Ada apa dengan 'berjabat tangan'?
Gambar di atas ‘dipinjam’ daripada blog my BIL (aik, asyik ‘pinjam’ je?). Tindakan Presiden Iran Ahmadinejad ‘menyambut’ huluran tangan wanita itu (yang saya kira juga seorang pemimpin ternama) dengan sekadar membongkokkan sedikit badan sebagai tanda hormat cukup saya kagumi. Agak terasa juga sebenarnya, sebab isu berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim ini memang isu peribadi saya semenjak mula bekerja hampir tiga tahun yang lampau. Kalau dulunya saya gunakan alasan standard: niat tidak mahu memalukan mereka yang tidak tahu, hari ini saya tidak lagi boleh terus menggunakan alasan yang sama, kerana saya telah membaca dalam satu Q&A sebuah majalah satu soalan berkaitan dengan isu ini. Ustaz Wan Akashah menjawab: mengapa kita harus ‘takut’ untuk memalukan orang lain, sedangkan kita harus lebih takut dan malu dengan Allah? Astaghfirullahal’azim, memang satu tamparan.
Ah, bukan ini satu isu kecil? Ujar sesetengah pihak mungkin. Pada luarnya, mungkin isu ini keliharan remeh, tetapi ia penting pada fikiran saya kerana: Satu, ia berbalik kepada betapa kuat saya berpegang kepada prinsip saya (what do I base my decisions on?). Dua, sebagai seorang yang tidak layak untuk mentafsir segala usul-al-fikh, saya telah membuat keputusan untuk mengikut Imam Shafi’e, maka saya harus mengikut semuanya bukan sekadar memilih (pick and choose) hukum mana yang saya sukai. Tiga, ini adalah satu contoh yang mana rakan-rakan kita yang bukan Islam tidak mengetahui bahawa bersentuhan kulit sesama bukan muhrim adalah haram kerana ia kurang diamalkan. Sama ada di jalanan atau di kaca tv, sama ada rakan pejabat atau pemimpin negara, isu ini bagai dipandang lewa atau lebih tepat tidak dipandang pun. Kakak saya sendiri, sewaktu melapikkan tangan dengan kain tudung sewaktu menyambut huluran tangan seorang pegawai tinggi kerajaan, telah ditempelak sinis, "Amboi, ustazah.." Kita mungkin tersilap jangka (underestimate) impak perbuatan kita dan tanggungjawab (accountability) kita; contohnya jika pelajar-pelajar sekolah mencontohi perbuatan gurunya yang disangka betul (tetapi sebenarnya tidak), bagaimana agaknya 'saham' guru tersebut? Empat, this is another ice cube; yang zahir hanya sebahagian kecil, tetapi di bawah permukaan air masih banyak isu berkaitan yang tidak kelihatan. If this act is considered ‘negligible’, where do we draw the line? Will missing solahs be deemed ‘negligible and acceptable’ too, soon? (Na’udzubillahi min zalik, but already we are seeing signs of this, honestly.)
Wallahu’a'lam. Tapi saya berazam untuk memberanikan diri menolak huluran tangan, semoga Allah mengilhamkan saya cara yang berhikmah.
0 comments:
Post a Comment