Show me the right path
Sejurus selepas acara tamat, orang ramai berpusu-pusu keluar dari dewan. Aku dan suami menurut di belakang. Pintu keluarnya pula lain daripada pintu masuk, kami keluar berhadapan dengan koridor asing yang tidak ketahuan hujung pangkalnya. Menapak seketika, hati mula diruntun curiga, betulkah ini jalan keluarnya?
"Abang, betul ke ikut sini? Kan kat dinding tu tunjuk arah yang bertentangan? Atau, tempat ni designnya macam roundabout?” aku merujuk pada teman hidup matiku.
“Betul kot. Dah semua orang pun ikut jalan ni. Kita first time di sini; diorang pasti dah biasa.”
Tiba-tiba gerombolan berhenti. Rupanya sudah bertembung jalan mati.
Aku dan suami saling berpandangan, lantas terus berpaling dan melangkah mengikut arah di dinding. Kami ketawa kecil, tapi dalam hati memikirkan “Bodohnya aku!”
Insiden kecil, tetapi cukup buat peringatan bagi diriku. Apakah boleh aku hanya ‘ikut orang’ atau follow the crowd? Apatah lagi bila sudah nampak tanda-tanda sebaliknya, dan mula rasa ragu. Aku pilih begini kerana ‘ikut orang’ tidak boleh jadi alasan! Sesat di jalan keluar dari bangunan tidak mengapa, tapi bagaimana jika sesat di jalan kehidupan? A’udzubillahi min zalik. Ya Allah, show me the right path!
3 comments:
agaknya org lain mcm mynie & hubby juga..sama2 tak biasa dan main agak2 juga :D
mardhiah12, nampaknya begitulah. kes si 'buta' mengikut belakang si 'buta' yg disangka 'celik' heheh :)
mynie,thanks for da sms....masatu takleh reply...sebab tak terdaya...huhu...
doakan akak cepat sembuh ya.
Post a Comment