All the best for SPM
Some time ago, I found a copy of a letter I wrote to several youngsters way back in 2001. The youngsters (I wonder how they're doing, we've lost touch) were in my group, in a motivational camp I had participated in as a facilitator. It is rare to find a surviving record of something I wrote when I was younger, let alone one with hints of what my values and beliefs were, so this is quite a treat. I didn't change anything except to switch 'Kak Mynie' to 'akak' when addressing myself. I'm sharing it here in correlation with SPM which is to begin tomorrow, with best wishes to all sitting for it, especially to my brother #6 and my sister-in-law. All the best!
Assalamualaikum Adik,
Harapnya Adik sihat-sihat sejahtera dan sedang sibuk mengulangkaji pelajaran; SPM dah tak lama ni. Walaupun SPM tinggal lagi sebulan, jangan ingat dah terlambat nak buat apa-apa. Tidak sekali-kali. Walaupun dua hari pun dapat dimanfaatkan. Seperti yang akak pernah tekankan dulu, yang penting bukannya kita dapat mencapai sesuatu target yang mungkin agak tinggi untuk kita, tetapi yang lebih penting ialah dapat memperbaiki diri, sentiasa berusaha memajukan diri. Setapak ke depan akan lebih menghampirkan diri kita kepada kejayaan. Tapi ini taklah pula bermakna tak perlu target tinggi-tinggi sebab bak kata orang: If you aim for the stars, you may fall on the roof; but if you aim for the ceiling, you may fall on the floor. Jika kita ingin mencapai bintang, kita mungkin kan jatuh ke atas bumbung; tapi jika kita ingin mencapai siling, kita mungkin kan jatuh ke atas lantai. Dan tentunya bumbung lebih tinggi daripada lantai, kan?
Usaha datang dari dalam diri kita sendiri. Payah untuk orang lain yang menyuruh kita. You can lead a horse to the water, but you can’t force it to drink. Kita boleh bawa seekor kuda kepada air, tapi kita tak boleh memaksanya minum. Self-will atau keinginan diri inilah yang akan mendorong kita untuk berusaha ke arah apa yang kita mahukan. Akak percaya jika kita benar-benar inginkan sesuatu, pasti kita akan sungguh-sungguh cuba mendapatkannya, insyaAllah. Lagi satu petua penting bagi diri akak ialah memohon pertolongan daripada Tuhan. Usaha biarlah disertai dengan doa yang tulus dan solat hajat sekerap mungkin. Yakinlah dengan pertolongan yang mampu diberikan oleh Allah – sesungguhnya Allah suka apabila kita memohon sesuatu daripadaNya dengan penuh rendah diri, ikhlas dan yakin. Selalu juga akak rasakan bila tengah menduduki peperiksaan dan tak pasti jawapan, muncul ilham entah dari mana.
Hari peperiksaan itu sendiri sangat penting. Dah dua tahun kita belajar untuk menghadapi peperiksaan SPM ni, kita tentulah mahukan badan dan minda kita berada dalam keadaan yang paling baik sebab kita hendak menghasilkan yang terbaik yang mampu kita lakukan. Sila teliti perbezaan – yang terbaik yang mampu kita lakukan bukannya yang terbaik, noktah. Jaga kesihatan: bayangkan terpaksa mengambil peperiksaan sewaktu demam – kan tak best? Terutama sekali hari sebelum peperiksaan, dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Kita nak otak kita fresh pada waktu peperiksaan, tak nak lah pulak berasa letih dan mengantuk. Kalau Adik rasa gementar atau nervous, itu memang normal. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba tenangkan diri Adik. Cuba fikir: Adik dah cuba menyediakan diri dan sekaranglah masanya untuk mencuba yang terbaik yang mampu Adik lakukan. Bahaya juga kalau terlalu gementar, takut kalau-kalau idea pun tak keluar. Cuba bertenang dan ingat pada Allah. Yakinlah bahawa nasib Adik di tanganNya, dan segala apa yang Allah beri kita harus terima dengan redha bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Waktu periksa, jangan sekali-kali tinggalkan jawapan kosong. Itu memang pantang nombor satu. Walaupun tak tahu jawapan sebenar, hentam sahaja – manalah tahu ada yang dapat markah. Bagi setiap kertas, tulis je apa-apa yang terlintas bila rasa buntu. Pantang nombor dua ialah keluar awal – jangan sekali-kali keluar awal walau seminit dua. Seperti yang akak dah tulis di atas – kalau tak tau letak je jawapan apa-apa. Kalau dah siapa pulak, semaklah sesemak-semaknya. Ingatlah – kita dah belajar dua tahun, dan kita nak dinilai waktu periksa ni, maka hargailah setiap mint yang kita ada – manfaatkanlah. Try your very best!
Setelah selesai periksa, jangan berhenti berdoa pada Allah – waktu ni lah pemeriksa tengah periksa kertas dan mana tahu diringankan hatinya nak beri markah pada Adik. Cuti yang panjang manfaatkanlah sebaik-baiknya contohnya tolong mak ayah atau cari kerja – boleh dapat duit. Dan apa yang penting sekali fikirlah masa depan, what next after SPM? Lepas SPM nak buat apa? Seboleh-bolehnya akak sangat-sangatlah mengalakkan Adik teruskan belajar takat mana yang boleh. Kalau dapat masuk matrikulasi (untuk masuk universiti) Alhamdulillah, kalau tak dapat mungkin ada kolej-kolej atau institusi-institusi lain yang tawarkan diploma ke, atau kursus kemahiran ke, sijil perguruan dan sebagainya. Fikirlah jauh ke depan. Walau pun boleh kerja terus dan dapat gaji, tapi kalau dikorban mungkin tiga empat tahun lagi untuk lanjutkan pelajaran, insyaAllah Adik akan dapat pekerjaan yang lebih baik. Belajar itu satu pelaburan, dan pulangannya pasti berbaloi.
Tapi jangan silap faham. Kejayaan dalam hidup bukanlah (malah tidak sekali-kali) diukur dengan ijazah, tetapi sebenarnya kepada nilai-nilai diri kita sebagai insan. Sejauh mana kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan sedar bahawa kita harus mengejar keredhaanNya. Sesungguhnya kejayaan di akhirat itu lebih penting daripada kejayaan di dunia. Segalanya di dunia tidak kekal, malahan kita akan mati entah bila, tapi alam akhirat itulah yang kekal abadi. Sejauh mana pula kita dapat berdikari dan mampu menjadi insan yang dapat menjaga diri dan seboleh mungkin meringankan beban ibu bapa dan adik beradik. Alangkah kagumnya akak mendengar cerita mereka yang berjaya hasil usaha sendiri – mungkin dalam berniaga atau berbakti pada tanah. Mereka yang ada wawasan dan ada semangat yang tinggi untuk mencapai wawasan tersebut. Atau disebut dengan kata lain, kita patut berusaha untuk menjadi orang yang menyenangkan orang lain bukan menyusahkan orang lain. Bahagia bukanlah terletak pada benda-benda fizikal (material) contohnya duit tetapi pada benda-benda spititual (kemanisan iman) dan emosional. Kata pakar psikologi, kebijaksanaan emosi lebih penting daripada kebijaksanaan intelek. Bila kita bijak dalam pertimbangan diri, diberi apa situasi sekali pun kita dapat bertindak dengan wajar.
Akak rasa dah panjang sangat membebel ni. Jika sedikit pun dapat diambil daripda bebelan ini, akak dah cukup gembira. Minta maaf atas segala yang tersilap dan tersalah. Akan mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk Adik. All the best!
Salam sayang,
Kak Mynie
21 September 2001
5 comments:
this letter reminds me of myself. i've changed a lot!
kadang2 ada perkara yg kita rasa begitu penting suatu masa dulu, menjadi tidak begitu penting lagi pada masa kini.
kadang2 ada perkara yg kita rasa tidak penting suatu masa dulu, sebaliknya menjadi begitu penting pula pada hari ini.
that's the beauty of life:)
m-i-o,
orang berubah itu biasa.
yang jarang bila dia sedar dia berubah, dan mengapa dia berubah :)
dan menulis blog adalah satu cara yang baik untuk merakam perkembangan kita as a person, kan? hehe.. (adakah ini satu cubaan untuk menjustify aktiviti berblogging?)
panjang nye.
i was sort of on my own mase kat sas. the abg angkat, pep brother, mentor thingy just didn't catch on for me.
can i copy this and fwd this to my sister??
ummu auni afif,
sure, go ahead! i'm glad ada value dia.
Post a Comment