Tuesday, December 08, 2009

Khusyuk solat dan anak

Menunaikan solat dan menjaga anak kecil (yang tidak occupied dengan aktiviti lain waktu itu) pada masa yang sama memang mencabar. Memang satu skil saya kira, untuk mengkhusyukkan diri tika si anak (atau anak-anak) menangis, bergaduh, panjat-memanjat (janganlah dia jatuh!), menarik-narik telekung (janganlah nampak rambut!), masuk dalam telekung, beritahu nak kencing (janganlah dia terkencing dulu!) dan sebagainya. Kalaulah orang di sekeliling ‘menyelamatkan’ si ibu/bapa dengan cara membantu melayani si anak-anak tadi supaya tidak mengganggu si ibu/bapa yang sedang solat, tentulah besar pahala mereka! Tapi ada pula yang bila ditanya “Ummi mana?” lantas menjawab “Ummi tengah sembahyang dalam bilik tu, pergilah!” Aduh!

Having said this, however, bukanlah sesuatu yang bijak untuk ‘memencilkan diri’ daripada anak setiap kali bersolat (walaupun niat murni untuk menggapai khusyuk). Pertamanya, anak-anak haruslah didedahkan dengan aktiviti bersolat supaya mereka faham pentingnya menunaikan solat setiap waktu, mereka terbiasa dengan perbuatan bersolat, dan lama kelamaan mereka boleh ‘mengikut’ solat bersama (sambil belajar). Yang kedua, anak-anak juga harus dididik supaya “jangan kacau/ganggu orang yang sedang bersolat”. Yang sebaiknya, ada orang lain (contohnya bapa jika si ibu yang bersolat) yang boleh facilitate proses ini. “Cuba ikut Ummi solat. Ha betul Adik sujud macam tu.” Dan tak dilupakan “Jangan tarik telekung Ummi. Kita tak boleh kacau orang tengah solat tau.”

Having said this, however, bukanlah bermakna ibu dan bapa harus solat berasingan kerana terpaksa bergilir sepanjang masa. Elok juga dikerapkan solat berjemaah. Anak-anak, apabila melihat ibu dan bapa solat bersama-sama, mungkin akan lebih teruja untuk mengikut bersama, dan mereka juga dibiasakan dengan konsep solat berjemaah.

5 comments:

m-i-o

totally agree :P

sy biasanya memang solat tak khusyuk bila di rumah. memang sentiasa dikacau si kecik tu.

tp alhamdulillah, si kecik dh tahu "mamma syowat" - wpun itu tak bmakna dia telah berhenti mgacau. paling mencabar bila time sujud, dia duduk pulak kat tengkuk! ya Allah, memang cobaan betul la :P

berita baiknya ialah, dia dah pandai duduk sebelah, bentang kain dn konon2 bersolat sama. cuma part yg kelakar tu ialah bila rukuk/ sujud dia akan bpaling dan cakap "cak!!". kahkahkah! masa tu memang terasa nk ketawa. oh betapa tak khusyuknya diriku:(

bas

mynie, memang masalah besar, aku tak taula camne org yg anak 5-6 or babysitter yg jaga ramai2 tu

kalau subuh tu aku siap2 doa dulu jgnla diorg terjaga

memang bila beranak kecik ni, solat awal waktu atau baca quran jadi satu luxury

SMM

mio,
oh saya belum pernah di'cak'! macam mana lah nak tahan gelak tu.. tapi baru smlm dapat kiss kanan kiri, tak tahan nak senyum. nasib baik tahiyat akhir..

bas,
kalau anak ramai, the kids keep each other busy kot, sama ada bermain bersama atau bergaduh! hehe..
kalau ada tips lagi (selain doa) share lah ye..

Zidni

hehe, comel kiss kanan kiri. fiefah kan, not munief

SMM

zidni,
yes - fifa lah. mmg adorable, tu yg tak tahan nak senyum. berbunga2 rasa hati, chewah...

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP