Lima tahun
Post hari ini ditujukan khas buat MHH yang tercinta.
Hari ini hari istimewa kita. Meski pun kita biasa-biasa saja merai hari ini saban tahun, tapi tahun ini dirasakan sedikit berbeza, mungkin kerana angka lima yang ku rasa ‘genap’. Lima tahun yang begitu pantas, tidak terasakan bagai lima tahun. Alhamdulillah, syukurku pada Allah atas anugerahNya yang maha hebat dan tidak ternilai buat kita. Ku panjatkan doa semoga kasih kita akan terus kukuh bernaung di bawah rahmah dan mawaddah kasih agungNya.
Membaca artikel tulisan Ustaz Hasrizal bertajuk Pertemuan Bukan Milik Kita bulan lepas (copied and pasted di bawah), teringat kisah kita saat ini. Tentunya dapat kita hayati kebanyakan yang dikisahkan beliau… dan betapa indahnya puisi di akhir artikel itu – ku tujukan khas buatmu. Sukarnya berjauhan - menghadapi hari-hari yang sarat berisi kerinduan padamu. Tapi kita mampu, insyaAllah. Dan ku doakan senantiasa, semoga Allah mempermudahkan urusan kita, supaya hari-hari berjauhan akan segera berlalu… insyaAllah.
KENANGAN DI AWAL LANGKAH PERJALANAN
“Perantau, musafir perjuangan. Tabahkanlah hatimu…”, lembut suara Nazrey mengalunkan nasyid Perantau dari kumpulan The Zikr itu.
Berulang kali.
Mata masih jauh melepaskan pandangan ke padang hijau yang luas. Biri-biri berkelompok putih bagai salji. Terhibur hati saya melihat si anak kecil terlompat-lompat mengejar ibu kedahagaan susu.
Ah, panjang sungguh perjalanan ke Galway.
Tangan masih lenguh, telinga masih berdengung. Ahad adalah hari yang sungguh mendera saya.
Masakan tidak. Mengendalikan hampir 100 murid pelbagai ragam dan garam, saya tidak hanya bertugas sebagai pengetua, malah turut sama mengkeranikan urusan pejabat, dan mengganti guru yang bercuti. Walaupun minggu demi minggu saya mengulangi rutin yang sama, namun menempuh Sabtu dan Ahad di Belfast, sungguh menyempitkan dada.
Tetapi berat Sabtu dan Ahad itu bukanlah tertumpu kepada beban letih badan atau fikiran, tetapi ujian kesabaran kepada perasaan. Baru sahaja dua bulan kami berumahtangga, saya dan isteri terpaksa duduk berjauhan, demi tugasan.
OKTOBER 2001
“Abang dah dapat surat dari Belfast Islamic Centre ni. Kalau ikutkan, Presiden minta abang mula pada 1 November. Na macam mana?”, saya bertanya.
Isteri saya hanya mendiamkan diri. Ya pun tidak. Tidak pun tanpa suara.
“Tak apa. Memang kita dah jangka sejak sebelum kahwin lagi yang kita akan duduk berjauhan”, kata isteri saya.
Sepi…
Malam ini adalah malam terakhir kami makan bersama. Walaupun rumah sewa kami hanya bedsit di selekoh Inchagill Road, itulah mahligai bahagia kami, rumah pertama selepas mendirikan rumahtangga.
Saya tahu yang isteri saya sedih. Makannya pun tidak berselera.
Semenjak kami berumahtangga pada September 2001 dan terus pulang ke Ireland untuk meneruskan kehidupan, saya mengisi bulan-bulan pertama rumahtangga kami dengan sokongan penuh saya kepada isteri yang sedang menempuh housemanship yang amat mencabar. Oncall hampir selang sehari, saya harus memainkan peranan menyokong emosi dan memberi kerehatan kepadanya.
Seawal 6 pagi, saya sudah ke dapur menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa oleh isteri ke hospital. Dalam kabus dingin isteri saya sudah menaiki teksi menuju ke Hospital Merlin Park yang terletak kira-kira 15km dari rumah kediaman kami. Tinggallah saya di rumah sendirian.
Mengemas rumah… rumah kecil yang mudah disusun atur.
Memasak.
Membaca buku dan membuat nota untuk kelas hadith, satu-satunya komitmen saya agar tidak beku otak tinggal tanpa pekerjaan di Galway ketika itu. Saya mengajar kitab Hadith 40 syarahan Jamaluddin Zarabozo di Bangunan CSI untuk pelajar-pelajar Muslim NUI Galway.
Sebelah petang, sesekali saya akan ke kedai bunga di hadapan hospital, membeli kuntum-kuntum Carnation yang baru mekar. Carnation merah adalah favourite isteri saya. Rumah kami sentiasa ada sejambak Caranation segar, manakala yang layu kami keringkan untuk hiasan. Bersama jambangan Carnation itu saya menunggu isteri pulang dari Merlin Park Hospital dan kami sama-sama berjalan pulang ke rumah sambil menghirup angin nyaman Laut Atlantik yang luas terbentang di sisi bandar Galway nan indah.
Dan bermula dari November 2001, segala-galanya berubah. Isteri saya terpaksa tinggal sendirian di rumah. Saya ke Belfast untuk menerima tugasan sebagai Minister of Religion sebagaimana yang ditawarkan.
LAMUNAN TERHENTI
Ahh.. sudah pun sampai ke Enniskillen.
“Abang dah sampai mana?”, sms dari isteri saya dibaca di telefon.
Saya tersenyum. Tentu penat dia menanti.
Enniskillen adalah bandar terakhir Northern Ireland sebelum saya merentas sempadan masuk ke Republic of Ireland untuk perjalanan ke Galway.
Sunyi sungguh bandar ini. Stesyen bas Enniskillen terletak di atas sebuah pulau yang berada di tengah-tengah sungai Erne. Enniskillen terkenal dengan Marble Arch Cave di Florencecourt.
Jam sudah pukul 6. Sepatutnya masih awal. Tetapi pada musim sejuk, pukul 6 itu sudah Isyak. Saya menjamah sandwich telur yang dibeli di kafe berhampiran. Bas ke Galway via Sligo baru bertolak.
Perjalanan dari Enniskillen ke Galway lebih mencabar. Jalan yang bergunung-ganang, berlengkok-lengkok merentas kawasan Midland sebelum transit di bandar Sligo. Alhamdulillah perjalanan kali ini saya tidak perlu menukar bas.
Ramai juga yang turun di Sligo. Bandar ini adalah bandar kelahiran kumpulan boyband yang terkenal iaitu Westlife. Tetapi saya lebih berminat untuk mengenang Sligo sebagai bandar mastautin William Butler Yeats yang menjadi pencetus kepada Irish Literary Revival.
Lewat jam 11 malam baru saya tiba di Galway.
Segala kepenatan hilang apabila isteri menyambut dengan senyuman, selepas lebih sebulan tidak bertemu.
Alhamdulillah perjalanan selamat semuanya…
KENANGAN
Semua itu adalah kenangan saya dan isteri semasa kami baru berumahtangga. Hampir setahun kami tinggal berjauhan. Perjalanan dari Belfast ke Galway adalah kira-kira 8 jam dengan menaiki bas. Malah jika saya perlu menukar bas di Sligo, keseluruhan perjalanan mencecah 12 jam. Biar pun segalanya perit untuk ditempuh oleh kami pada usia perkahwinan yang begitu muda, rupa-rupanya di sebalik kepahitan itulah adanya kemanisan.
Kini, apabila segalanya kami kenang kembali, masing-masing ketawa memikirkan betapa ‘angau’nya diri ketika itu. Tambah pula dengan rasa tidak puas hati Saiful Islam yang tidak bertemu dengan dirinya pada foto-foto kami semasa itu.
“Yop dekat alam roh masa tu!”, saya memberitahu.
“Oo, kat alam roh!”, jawabnya. Entah apalah yang difahaminya tentang alam roh itu… kami biarkan Saiful Islam mengelamun sendiri.
Tinggal berjauhan seperti itu bukanlah sesuatu yang baik namun keadaan-keadaan tertentu memaksa kita begitu. Syukurlah kerana rumahtangga kami dibina atas komitmen masing-masing kepada-Nya, maka Dialah tempat kami meletakkan kepercayaan dan harapan agar bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah.
PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA
Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi
Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi
Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah
Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah
ABU SAIF 23 July 2007
8 comments:
mynie, happy anniversary! ceritalah camne jumpa...:D
aini, thanks :) camne jumpa? cerita biasa je - teman sekuliah di uni.. tu lah jadinya kahwin before grad heheh ;)
Happy Anniversary :)
Happy anniversary ye mynie...
Ye lah, rasa macam baru je pegi your wedding with my husband...hehe...
Anyway, perkahwinan memang banyak dugaan dan cabaran, itulah yg mendatangkan kemanisan...
mynie,
happy anniversary! tough tak kawin before grad. can't imagine how to deal with it myself!
salam mynie,
Happy wedding anniversary!May Allah keep you both in love and iman, for dunia and akhirat.
happy anniversary! dah 5 tahun ek,kejap aje rasa. macam baru aje pi makan kenuri mynie.
first time jumpa mynie masa kenuri korang kat umah hanif di klang :).masa tu mynie lum kenal lagi akak kot.hehe
dearest h, :) :) :)
kak cuya, kak ana, umi, and kak najah, many thanks for the wishes :)
kak ana tanya, tough tak kawin b4 grad? on the contrary, rasa mcm perpetual honeymoon! hehe :) agaknya sbb kitorg seuni dan sekursus, very convenient - gi lectures sama2, boleh discuss n tanya each other (usually saya la yg byk menanya cik abang bila tak paham hehe), gi jln2/travel sama2. lg pun, masing2 ada scholarship so takde issue dr segi finances... it was one of the best decisions i've ever made! Alhamdulillah..
Post a Comment