Thursday, August 07, 2008

Tadaa!!

Teruja dengan kek yang Kak Najah buat baru-baru ni, saya pun gatal tangan nak cuba betul-betul. Sebelum ni pernah cuba decorate kek, tapi cuba ‘main-main’, guna apa yang ada. Tapi hujung minggu lepas, saya beli 2 nozzle (RM2.80 dan RM6.50 each), spatula (RM2.80) dan icing bag (RM1 per 10 pc). ‘Mangsa’ eksperimen ialah adik saya (no 5), kami celebrate birthday dia Ahad lepas. Kami lapan beradik memang kebetulan semua di bulan berlainan, so almost every month ada birthday untuk di-celebrate. Anyway, inilah hasil tangan saya yang sungguh amatur (haha.. tak bulat betul pun):


Kos bahan:

Kek Butter
Buttercake Mix 500g RM3.20 (sorry la dik, Kakngahmu malas nak menyukat hehe)
Butter 250g RM2.90 (brand murah je)
Telur 5 biji RM1.50

Icing & decoration
Krimwell 250g RM2.65 (sebenarnya nak beli whipped cream, tapi takde kotak kecil)
Gula ising RM0.40 (kurang pasti berapa banyak sebab pakai curah je secukup manis)
Strawberry topping 200g RM3.30
Some chopped almonds and chocolate chips RM0.40 (agaknya lah)

Jumlah: RM14.35 (harga bahan sahaja)

Okaylah ni kan? Kek yang dibeli untuk birthday adik no 3 bulan lepas harganya RM50 (tapi lebih sedap dan cantik la kot hehe).

Masa:

Beli bahan-bahan di kedai 30 minit
Campur bahan-bahan kek dalam mixer 15 minit
Bakar kek 40-45 minit
Biar kek sejuk ke suhu bilik 3 jam
Decorate kek 50 minit

Overall: It was fun! Doesn’t take as much time as I thought. Worth the savings. Boleh lah cuba lagi lepas ni :)

2 comments:

knv

jelessssssssssssssss!!

SMM

bukannya cantik pun, kak ana hehe :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP