Monday, April 04, 2011

Impianku buat tanahair tercinta 2

Minggu pertama adik saya di sekolah barunya, sebuah sekolah berasrama penuh untuk pelajar tingkatan 4 dan 5, dia menempuh sedikit kesulitan sosial. Di sebuah perhimpunan, pelajar-pelajar baru ditanya, "Siapa rasa dia boleh jadi Ketua Pengawas tahun depan?" Beberapa pelajar mengangkat tangan, termasuk adik saya. Beberapa pelajar ini menjadi kelompok yang tidak disenangi oleh sebahagian pelajar lain. Jika saya ditanya sedemikian, saya tahu saya tidak akan mengangkat tangan. Tetapi saya akan melihat kepada mereka yang mengangkat tangan dengan rasa hormat; mereka yang punya keyakinan diri sebegitu barangkali juga punya ciri-ciri kepemimpinan yang lain. Alhamdulilah, isu ini tidak berpanjangan dan telah selesai, adik saya juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan baru. Tetapi saya terfikir, betapa sebuah sekolah berasrama penuh (yang biasanya dipenuhkan dengan kelompok pelajar-pelajar cemerlang), juga tidak terlepas daripada sindrom 'persepsi negatif terhadap kecemerlangan'.

Kebanyakan kita barangkali biasa dengan sindrom ini. Segan mendapat tempat teratas dalam kelas kerana budak pandai dikatakan 'tidak cool'. Segan dilihat membaca buku kerana risau digelar 'nerd'. Segan mengangkat tangan dalam kelas untuk jawab atau tanya soalan kerana takut orang lain akan kata kita mahu menunjuk atau mahu jadi anak emas cikgu. Budaya seumpama ini sebenarnya 'self-sabotaging'; ia memberi impak negatif kepada kita umumnya. Budaya ini cuma akan menekan (suppress) potensi individu.

Lebih teruk lagi, jika budaya ini terbawa-bawa hingga ke alam dewasa/pekerjaan. Jangan kita keberatan untuk siapkan kerja kita dengan cepat dan cemerlang kerana risau akibatnya kita diberi lebih banyak kerja. Jangan kita sangka rakan sekerja kita menawarkan diri untuk bereskan sesuatu tugas kerana hendak mengampu, atau lincah memberi idea sewaktu mesyuarat kerana mahu tunjuk pandai dan cepat naik pangkat. Jangan kita sangka kawan kita riak dan suka menunjuk apabila dia bercerita kemahiran baru yang sudah diperloehi anaknya.

Impian saya buat masyarakat saya, tanahair saya, agar kemahuan untuk melakukan yang terbaik, budaya mencapai kecemerlangan terserap dengan sihat dan positif, dan tidak pula terlajak sehingga ke tahap ekstrim pula. Tolong-menolonglah dalam perkara kebaikan dan usahlah bersaing secara negatif. Bersangka baiklah dan mari saling menghormati sesama kita. Insya-Allah, kita akan melangkah lagi setapak, terus mara ke hadapan.

5 comments:

m-i-o

hmmm. sy tak berapa tahu tentang budaya di sbp yang lain - tapi di sekolah sy dulu, memang pelajar2 tingkatan 4 yg baru masuk tidak berapa 'ngam' dengan pelajar2 tingkatan 4 sedia ada.

pelajar2 baru ini dipanggil sebagai "form 4 baru" walaupun setelah mereka tamat spm dan meninggalkan sekolah tersebut. bila diadakan reunion, mereka tetap dilabel "dia dulu form 4 baru" - sekadar menerangkan bahawa isu seniority memainkan peranan penting di sini. hehe.

dan selalunya isu ketua pengawas biasanya dipilih dari kalangan pelajar yg menuntut di sekolah sejak form one. mungkin disebabkan seniority jugalah.

sedangkan sy setakat tingkatan 3 di sana, tapi masih dianggap "part of the school" - tak tau kenapa, mungkin atas faktor2 nostalgia - seperti pernah sama2 dibuli ketika orientasi form 1 kot. hahaha.

SMM

mio,
sekolah tu cuma ada form 4 & 5, so mmg takde isu 'form 4 baru, form 4 lama'.
purely "ko ingat ko bagus sgt nak jadi ketua pengawas? kerek betul!"

Azza JAT

Aamin, Mynie. Impianku juga... may Allah eases our journey to preach the same to our youngsters. Nice write up!

SMM

azza! :)
glad to see you here.
amiin too, may Allah eases our journey..

Zidni

org melayu = hasat dengki lebih sikit.

enough said. heheh.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP