Tuesday, November 14, 2006

Bertamu di sebuah kota

Alhamdulillah, saya (dan keluarga) sempat bermusafir hujung minggu lepas.

Di lapangan terbang. Saya terpandang seorang abang dan dua adik perempuannya (jangka saya semata). Adik-adik tersenyum gembira kerana abang membelikan makan malam istimewa. Tanpa sedar, saya tersenyum sama; dan berbalas pula. Di luar. Seorang pemandu teksi sedang menunggu penumpang. Sambil membaca sebuah kitab agama. Di tepi jalan. Saya terpikat melihat sebuah surau yang indah nian; bahan binanya kayu belaka, gaya kampung bertiang tinggi. Dari tingkapnya saya lihat sekumpulan lelaki sedang merapatkan sof untuk bersolat jama’ah. Berlatarbelakangkan langit jingga mentari terbenam. Sungguh picturesque, sayang tak sempat ambil fotonya. Di bandar. Pelik, bagai ada sesuatu yang tidak kena. Oh, tiada sampah-sarap. Sejuk mata memandang. Di pasar. Saya sedang bergegas tatkala dikejut ringkas “Kak, jatuh ni”. Saya senyum bersyukur, masih ada rezeki saya menggunakan jam tangan ini.

Agak-agak, di manakah saya bertamu?

4 comments:

Anonymous

picturesque: cantik, menarik :)

Anonymous

Yes yes, I know you prefer 'pure' sentences - tak campur-campur bahasa. But don't you think 'cantik/menarik' don't quite explain what I wanted to convey? :)

Anonymous

ehem... mana gambar raya wan??

Anonymous

so sori my dear, dah berminggu tangguh ;p my current target - end of next week. insyaAllah.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP