SN Abdullah Hussain & Imam
Semenjak saya menjadi saudara sabit kepada SN Abdullah Hussain setelah berkahwin dengan MHH enam tahun lalu, saya bersemangat mahu membaca buku-buku beliau, khususnya Imam kerana buku ini antara yang paling popular dan telah memenangi hadiah, tetapi buku-buku tersebut agak sukar ditemui di kedai-kedai buku. Kemudian, saya berkenalan dengan Ujana Ilmu. Memang banyak buku-buku menarik (kebanyakannya karya sastera Melayu) di sini! Servisnya juga sangat memuaskan hati, saya menerima buku Imam kurang 48 jam setelah dipesan. (Saya suka online shopping! Menjimatkan masa :) )
Musim raya lepas, kami berpeluang menziarahi beliau. Saya bawa naskhah novel Imam saya untuk meminta beliau menurunkan tandatangannya. Dia bertanyakan saya, “Bagaimana buku ini?” Waktu itu, saya belum usai membacanya, baru sekadar dua bab. “Saya belum habis baca.” Sedikit tersipu-sipu. “Tapi saya suka, sebab banyak rujukan daripada al-Qur’an dan hadis, begitu banyak ilmu.”
“Kalau begitu, bacalah juga buku baru terbitan DBP tahun 2002, Dan Malam, Apabila Ia Berlalu,” ujar SN Abdullah Hussain.
“Baiklah, saya akan cari dan baca.”
Sebenarnya bila diceritakan ‘saya berkata’ di atas, yang lebih tepat sebenarnya adalah ‘saya menulis’. Pendengaran beliau sudah kurang cekap, jadi beliau meminta saya mengambil buku nota di dalam bilik beliau, dan tuliskan apa yang saya hendak cakapkan. Beliau menjawab seperti biasa.
“Sekarang ini saya sudah tidak dapat keluar rumah. Bila tidak bergaul dengan orang dan memerhati suasana, sukar hendak menulis,” cerita beliau.
Sebelum pulang, beliau menghadiahi saya senaskhah antologi cerpen beliau, Pahlawan Tak Bernama. Semoga Allah merahmati beliau.
Saya selesai membaca buku Imam beberapa minggu selepas itu. Buku ini memang bukan bacaan ringan. Kandungannya sarat dengan isu kemasyarakatan, khususnya yang menyentuh penghayatan agama dalam kehidupan. Protagonis dalam buku ini, Imam Haji Mihad, digambarkan sebagai seorang ulama yang berhikmah dan progresif, tetapi menghadapi cabaran dan tentangan oleh sesetengah penduduk kampungnya dan juga birokrasi pihak berkuasa. Sebahagian penduduk kampung tidak dapat menerima pembaharuan Haji Mihad yang cuba membawa penduduk kampung menghayati agama sebagai cara hidup, bukan sekadar ritual dan budaya. Ada juga yang berasa tercabar kerana Haji Mihad semakin mendapat pengaruh. Antara topik dan isu yang diutarakan dalam buku ini adalah: wahhabisma dan keterbukaan kepada khilaf empat imam, peranan masjid, hukum muzik, kepentingan bekerja keras berbanding mentaliti mengharapkan bantuan, unsur syirik dalam beberapa kes, peranan majlis agama, dan banyak lagi. Seperti disebutkan sebelum ini, buku ini penuh dengan nota kaki, yang merujuk kepada petikan tertentu daripada al-Qur’an, hadis, kitab-kitab ulama, dan sebagainya. Apabila cuba menerangkan sesuatu kepada penduduk kampung, Imam Mihad kerap juga menggunakan contoh cerita-cerita yang berlaku pada zaman Rasulullah. Wujudnya karakter-karakter (yang agak utama) India Muslim, Cina Muslim, malahan Mat Salleh Muslim bagi saya terlalu ‘ideal’, namun selain itu, buku ini memang sangat menarik dibaca, kalau pun sedikit berat.
8 comments:
Mynie, dah habis baca Imam ye. Hany pun belum ada buku Dan Malam *** tu. Sedihnya dengar Pak Abdullah dah tak sihat. Apa pun, tulisan dia cam ada 'chemistry' untuk dihayati (for me lah).
;)
Mynie,
tq 4 recommending Ujana Ilmu. Sgt teruja melihat pilihan buku2 yg ada:)
hany,
aini ada buku 'dan mlm...' tu, mynie dah booking nak pinjam kemudian.. dia dah berusia, 80 lebih, alhamdulillah panjang umur dan masih sharp (belum nyanyuk), cuma dah uzur..
zufa,
my pleasure. saya pun teruja dan teringin nak beli banyak lagi buku dari situ tapi kena kawal diri hehe.. baca dulu buku-buku yang dibeli. maybe tahun depan shopping di situ lagi :)
salam,
buku Imam saya baca masa tingkatan 5, kira2 10 tahun yg lalu. walaupun agak berat bagi seorg remaja masa tu, tapi pengajaran + jalan ceritanya masih sy ingat sampai sekarang...
mmg bagus ceritanya...
zilla,
wah - boleh bantu tulis esei spm tu hehe.. masa saya form 5, belum pernah dgn pun sama ada abdullah hussein atau imam, kalau tak silap. sibuk baca judith mcnought je huhu.. that was the 'in' books at my school then..
Salaam Mynie,
Buku ni memang bagus. Membuka minda sewaktu membaca di sekolah menengah. Lebih bagus kalau buku ini digunakan sebagai 'book review' di kelas Agama di Malaysia. Masih ada harapan. Insha'Allah.
asma wan,
betul, i think this is the better book to use compared to konserto terakhir (currently in the syllabus, also by sm abdullah hussain), except that it's more than double the volume, which could be the deterrent kot..
asma wan,
oh btw, thanks for your 'masih ada harapan'. i still remember our conversation the other day :) you bright young thing - thanks for spreading your hope and optimism! :)
Post a Comment