Mengambil semangat
Saya ini, selalunya lama contemplate atau menimbangkan sebelum publish sesuatu di blog ini, memandangkan tempat ini terbuka (sesiapa pun boleh baca). Dan saya ini, lebih suka berkongsi setelah sesuatu itu berstatus pasti. Walaupun saya tahu berkongsi matlamat atau gol/target dengan orang lain dikatakan boleh menjadi motivasi bagi diri, namun saya lebih kepada 'segan'. Takut rasa 'malu' kalau tidak berhasil.
Namun, hari ini berbeza. Mengambil semangat daripada pengalaman saya di pejabat Galeri Ilmu semalam, saya berazam untuk melebihkan tindakan (just do it!) dan mengehadkan 'angan-angan' (I've not been good with executing my plans before). Tambahan pula, pagi semalam saya mengambil dua tindakan 'spontan' dan hasilnya menyenangkan hati, jadi pengalaman positif itu pun membantu.
So, what am I working on?
1. Sebuah cerpen telah dihantar sebagai penyertaan Sayembara Menulis Cerpen Majalah Asuh, namun belum disiarkan atau ada jawapan.
2. Sebuah lagi cerpen sedang ditulis bagi menyertai Sayembara Menulis Cerpen Majalah Anis. Saya perlu disiplinkan diri untuk siapkan tulisan ini!
3. Satu proposal buku telah ditolak dengan lembut (jawapannya, belum lagi buat masa sekarang). Saya rasa agak kecewa sebab saya memang betul-betul teruja dan tidak sabar mahu memulakan projek ini. Saya ada terfikir hendak menghantar proposal ini kepada penerbit lain pula, tapi ada rasa 'kesetiaan' kepada Galeri Ilmu yang menghalang saya.
4. Satu proposal novel (yang tidak lengkap sebab tiada bab contoh) telah dihantar, dan setakat ini saya terima maklum balas positif daripada Editor Karya Kreatif Galeri Ilmu. Saya tidak menganggapnya sebagai 'greenlight' atau sebetul-betul "ya, kami akan terbitkan", sebaliknya saya harus disiplinkan diri untuk siapkan bab contoh supaya surat tawaran betul-betul boleh diberikan. Saya hampir tergelak apabila Encik Amir kata semalam "Cubalah tulis satu bab setiap minggu." Kalau dapat satu bab setiap bulan pun sudah dikira pencapaian yang tinggi berbanding kadar sekarang. Saya baru menitipkan lebih kurang tiga ribu patah perkataan (hanya sepanjang sebuah cerpen) setelah berbulan-bulan bermula sedangkan sebuah novel memerlukan sekurang-kurangnya 30 ribu patah perkataan!
5. Saya bekerjasama dengan seorang rakan (seorang freelance illustrator) untuk menghantar sebuah manuskrip buku kanak-kanak ke sebuah pertandingan (tarikh tutupnya hujung bulan ini). Bahagian saya adalah konsep dan teks, dan rakan saya pula menyiapkan ilustrasi dan layoutnya. Saya suka projek ini sebab ada tarikh akhir untuk dikejar dan rakan kolaborasi membuatkan saya tidak dapat berlengah-lengah (seperti item 2 & 4 di atas). Doakan kami menang! Jika tidak memang, kami mahu cuba hantar kepada mana-mana penerbit yang berminat hendak terbitkan.
6. Setelah terjemahan Daddy-Long-Legs terbit, saya telah bertanya kepada Editor Terjemahan PTS One sama ada berminat untuk buku berikutnya (saya telah terjemahkan 10 daripada 33 bab buku Anne of Green Gables), namun setakat ini beliau menyatakan bahawa mereka akan nilai dahulu prestasi jualan buku Daddy-Long-Legs untuk melihat sama ada pasaran untuk karya klasik terjemahan cukup besar atau pun tidak. Perlu follow-up dengan beliau dalam seminggu dua ini.
7. Saya bekerjasama dengan seorang rakan yang lain pula (seorang programmer) untuk membangunkan satu idea perniagaan internet. Masih di peringkat perancangan. Saya mengharapkan dapat bermula tanggal 1 Januari 2013, tapi ada kemungkinan tarikh launch terpaksa ditangguhkan.
8. Saya mahu revive perniagaan t-shirt kanak-kanak yang saya mulakan pada tahun 2008 lepas tapi telah terbengkalai. Saya perlu update blog berkenaan dan mula membuat promosi sedikit sebanyak, termasuklah melalui FB. Stok masih banyak - kalau tidak jual, saya yang rugi.
Ada lagi perkara-perkara lain yang sedang saya usahakan (I'm working on them and excited about them!) tapi bukan temasuk di bawah usaha-usaha untuk mencapai cita-cita saya. Saya belum kongsikan cita-cita saya? Ya, pada usia saya 32 tahun, saya bercita-cita mahu menjadi 'A combo of entrepreneur, writer and inventor'. Langkah-langkah (kecil) ke arah dua yang pertama itu sudah ada, namun yang ketiga itu masih agak obscure, sangat samar-samar. Apa yang hendak saya invent? Hahahah :)
There you go. Tiada berpatah balik. Maka saya kena juga buat!





















