"Why do you love me?"
Bagaimana ya, agaknya, jika seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan kerana inginkan isterinya itu memasak untuknya, menyiapkan pakaian dan membersihkan rumahnya? (Bukan saya - saya tidak pandai memasak dan housekeeping skills juga tak berapa nak ada) Bagaimana agaknya perasaan isteri itu? Barangkali dia tidak kisah. Mungkin kerana dia memang sangat-sangat mahu berkahwin dengan lelaki itu (terdesak? cinta itu buta?). Mungkin juga dia seorang yang seronok buat kerja-kerja memasak, membersih dan sebagainya. Barangkali juga, berkahwin dengan seorang wanita supaya terhidang segala keperluan makan pakainya, adalah sebab yang valid. Berkahwin untuk 'menerima' (to be served). Siapa kata kahwin perlu atas dasar cinta? Tidak semestinya berkahwin untuk hidup bersama seorang life partner, dalam perjalanan mencari redha Allah. Teringat pula hadis Rasulullah (not word for word) petikan/excerpt sahaja: "Sesiapa berhijrah kerana wanita, akan mendapat wanita, sesiapa berhijrah kerana harta, akan dapat harta." Jika itu yang diniatkan dan dihajatkan, barangkali memang itulah yang diperolehinya.
Perkahwinan itu berbeza-beza dinamiknya, hubungan antara si suami dengan isteri. Kita ini, terbatas pengalaman. Sebab itu kadang-kadang ada perkara yang kita tidak faham. Bila sesuatu itu lain daripada apa yang kita faham, tidak semestinya ia salah. Sebab itu kadang-kadang ada wanita yang tidak kisah dimadukan (eh, macam mana boleh masuk topik poligami pulak?), sebab dinamik hubungan suami-isteri itu mungkin lain daripada yang kita faham.
Saya membayangkan dialog ini.
Suami: I love you.
Isteri: Why?
Suami: Sebab awak pandai masak. Hari-hari awak masak untuk abang sedap-sedap.
Isteri: ...
Kalau saya jadi si isteri, adakah saya akan rasa gembira? Atau rasa sedih?
(Tapi janganlah pula tak puji/hargai bila isteri masak. Bezanya? Expectation, I think)
Sama juga kalau begini.
Suami: I love you.
Isteri: Why?
Suami: Because you're so beautiful.
Isteri: ...
Saya dulu pernah berasa rendah diri kerana sangka wajah saya tidak cantik, ini cerita zaman remaja berbelas tahun dululah. Tapi beberapa tahun kemudian, saya tersedar (Alhamdulillah), bahawa sebenarnya, itu adalah satu kelebihan, kerana dengan itu mudah untuk saya tahu, orang yang menyukai saya bukan kerana rupa paras saya, sebaliknya kerana diri saya sendiri. Dan beberapa tahun selepas itu pula, saya tersedar lagi (Alhamdulillah), majoriti daripada manusia memang cantik sebenarnya, kerana diberi Allah rupa paras yang sempurna, termasuk saya. Syukur Alhamdulillah. Tidak perlu berada di takah sepuluh persen teratas wanita jelita untuk berasa cantik. Memang kita melihat dunia berbeza-beza melalui kaca mata kita (yakni, melalui pandangan dan mindset), dan kita sendiri berubah dari tahun ke tahun, pengalaman ke pengalaman.
Eh, dah jadi sesi membebel tak tentu hala (mindless babbling) pula.
Soalan cepu emas: Apakah jawapan yang betul kepada soalan 'Why do love me/marry me?' ('Because you are who you are' adalah sangat cliche. Tolong jangan jawab begini.)
(And yes, women can be this complicated.)
12 comments:
Satu lagi jawapan cliche but it's true ..."Sebab dah jodoh, nak buat camne, kan!" heee2
...menurut suami, ada perasaan yang menyelinap di hatinya ketika pertama kali memandang saya, jadi dia tak tahu atas dasar apa suka saya, hanya itu... oooppsss, benarkah atau hanya tanam tebu di bibirnya?
laki akak tak reti nak jawab soklan gini. so pasal tu malas nak tanya hahahhahhaah!
hubby k.nida pulak katanya jatuh hati masa k.nida tolong bukakkan pintu. K.Nidalak x ingat bila masa bukakkan pintu utk dia..hahaha. Masa tu akak serumah dgn his sister. Takla tanya detail pulak sebab cara bukak pintu penuh keayuan ke hubby jatuh hati ;)
teringin nak tanya tapi tak berani nak tanya suami sbb die jenis tak reti nak jawab...
kak suraiya,
itu jawapan nak senang! sama kategori dengan "sebab dah takdir gitu..."
kak tini,
sweettt.. ayat boleh bikin novel tu..
knv, zilla,
kadang-kadang tak perlu tanya, sebab nampak manifestasinya pada perbuatan. actions speak louder than words... love has many languages..
kak nida,
sweeet jugak.. pertama kali dgr jatuh hati bila tengok buka pintu. i guess jatuh hati pandang pertama lah tu..
dululah, ex saya kata jatuh hati bila tengok muka saya masa nak pergi solat tarawih di surau. entahlah.
tapi betul, saya tak pernah merasa diri saya cantik . ataupun hebat. sebab saya tahu ramai lagi orang lebih cantik dari saya, lebih pandai, lebih hebat.
saya pernah merasa cerita yang mynie nukilkan. dulu rasa nak menangis sebab kita tanggung semua - buat kerja rumah, masak, kemas rumah - layanan mesti tip top. kerja lagi. suami balik rumah, duduk atas sofa, baca suratkhabar, kita tunggang langgang di dapur. masa tu, dalam hati banyak bersabar.
sekarang ni, Alhamdulillah. diberi peluang kedua sekiranya ingin bersama semula, mungkin tidak kerana saya tahu & sedar yang dia inginkan hanya orang yang mengemas rumah atau pembantu rumah dan bukannya seorang isteri.
Mynie,
Saya ada tanya beberapa lelaki, yang mana jawapan mereka lebih kurang macam itu. I guess this is the feeling yang Allah berikan kepada lelaki-lelaki ketika kali pertama menemui jodohnya :-)
nak tanya, harem dia tatau jawab, tu malas nak tanya.. muahaha
asben kita dia tak suka soalan tu..sbb dia kata yg pnting kat dalam tak yah nk gtau hahahahah pun cliche ke hahaha
nsb i masa kawin tak pndai masak mmg hahahahah dah kawin baru pndai masak hahahahh..so klu dia puji tu mmg puji sbb mmg sedap le kan..bukan kawin ngan i sbb i pndai masak :p
sebenarnya persoalan asal saya dah 'ter'alih. sebenarnya, saya nak bertanya, 'apa yang seorang suami mahukan daripada seorang isteri? what roles does he expect her to play?' tapi tiba-tibe terfokus ke 'ME' pulak hehe... sorry!
Knapa husband2 tak tahu jwb?
Masa tnya hbnd pun dia tak tahu jwb.
After a while, dia ckp sbb awak baik etc.
Then after a year dia timbulkn blk topik tu n bgtau
dia pun tak tahu kenapa dia suka.yg dia tahu,
bila pandang muka kita,dia rasa kitalah org yg dia nk spend
his life with.maybe that's what they call chemistry.
"dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri supaya kamu merasa cenderung dan tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang"- surah ar rum ayat 21
Post a Comment