Nikmat Islam
Saya cukup suka mendengar kisah-kisah pengalaman saudara baru memeluk Islam. Saya cuba jadikan kisah mereka satu peringatan supaya saya terus mensyukuri nikmat Islam. Beberapa hari lepas saya berkesempatan mendengar cerita Muhammad bin Abdullah, atau Nicholas Sylvester yang merupakan Pengerusi Pusat Hidayah JIM. Beliau datang dari keluarga yang kuat pegangan Kristiannya. Tambahan pula di Sabah, persepsi rakyat tempatan terhadap Islam agak negatif, antaranya disebabkan pendatang Filipina Muslim yang menimbulkan masalah sosial, ujar beliau. Beliau cuma mula dikenalkan kepada Islam setelah bersekolah di Batu Pahat, Johor di sebuah sekolah yang majoritinya pelajar Islam. Berikut merupakan antara faktor-faktor yang telah mendorong beliau untuk mula mendalami agama Islam.
- Disebabkan latarbelakang keluarga beliau yang kuat agama, naluri ke arah agama dan tuhan memang telah wujud dalam diri beliau.
- Rakan-rakan Islamnya di sekolah bertanyakan mengenai Kristian, tetapi beliau tidak dapat menjawab kebanyakan soalan-soalan tersebut. Apabila ditanyakan kepada paderi di gereja juga, tiada jawapan yang memuaskan.
- Beliau sangkakan beliau ‘kuat agama’ dengan berkunjung ke gereja setiap minggu, berdoa setiap malam, tetapi beliau lihat rakan-rakan lebih banyak amalannya, dengan solat sahaja 5 kali sehari, belum lagi cerita kisah puasa dan lain-lain.
- Beliau berpeluang membaca Bible sendiri sepenuhnya (di gerejanya di Sabah dahulu, paderi tidak mengizinkan orang membaca Bible sendiri kerana khuatir ‘salah tafsir’), dan mendapati banyak amalan dalam kitab itu yang tidak diamalkan oleh orang Kristian tetapi diamalkan oleh orang Islam contohnya berkhatan, tidak makan khinzir, berwudhu’, sujud dan sebagainya.
- Beliau lihat pelajar senior yang membuli junior sekali pun, apabila dikunjungi ibu bapa, bersalam tangan mesra dan penuh hormat.
- Beliau masuk kelas Pendidikan Islam apabila 'bosan' dengan kelas Pendidikan Moral.
- Suatu malam, ketika keluar bandar tanpa kebenaran, beliau terdengar alunan bacaan al-Qur’an dalam satu musabaqah dan begitu terpesona. Subhanallah, begitu hebat sekali mukjizat dan keindahan al-Qur’an.
- Apabila melanjutkan pelajaran ke Amerika pula, beliau melihat keindahan Islam pelbagai bangsa bukti tiada perkauman dalam Islam (I felt the same thing when I was in England!)
Akhirnya, Sdr Muhammad memeluk Islam di Amerika. Pulang dari mengucapkan syahadah, beliau mandi dan menangis kegembiraan dan kelegaan. Saat itu, beliau rasakan bahawa itulah keputusan paling betul pernah diambilnya. Mengakhiri kisah beliau, disebutnya berulang-ulang kali “Tidak seorang pun kawan Islam saya mengajak saya masuk Islam” dengan nada berbau kesal. Setelah pulang ke Malaysia, beliau bergiat cergas dalam arena dakwah. Salah satu daripada peranan yang beliau mainkan ialah memberikan kaunseling kepada orang Islam yang menyatakan hajat hendak murtad (referred by Mahkamah Syariah), terutama ke agama Kristian memandangkan beliau punyai banyak ilmu agama tersebut. Berkongsi pengalaman, beliau menyatakan bahawa memberi kaunseling kepada mereka yang ingin murtad atas sebab agama adalah jauh lebih mudah berbanding dengan mereka yang ingin murtad atas sebab percintaan. Sdr Muhammad percaya hukum hudud bunuh adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah jumlah golongan murtad yang meningkat, kerana hak komuniti melebihi hak individu, tetapi hukum itu masih tidak sesuai dijalankan di sini khususnya kerana masih kurang sokongan kepada saudara-saudara baru, yang merupakan golongan paling ramai murtad. Temuramah dengan beliau pernah disiarkan dalam akhbar BH dan UM beberapa bulan lalu.
Berbalik kepada kesalan beliau “Tidak seorang pun kawan Islam saya mengajak saya masuk Islam”, beliau menceritakan, di dalam sebuah ceramah, beliau bertanyakan pendengar yang berjumlah 3 ribu orang: Siapakah yang pernah menceritakan tentang Islam kepada rakan bukan Islam dengan niat untuk mengajak dia masuk Islam? Hanya 3 orang yang mengangkat tangan. 0.1%! Itukah statistik kita? Tetapi, saya rasa climate di Malaysia memang kurang kondusif, agama menjadi satu hal peribadi yang tidak biasa dikongsi, hasil pemikiran sekular barangkali. Tambahan pula, Melayu dikaitkan rapat dengan Islam, dan ini mengurangkan sentimen 'Islam untuk semua' dalam konteks Malaysia. Saya masih ingat sewaktu di England, ahli Persatuan Islam universiti saya membuka kaunter penerangan di kawasan orang ramai setiap hujung minggu, dan sambutannya boleh tahan juga. Ceramah-ceramah agama pula banyak juga dihadiri oleh kalangan mereka yang bukan Islam. Indah sekali saya saksikan apabila beberapa orang yang pada awalnya duduk di sudut bilik sewaktu solat Jumaat sebagai pemerhati dan tidak lama kemudian masuk ke dalam saf. Suasana dakwah di sana segar dan dinamik!
Tetapi di sini... Ya, malangnya di sini saya sendiri bagaikan kaku, biar dikelilingi rakan-rakan sepejabat bukan Islam saban hari. Kadang-kadang saya terfikir juga, bagaimana agaknya reaksi mereka jika suatu hari saya tanyakan kepada X atau Y atau Z, "Would you like to know more about Islam?" Saya cuba selitkan di mana berpeluang (tapi kadang-kadang terlepas peluang, seperti dalam cerita Nisfu Sya’aban sebelum ini), walaupun kadang-kadang jadi pelik.
Colleague: Mynie, can you join us for lunch or do you have to go for Friday prayers?
Me: Friday prayers are compulsory for men, not women, although it’s actually quite good to go because the imam would give khutbah on current issues usually. I used to go to Friday prayers when I was in England, but here they usually use the women’s section for the men as well because of space constraint. The men are supposed to share the learning points with their family lah.
Colleague: *blink blink* Err… OK.
*Sigh…* Menyampaikan Islam bukan sahaja tanggungjawab yang diseru, tapi secara naluri juga it makes sense – you’d want to share the good things with people you care about right? Or rather, if you see a house on fire, you would wish to rescue the people inside the house, wouldn’t you? Tapi dengan ilmu yang kurang (both ilmu agama dan teknik berdakwah), banyak lagi yang perlu saya usahakan. Saya cuma mengharapkan imej dan pembawaan diri saya mengundang mereka yang ingin tahu untuk bertanya.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
O our Sustainer! Let not our hearts swerve from the truth after Thou hast guided us; and bestow upon us the gift of Thy grace: verily, Thou art the [true] Giver of Gifts.
Ali Imran: 8
0 comments:
Post a Comment