Tuesday, September 27, 2011

Too early to talk about drugs?

Ummi, kenapa Allah tak ‘buat’ (hurt) orang jahat?

Sebab Allah nak beri peluang untuk orang jahat tu jadi orang baik.

Ummi, orang jahat masuk penjara ke?

Kalau dia buat jenayah, dia kena masuk penjara.

Jenayah tu apa?

Jenayah tu perbuatan jahat yang kacau orang lain, langgar undang-undang.

Ummi, orang jahat buat apa?

Mencuri, membunuh ...

Lagi?

Merompak.

Merompak tu apa?

Katakanlah ummi ada duit dalam poket. Kalau ada orang curi duit ummi, tiba-tiba ummi tersedar duit tu dah takde ‘Eh, mana duit, mana duit?’ Tapi kalau rompak, orang jahat tu tunjuk pisau kat ummi lepas tu, dia paksa bagi duit.

Kalau ummi tak bagi, dia potong dengan pisau?

Ha’ah.

Lagi, apa lagi yang jahat?

Jual dadah.

Dadah tu apa?

Dadah tu rupa dia macam serbuk putih atau pil ubat. Tapi dia bukan ubat yang sembuhkan orang, tapi dia rosakkan orang. Bila orang makan dadah, dia jadi macam tak hidup.

Macam patung?

Dia boleh bergerak, tapi dia tak boleh fikir. Lembik je. Dia tak boleh belajar, tak boleh buat kerja, tak solat. Macam mati, tapi bukan mati.

Macam zombie?

Ha! Betul tu, macam zombie.

Ummi, betul ke kalau zombie makan orang, orang tu jadi zombie jugak?

Err tak kot. Zombie bukan ada betul-betul. Dalam cerita je.

Habis tu, dadah dalam cerita je ke?

Dadah betul. Orang makan dadah, dia jadi ‘macam’ zombie. Macam je, bukan betul-betul.

Orang makan dadah orang jahat? Kena masuk penjara?

Orang jual dadah lagi jahat. Sebab dadah ni ketagih.

Ketagih tu apa?

Ketagih tu, maknanya susah nak berhenti. Walaupun dia tahu dadah tu rosakkan badan dia, tapi dia rasa terpaksa juga makan.

Ummi, kalau orang jahat nak tukar jadi orang baik, dia tak payah masuk penjara?

Kena jugak masuk penjara, sebab itu hukuman untuk dia.

Hukuman tu apa?

Hukuman tu balasan untuk perbuatan jahat yang dia buat. Hukuman penjara di dunia saja, antara dia dengan manusia. Antara dia dengan Allah, kalau dia nak jadi orang baik, dia boleh bertaubat terus pada Allah.

Taubat tu apa?

Taubat tu maknanya minta maaf dengan Allah, tak buat jahat lagi, nak jadi orang baik.

Lagi, apa lagi yang jahat?

Ok, sudahlah tu. Nak tidur ni tak naklah fikir pasal orang jahat. Jom kita doa: Ya Allah, semoga kita jadi orang yang baik, yang soleh dan solehah. Ok? Good night. I love you. Assalamualaikum.

7 comments:

knv

hikhikhik!

good nite precious! esok2 kita sambung lagi pasal jahat ek? :D

Mursyidah Ahmad Azam

k.malini, AADK mmg ada pndekatan utk bdk2 tadika - just utk perkenalkan supaya drg x amik klu org bg & x ikut klu nampak. Kita selalu sebut dadah bahaya & x elok utk badan sbb bwk penyakit & blh mati (penerangan scr umum).

SMM

knv,
tu la pasal. tak pasti apa motif soalan2 pasal org jahat ni. adakah utk mengetahui apakah perkara2 yg tak patut dibuat? atau orang bagaimana yang patut dijauhi?

mama khairin,
wah untungnya ada expert in the family hehe. thanks for the tip! nnt2 boleh suruh munief gi tanya mak lang utk maklumat lanjut hehe :)

Niza K.

xde button like ke? nak like like like like like like like like like like like like like like like like !!! kakngah, be ready, nanti hasief pulak akan tanya byk2 mcm munief n fiefah :D

H

Rupa alternatif blog ini

Ummu Auni

sebab si munief itu bijak pandai :)

SMM

niza,
fifa tak bertanya sebyk munief. tak tau apasal.. lain ke cara kakngah layan dia? risau pulak.

H,
malangnya kalau guna laptop ofis tak dpt guna dynamic view tu sbb browser lama (yg takleh nak upgrade sendiri huhu..) but thanks :)

ummu auni,
ammiiiiinnnn....

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP