Tuesday, February 02, 2010

Menikam kalbu

Bertuah saya dapat adik yang punya koleksi buku, dapat saya pinjam dan baca. I'm taking my own sweet time though, hope you don't mind :)

Membaca berita mengenai karya Faisal Tehrani bertajuk Manikam Kalbu menang Hadiah Sastera baru-baru ini, saya pun pilih untuk baca buku itu dahulu, berbanding Advencer Si Peniup Ney dan Nama Beta Sultan Alauddin. Kebanyakan novel-novel Faisal Tehrani mengangkat satu tema sebagai latar, dan pembaca disajikan dengan pelbagai pengetahuan menarik mengenai tema itu, hasil kajian penulis. Saya suka. Dalam buku Tunggu Teduh Dulu, FT mengambil latar perladangan buah betik. Dalam Bedar Sukma Bisu, latarnya industri maritim dan perkapalan Melayu. Yang terbaru, Ketupat Cinta (saya belum baca) beliau mengambil latar ilmu gastronomi Melayu. Manikam Kalbu pula, berlatarkan sejarah dan pengetahuan busana Melayu.

Dulu, apabila saya menikmati sesebuah tulisan, saya katakan ia 'sedap dibaca' atau pun 'indah'. Tapi kini, (terima kasih buat Pn Ainon Mohd) baru saya tahu istilah yang lebih tepat, iaitu 'good linguistic experience'.

Dan ini, saya petik satu gubahan indah dalam Manikam Kalbu.

Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat.
Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat.
Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah.
Barang siapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tiada beradab.
Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.

Syarat kedua busana Melayu itu pantang kainnya nipis.
Apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis.
Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang.
Sesiapa memakai pakaian yang tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.

Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia berpotongan yang ketat.
Tiada boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh.
Ingatlah apabila memakai yang ketat-ketat, agama hilang binasa adat.
Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit.
Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang dia berbaju ketat.
Tanda orang beriman teguh, pakaian sempit memang dijauh.

Syarat keempat busana Melayu, pantang ia mengada-ada.
Membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu.
Apabila memakai tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri.
Kala memakai elok menurut adat, kelak tidak membawa mudarat.
Ingatlah, jika memakai elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.

Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai.
Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai.

6 comments:

Ummu Auni

dah lama baca. dah lama khatam manikam kalbu, baru khatam ketupat cinta

SMM

ummu auni afif,
saya belum baca ketupat cinta, tapi boleh agak-agak rupa dia berdasarkan musim kedua yang dikongsikan oleh FT dalam blognya.

Intan Saleh

saya dah jarang scout buku sekarang. bergantung harap pada si bongsu plak. take your time.. kami dah khatam baru pinjamkan. :p

it takes me weeks to finish one book now. cant imagine dah start kerja nanti. isk isk..

SMM

intan,
takpe, byk lagi benda lain boleh buat selain membaca hehe..
tau tak kaklong pernah sound kakngah sbb membaca sampai 'terabai' benda lain hehe ;p woops

Niza Dekja

turn sape pasni? nk pnjm buku tu bole? macam menarik je.

SMM

niza,
takde org kot. nnt kakngah bagitau achik..

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP