8. http://kids.islamweb.net/english Is also available in Arabic. A must visit for muslim kids.

9. http://www.spellingcity.com/ is site allows you to enter your child's spelling words to help them enjoy their spelling homework and achieve a perfect score in spelling tests.

10. http://mathrun.net/ A simple game aimed at helping students become quicker at solving mental algorithms.

Thursday, December 13, 2012

Guess where


Well, I just like this composition - the colourful lightings made the shooting water looks very fun and exciting. 

Tuesday, November 27, 2012

It's not meant to be

Pengalaman ini ingin saya rakamkan, meskipun sudah terlewat banyak minggu, bagi tujuan berkongsi dengan rakan-rakan dan juga sebagai rekod untuk diri sendiri.  Kebanyakan rakan-rakan sudah tahu kesudahan cerita saya, jadi saya akan garap dari belakang ke depan (reverse chronological order) sengaja bereksperimen.

Sinopsisnya ringkas sahaja. Saya dan suami merancang hendak menunaikan haji pada tahun ini, namun Allah mentakdirkan tahun ini giliran kami belum tiba - Dia belum menjemput kami. Beginilah manifestasi kehendak Allah:

30 Oktober 2012

Hari kedua saya mula masuk ke pejabat setelah dua minggu mengambil cuti. Kembali ke rutin biasa. Sesekali rasa sedih bertamu, namun lekas dicantas. Tabahlah wahai hati, serahkanlah dirimu sepenuhnya kepada Allah.

Seminggu sudah pun berlalu, barangkali satu tempoh bertenang yang mencukupi. Sejak minggu lepas lagi, kiriman e-mel dari teman-teman satu kumpulan saya hargai. Masing-masing berkongsikan buah fikiran dan refleksi mereka, amat saya hargai. Seorang teman lebih menjiwai maksud menjadi seorang Muslim – submission to Allah. Seorang lagi lebih menghayati konsep pengorbanan bersempena hari raya Aidiladha. Ada yang mengajak kami bermuhasabah, apakah ada hijab yang menghalang kami daripada menunaikan haji tahun ini. Ada yang mengakui pengalaman beberapa hari itu telah mengubah diri mereka. Meningkatkan komunikasi interpersonal dengan Allah. And me, I learn again about humility.

Beberapa hari sebelum tarikh asal kami sepatutnya bertolak, saya ada membuat satu senarai perkara-perkara yang ingin saya lakukan dan beberapa target sebagai persediaan untuk mengoptimumkan masa yang singkat di sana. Saya ghairah menantikan tempoh tiga minggu yang saya jangka dapat difokuskan semata-mata kepada amalan ibadah bagi meningkatkan prestasi rohani, tanpa perlu memikirkan soal anak-anak, rumah, kerja, dan lain-lain. Kini, senarai itu masih di tangan. Tiada sebab bagi saya menanti setahun lagi untuk menyemaknya. Saya sedar kini, masa untuk memulakannya adalah sekarang! Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama, namun memang satu mujahadah berterusan bagi kita. Sama seperti nasihat Prof Muhd Kamil kepada jemaah haji yang baru pulang supaya istiqamah dengan amalan-amalan yang dilakukan di tanah suci, kita yang belum pergi juga harus bermula dari sekarang. Insya-Allah.

Beberapa hari lalu saya ada terdengar sepotong kisah Rasulullah diceritakan oleh seorang ustaz jemputan (maaf, terlupa namanya) dalam Radio Ikim. Baginda dan Aisyah sering berlapar hingga bertahan-tahan berhari-hari hanya dengan sebiji buah tamar. Apabila Rasulullah berdoa agar diberi sedikit makanan, baginda memohon supaya makan sehari, berlapar sehari (bergilir-gilir) supaya baginda boleh bersyukur sehari dan mengadu/merayu kepada Allah hari berikutnya. Ustaz Hussain juga ada mengingatkan tentang istimewanya menjadi seorang Muslim, kerana kita bersyukur apabila beroleh nikmat dan bersabar apabila diuji, dan kedua-duanya akan mendapat ganjaran daripada Allah insya-Allah. Dan kini, adalah masa untuk saya mengadu dan merayu.

Kami redha, insya-Allah. Ada hikmahnya Allah menangguhkan pemergian kami. Barangkali Hasief belum puas menyusu. Barangkali kami belum benar-benar bersedia, dan Dia memberikan kami masa tambahan. Dan ada dua perkara lain yang telah berlaku baru-baru ini yang barangkali memerlukan kami di sini. Jika hikmahnya tidak terlihat pun, saya menaruh sepenuh keyakinan akan perancangan Allah bagi saya. Kami bertemu dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru yang disenangi, malahan silaturrahim dengan seorang saudara dekat yang sebelum ini sedikit renggang juga bertaut kembali, Alhamdulillah.

Kami akan mencuba lagi pada tahun 1434 Hijrah ini, insya-Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan menjemput kami menjadi tetamunya tahun hadapan. Amin.

23 Oktober – 7 Zulhijjah 7 petang

Ustaz memanggil kami semua berkumpul. Saya mula berasa kurang enak, berat hati saya mengatakan beliau akan menyampaikan berita duka. Dan saya tidak salah – Ustaz Hussain memaklumkan kepada kami rundingan tidak berhasil. Dia meminta kami bersabar dengan ketentuan ini. Dalam hati, saya akur dan redha. Namun, air mata mengalir dan terus mengalir. Begitulah ekspresi tulus rasa duka dan kecewa.  Apalah lagi daya kami jika sudah bukan tersurat belum giliran kami untuk menjadi tetamu-Nya tahun ini. Ustaz mengajarkan kepada kami:  QaddarAllahu wa masha a fa’al (قَدَّرَاللهُ وَ مَا شَاءَ فَعَل) “Allah did that what He had ordained to do”.

Saya menelefon kakak saya memohon pertolongan dia menjemput kami dari KLIA. Perkara pertama yang akan kami lakukan setibanya di rumah – menjemput anak-anak dari rumah pengasuh. Rindu menggamit setelah 50 jam tidak bertemu. Rasa letih menjamah diri - letih fizikal, letih minda dan emosi. Namun, minda masih perlu memikirkan – jadi kini, apa berikutnya?

23 Oktober – 7 Zulhijjah 4 petang

Segalanya masih tidak pasti. Ustaz Hussain sudah meminta kesemua kami berkumpul di KLIA. Mungkin itu satu petanda baik. Saya dan suami berpusing-pusing sekitar balai berlepas - memerhati suasana, mencari cerita. Satu kumpulan berpakaian ihram bersana keluarga dan sanak saudara mereka mengerumuni seorang yang berdiri di atas kerusi, barangkali wakil ejen. Dia meminta semua jemaah bersabar dan berkata mereka telah cuba yang terbaik tetapi mereka sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Soalan-soalan berbaur marah menerjah. Di sebelah sana, sekumpulan lagi mendengar taklimat wakil ejen mereka, juga bernada serupa.

Saya lihat beberapa orang wartawan menemuramah beberapa orang, bertanyakan cerita. Seorang calon jemaah menggeletik seperti diserang sawan, barangkali akibat terkejut dengan berita yang diterima, rakus jurugambar mengetik kamera namun dihalang oleh ahli keluarga. Wartawan televisyen dan akhbar menghampiri kami dan bertanya kepada kami pula, namun kami minta mereka rujuk terus kepada Tabung Haji sebagai pihak yang berautoriti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kami ditegur seorang lelaki yang tersenyum ceria, mahu bertukar cerita. Katanya, dia sudah beberapa hari berkampung di KLIA, mencari penerbangan yang boleh membawanya ke Makkah. Dia menepuk-nepuk poketnya seluarnya yang kembung. “Berkepuk-kepuk duit saya dah sediakan. Tadi Tabung Haji kata masih ada dua tempat, saya bersedia hendak bayar, tapi sudah ada dua Datuk ambil,” ceritanya. “Saya betul-betul nak pergi ini.” Kongsinya, dia ada menimbangkan hendak naik bas ke Hadyai dan terbang ke Jeddah dari sana, tetapi mungkin tidak sempat. Sewaktu rancak dia bercerita, seorang wanita merapatinya dan bertanya, “Bagaimana, awak mahu saya aturkan dengan rakan saya di Jordan?” Dia beredar seketika untuk berbincang dengan wanita tersebut. Beberapa ketika dia kembali. Saya bertanyakan option terbaru itu. Katanya, dia boleh terbang ke Jordan dan ambil bas dari Jordan ke Makkah, tapi perjalanan bas itu sahaja mengambil masa 24 jam! Bukan sahaja ada risiko tidak sempat sampai sebelum waktu wukuf, malah juga mungkin dihalang untuk memasuki sempadan dari Jordan ke Saudi. Dia menggeleng-gelengkan kepala. “Terlalu berisiko.”

Saya bertemu satu kumpulan yang diarah pulang ke Kelana Jaya. Mereka sepatutnya menaiki penerbangan Saudi Airlines jam 3 petang tadi, namun tidak dibenarkan kerana rupa-rupanya penerbangan itu khusus bagi jemputan khas kerajaan Arab Saudi sahaja.

Nasib kami masih belum pasti. Ustaz Hussain masih berunding dengan beberapa pihak.

23 Oktober – 7 Zulhijjah 1 petang

Kereta yang dipandu sudah memasuki ruang letak kereta KLIA, apabila SMS baru menerjah telefon. “Ustaz kata tidak perlu ke KLIA dahulu kerana urusan tiket masih belum selesai.” Ya Allah, dugaan apakah lagi ini? Alang-alang sudah sampai, kami terus ke balai perlepasan, mencari rakan-rakan yang lain dan mendaparkan maklumat tambahan. Saya terkejut mendapat tahu, kami bukannya termasuk dalam tiga pesawat khas yang ditempah Tabung Haji. Khabarnya, meski pun tempat duduk dalam pesawat Saudi Airlines ada, namun ia masih tidak mendapat kebenaran untuk membawa kami. Oh, masih masalah yang sama? Hati masih mengharap, namun diri sudah mula mempersiapkan mental untuk menghadapi kemungkinan terburuk. Pray for the best, but prepare for the worst! Ya Allah, bantulah kami!

22 Oktober – 6 Zulhijjah

Lewat malam, kami mendapat panggilan telefon, menyatakan sudah ada tempat buat kami dalam penerbangan Saudi Airlines jam 4 petang. Alhamdulillah!

21 Oktober – 5 Zulhijjah

Semalaman tadi saya tidak tidur, namun keletihan tidak terasa. Hati saya melonjak riang! Aku akan terbang pagi ini, insya-Allah! Selepas Subuh, saya menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Kemudian, adik saya datang menjemput kami di rumah dan menghantar kami di KLIA.

Saya sedikit mengah kerana berkejar ke kaunter daftar masuk Qatar Airways. Kak M berkata kepada saya, “Sis, catch your breath first.” Kemudian dia menyambung, “We can’t check in.” Saya melongo, terpinga-pinga. Saya diberitahu Qatar Airways tidak dibenarkan menerbangkan kami di Jeddah. Saya hairan. Penerbangan ini wujud atau pun tidak? Bagaimana pula ejen boleh menempah tiket penerbangan yang tidak wujud? Kemudian, saya dijelaskan bahawa penerbangan itu memang wujud, namun mereka cuma boleh membawa penumpang dengan visa perniagaan/kerja tetapi bukan bagi penumpang dengan visa haji atau ziarah. Ibu mertua dan kakak saya yang mendengar penjelasan itu semakin kehairanan. “Mengapa pula jemaah haji yang tidak boleh dibawa masuk? Patutnya merekalah diberi priority!” Saya faham sedikit, kerana saya ada mendengar bahawa kerajaan Saudi hanya membenarkan Saudi Airlines sahaja untuk membawa jemaah haji masuk pada hari-hari terakhir sebelum wukuf, sebuah dasar monopoli. 

Kata ketua kumpulan kami, pihak ejen dan ustaz sedang menelefon beberapa pihak bagi mencuba menyelesaikan masalah kami. Saya menunggu dengan penuh harap. Namun, waktu gate ditutup masih belum ada sebarang kata putus. Qatar Airways tetap berkeras tidak mahu membenarkan kami masuk, kerana dikhuatiri pesawatnya tidak akan dibenarkan mendarat dan penumpang lain pula akan terjejas. Ketua kumpulan kami meminta kami pulang dan menunggu di rumah. Berderau darah saya mendengar pengumuman beliau. Lemah. Tapi, saya hadapi dengan positif. Kata adik ipar saya, ada lebih kurang 1500 orang jemaah haji Malaysia yang baru mendapat visa dan belum ada penerbangan. Ejen-ejen sedang berkumpul dan berbincang dengan Tabung Haji bagi menyelesaikan masalah ini. Masih ada jalan! Insya-Allah, kita masih ada peluang!

20 Oktober – 4 Zulhijjah

Beberapa hari menunggu dalam debaran dan munajat kepada Yang Maha Berkuasa, kami mendapat panggilan telefon menyatakan bahawa visa kami telah diproses dan keluar daripada kedutaan. Alhamdulillah! Kami lantas sujud syukur dan bersolat hajat memohon supaya Allah perkenankan hajat kami hendak menjejakkan kaki ke tanah suci dan menunaikan haji tahun ini.

Waktu-waktu akhir ini, cukup sukar bagi ejen kami mendapatkan penerbangan. Pada waktu petang, kami dimaklumkan kumpulan kami akan berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan terbang dengan penerbangan pagi jam 10.20 pagi dan kumpulan kedua jam 9 malam. Kedua-duanya dengan Qatar Airways dan dijadualkan transit di Doha sebelum menaiki pesawat lain ke Jeddah.

17 Oktober – 1 Zulhijjah

Barang-barang semuanya sudah dibeli dan siap dikemaskan dalam beg. Namun, kami masih belum mendapat visa! Tarikh penerbangan dijadualkan pada 18 Oktober dengan Saudi Airlines. Berdebar dan gementar. Ya Allah, Ya Allah, permudahkanlah.

Pada waktu petang, kami dipanggil ke pejabat ustaz. Beliau mengumumkan bahawa ejen sudah membatalkan penerbangan kami keesokan harinya kerana visa masih belum keluar. Saya menangis semahunya. Apakah tiada rezeki bagi kami untuk pergi ke Makkah tahun ini? Namun, ustaz memberikan kami harapan. Katanya, pihak kedutaan tidak memulangkan passport kita kosong. Mereka masih memegangnya dan menyuruh kita menunggu. Maknanya, kita masih ada peluang untuk mendapat visa.

6 Oktober 2012

Kami menghadiri kelas persiapan yang terakhir dan bagasi besar berisi telekung dan set ihram sudah diagihkan, namun visa kami masih di kedutaan, meskipun sudah hampir sebulan dihantar ke sana. Bukan sedikit antara kami yang resah. Ustaz memberikan kami kata-kata semangat. “Usah risau. Ini perkara yang biasa berlaku. Mereka sangat sibuk di kedutaan. Ini baru ujian kecil. Bersabarlah dan berdoalah banyak-banyak.”

17 Julai 2012

Surat rayuan kepada Tabung Haji dan panggilan telefon kepada TH Travel tidak membuahkan hasil. Saat kami mula pasrah dan akur bahawa mungkin belum rezeki kami menunaikan haji tahun ini, rakan sekerja saya J memberikan nombor Ustaz M bagi dihubungi. Katanya, masih ada tempat tahun ini. J telah pergi bersama kumpulan ini tahun lepas dan amat berpuas hati dengan pengalamannya. Saya pun menghubungi Ustaz M. “Insya-Allah, masih ada tempat. Nasib baik puan hubungi saya segera. Dalam masa beberapa hari ini, 1 Ramadan, pendaftaran di Saudi akan ditutup.” Alhamdulillah! Saya lekas meminta dia menghantar maklumat lanjut dan cara pembayaran supaya saya dan suami dapat mengambil tindakan seterusnya. Dalam hati, ada rasa berbunga-bunga. Ya Allah, jemputlah kami menjadi tetamu-Mu tahun ini!

Friday, October 12, 2012

Blissful Sunday

Sarapan di belakang rumah Ahad lepas. Alhamdulillah, nyaman sungguh dengan angin bayu bertiup lembut dan pemandangan hijau yang mendamaikan. Cuma nyamuk sahaja sedikit mengganggu.


Dan ini pula anak-anak dengan basikal roda tiga (trisikal?) yang baru dibeli. Bolehlah Hasief join Abang dan Kakak main basikal petang-petang. Tapi masih perlu ditolaklah ... Nanti besar sikit, Hasief kayuh sendiri, ya?


  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP