"Atakallamu Arabiyya?"
Di sebuah restoran berapa hari lepas, saya memberanikan diri menegur seorang muslimah dari Asia Barat.
“Min aina anti?”
“Min Libya,” jawabnya. Saya mengangguk.
“Can you speak Arabic?” Dia bertanya pula. Satu soalan yang saya cukup ingin menjawab‘Ya’ dengan yakin! Tapi seperti biasa, jawapan saya “Just a little”.
Atau jika ditanya dalam bahasa Arab “Atakallamu Arabiyya?”, maka jawapan saya “Qoliilan.” Sedikit.
Setelah belajar bahasa Arab selama lebih 20 tahun (formal atau tidak, berterusan atau terhenti), masih Qoliilan! Kini, ‘pelajaran’ bahasa Arab saya cuma menerusi siaran Radio Ikim, terutamanya siri Hayya bil Arabiyya yang ke udara jan 8.30 pagi setiap hari bekerja. Sesekali mendengar DJ Mona Jasman mengendalikan siaran atau membaca berita dalam bahasa Arab, saya cuba juga untuk memahamkannya. Dengan internet yang terbuka luas sebagai sumber ilmu, saya tiada alasan untuk tidak menambahkan lagi pengetahuan bahasa Arab saya. Cuma mahu atau tidak sahaja.
Namun, dengan kosa kata bahasa Arab terhad ini, dapat juga saya manfaatkan ketika berkembara di bumi Maghribi dahulu, Alhamdulillah. Boleh juga lah bertanya yang asas-asa, sekadar keperluan seorang ‘pelancong’. Tetapi tidak cukup untuk menemubual penduduk tempatan dengan lebih lanjut dan bertanya perkara-perkara yang lebih kompleks. Yang menariknya, bahasa Arab jugalah yang kami (saya dan suami) gunakan sewaktu berkunjung ke kota Paris! Ramai penduduk Muslim yang berasal dari negara-negara Afrika Utara (seperti Maghribi, Algeria, dan Tunisia) berhijrah ke Perancis kerana Perancislah yang telah menjajah mereka dahulu, sama seperti rakyat India dan Pakistan berhijrah ke UK. Dan soalan kegemaran kami “Aina l-mat’am halaal?” J (Di manakah restoran halal?)
Tiba-tiba saya teringatkan Hannan (apa khabar dia agaknya), seorang muslimah yang berasal dari negara Maghribi dan kini bekerja di UK, yang membuka kelas belajar bahasa Arab dengan suka rela untuk Muslim tempatan sewaktu di universiti dulu (kelas ini tiada kaitan dengan universiti). Kelas biasanya diadakan seminggu sekali pada hari Ahad selama satu jam, dan menggunakan buku Arabic Course for English-Speaking Students (Dr V. Abdur Rahim, penerbit UK Islamic Academy) sebagai panduan. Hannan menerima bayaran 1 pound seorang setiap kelas, dan hasil kutipan itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Maghribi. Suatu hari kami berkunjung ke rumah Hannan selepas dia habis berpantang, menarik juga mendengar dia mengagah bayinya dalam bahasa Arab!
Saya ingin kongsikan sebuah jenaka yang diceritakan oleh Hannan dalam salah sebuah kelasnya.
A new teacher came into a class of pre-school students and started a taarruf (getting to know each other) session.
“What’s your name?” she asked the first girl.
“Kauthar,” she answered.
“Can you recite the Surah al-Kauthar?” the teacher asked.
She answered yes, and proceeded to recite Surah al-Kauthar.
At the corner, a boy starts to fidget.
The teacher asked a second boy, “What’s your name?”
“Ikhlas,” he answered.
“Can you recite the Surah al-Ikhlas?” the teacher asked.
He answered yes, and proceeded to recite Surah al-Ikhlas.
The boy at the corner fidgeted even more.
The teacher asked the boy at the corner, “What’s your name?”
“Ermm Fatihah,” he answered.
The whole class laughed.
His name is actually Yassin.
Saya tertarik dengan jenaka ini, kerana jarang sekali saya dengar jenaka ‘harmless’ yang sangat spesifik kepada Islam.
10 comments:
Yassin ok lagi tu buatnya pompuan nama Maryam or Nisa' payah jugak
what made u go to maghribi? i mean, that's not a usual choice
bagusnya boleh berbahasa arab. must be really great bila baca quran dan FAHAM dan dan tu jugak.
hmph, i took arabic language classes during school years & undergrad. tapi hangat2 masa tu je la. memang lemah sgt bahasa arab, in fact i was among the worst in class. huh. nasib baik ada quran terjemah per kata sekarang ni.
that was a cute joke mynie. tapi bab bahasa arab ni, memang lemah. i remember my brother dulu selalu cakap, kalau campur jumlah markah periksa bahasa arab dari form 1 sampai form 5 pun masih tak pass!! regardless, kena jugak belajar kan... sebab itu bahasa quran, dan bahasa ahli syurga... :(
bas,
pergi andalusia part of spain (granada, cordoba, sevilla), so dah dekat dgn maghribi, just hop on ferry and visited several cities on the north. takle sampai casablanca, capital dia.. syok backpacking :)
knv,
yup, that would be great, wouldn't it? skrg bila baca quran, saya bolehlah dpt terus dlm 20-30% ish je kot, so still kena guna tafseer..
ummu auni afif,
yup, teruja tengok tafseer syamil by word tu.. berhajat nak beli tp belum lg. rm130 standard price ke? taht would help to increase our vocabs insyaAllah..
ipohmom,
tulah, i also try to motivate myself, kena continuously belajar. tak banyak, cuba sikit. yg penting peningkatan berterusan, insyaAllah..
mynie, check dgn kak najah. boleh dapat cheaper price tau :). kalau mynie nak, my GM jual quran tu 110 satu.
ummu auni afif,
ok will check with kak najah. tapi risau jugak main pos2 quran ni..
yaasin budak yg bijak :P
pergi andalusia part of spain (granada, cordoba, sevilla)
wah, bestnya! sy tengok kat astro history channel mlm tadi - pasal senibina islam masa kerajaan alhambra di granada. sgt takjub melihatnya!
mio,
mmg best gi andalusia, alhamdulillah. sungguh cantik dan indah, mmg mengagumkan subhanallah :) tapi malangnya saya tak khatam lg sejarah andalusia tu..
Post a Comment