Friday, April 17, 2009

Trilogi Laksamana Sunan

Seronok betul saya apabila tiga buku ini tiba tempohari. Terima kasih Kak Ana! Kak Ana sungguh bermurah hati menghadiahi saya novel-novel kegemarannya sebab saya berbetulan menjadi orang pertama menjawab kuiznya.


Tiga buah novel terbitan Alaf21 ini, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, dan Hijab Sang Pencinta, merupakan trilogi epik thriller tulisan Ramlee Awang Murshid. Terdapat dua cerita utama dalam novel-novel ini, iaitu kisah Laksamana Sunan menentang kejahatan, dan juga kembara merentas masa antara kurun ke-15 dan kurun ke-21. Ketiga-tiga buku bergilir-gilir menceritakan apa yang sedang berlaku pada kurun ke-15 dan ke-21. Aspek ketiga adalah berkisarkan cinta antara beberapa watak utama, namun saya tidak kira kisah cinta ini menjadi tunjang utama kepada novel-novel ini, meskipun tajuk-tajuk yang diberi menggambarkan sebaliknya (dan mungkin tidak menarik pembaca lelaki). Namun, tidak dinafikan kisah-kisah cinta ini memainkan peranan yang penting dan tidak kurang menariknya juga.

Dalam novel pertama Bagaikan Puteri, kita dikenalkan dengan protagonis utama yang merupakan tunjang trilogi ini iaitu Laksamana Sunan, berlatarkan kurun ke-15, yang berasal dari Tanah Melayu tetapi telah bermastautin di Acheh. Dia seorang pahlawan warak yang hebat ilmu persilatannya dan tinggi kefahaman Islamnya. Dia menumpaskan kejahatan syaitan dan manusia dalam pelbagai rupa. Menariknya, dia berdakwah dan menawarkan peluang kepada musuh-musuh Allah untuk bertaubat sebelum diperangi. Dia dalam perjalanan pulang ke Tanah Melayu, ke kampung halamannya, yang mana pengalaman sedih difitnah dan berselisih dengan ayahnya akan dirungkai. Kisah di kurun ke-21 pula, Haryani koma setelah diserang peragut, dan Dani jatuh cinta dengan gadis yang terlantar koma di hospital. Dalam komanya, Haryani ‘tersesat’ ke kurun ke-15. Apakah yang terjadi seterusnya? Saya tidak ingin menceritakan terlalu banyak, nanti jadi ‘spoilers’ pula! Namun, beberapa pandangan yang ingin dikongsikan: saya meluat dengan watak Sultan Melaka yang mengada-ngada dan kebudak-budakan (mungkin disengajakan oleh pengarang?), terdapat banyak elemen mistik selaku jelmaan syaitan contohnya pontianak, kepala terbang dengan isi perut, dan sebagainya, dan saya bukanlah peminat benda-benda seperti ini.

Dalam novel kedua Cinta Sang Ratu, Laksamana Sunan berhadapan dengan antagonis Ratu Sulaman dan Maharani. Ratu Sulaman diIslamkan dan dikahwini oleh Laksamana Sunan tetapi Maharani cuba memisahkan mereka. Pada kurun ke-21 pula, Haryani pergi ke Acheh untuk mencari Dani yang hilang sewaktu bencana tsunami, dan berdepan dengan ancaman dari orang serigala. Saya tertanya-tanya di mana perkaitan antara dua kisah ini, dan bila akhirnya mendapat tahu, saya rasakan perkaitannya tidak begitu kuat – they might as well have been two distinctive stories altogether. Kesudahan buku kedua, pada pendapat saya, sedikit tergantung.

Dalam novel ketiga Hijab Sang Pencinta, Laksamana Sunan membuat keputusan untuk meninggalkan Acheh dan pulang ke Tanah Melayu, dan berbetulan pertolongannya diperlukan di situ. Seperti biasa, dia berdepan dengan pelbagai bentuk musuh dan halangan. Di kurun ke-21 pula, Haryani dan Dani masih di Acheh, dan belum selesai dengan ancaman orang serigala. Dalam buku ketiga giliran Laksamana Sunan ‘mengembara’ ke kurun ke-21, dan masih lagi dengan khidmatnya menentang kejahatan. Dalam buku ketiga, kadangkala saya rasakan sedikit anti-klimatik apabila plot-plot yang ditulis ke arah ‘pertembungan’ (contohnya musuh mengekori dan mengejar Laksamana Sunan) begitu panjang sekali, tetapi apabila akhirnya berlaku perlawanan antara dua pihak, cepat sahaja selesai.

Walaupun Laksamana Sunan digambarkan seperti superhero yang tugasnya tidak henti-henti menentang kejahatan, tapi sebenarnya trilogi ini tidak membosankan sebab sebenarnya kisah-kisahnya lebih mendalam tetapi tidak dapat saya gambarkan. I’m not doing justice to the stories, my apologies. Saya rasa cerita-cerita ini mempunyai mesej-mesej yang baik, dan ditulis dengan kreatif sekali. I have enjoyed reading them. Saya kerapkali terfikir alangkah baiknya jika buku ini dapat difilemkan. These books are available for book swap.

4 comments:

knv

wow! this is a detailed review!

hihihihi.. thanks.

akak tak terbuat review macam nih!

gald you like the books!

and pls participate my latest quiz!

SMM

kak ana,
thanks again for the books :)

i baru je jawab your quiz, kot2 lucky again this time hehe :) hope there's no such thing as previous winner automatically disqualified eh? hihi...

ipohmom

Mynie,

Seronoknya!

I have read all three. Memang best.

SMM

ipohmom,
wah tak sangka dah baca all 3 :) the last book tu very recent kan? 2008.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP