Cerita kontot (CK)
Kuizlah, cerita kontotlah, dah rojak bertambah rojak blog ini. Tak mengapa, layan dulu, tengok nanti berapa lama bertahan atau berapa cerita yang keluar bawah kategori ini.
Apa itu cerita kontot? Cerita yang sangat pendek, tak layak masuk kategori cerita pendek (cerpen). Saya ada pernah baca sebuah antologi cerita kontot yang ditulis oleh Zakaria Tamer (tulisan asal dalam bahasa Arab tapi versi yang saya baca adalah terjemahan ke bahasa Inggeris). Cerita-cerita dalam buku itu ada yang sependek-pendek tiga atau empat ayat, tak sampai satu muka surat pun, hinggalah ke hampir menyamai panjang cerpen. Saya pernah nampak orang guna istilah certot (malah ada antologi certot terjual di pasaran), tapi saya rasa nama itu kurang indah, sama macam perkataan kontot itu sendiri. Jadi saya akan guna CK sahaja pada tajuk blog post bawah kategori ini.
Cerita-cerita yang saya tulis dalam kategori ini ada yang berdasarkan kisah benar atau pengalaman sendiri, ada yang terhasil daripada imaginasi semata-mata, tapi kebanyakannya adalah kombinasi kedua-duanya. Mengapa perlu ada kategori khas untuk CK? Supaya jelas bahawa cerita adalah fiksyen semata-mata dan bukan (semestinya) pengalaman peribadi saya. Dan yang penting, perlu berlatih menulis. Teringin nak tulis novel? Panjang sangat, perlu stamina yang tinggi. Cerpen? Kalau nak ikutkan patutnya dah boleh, tapi mana habuknya belum nampak? Kalau cerita kontot pun tak dapat tulis juga, alahai ... mungkin kena berhenti berangan!
Baiklah, ini cerita pertama. (Walaupun sebenarnya dah pernah ada dulu tulis satu atau dua, nanti saya nak tempek juga dengan label kategori baru).
Cinta
Aku mengetuk pintu bilik dengan perlahan. Kemudian menguak daun pintu dengan cermat.
Apa yang kulihat membuatkan aku lekas-lekas menutup kembali pintu. Pasangan suami isteri itu saling berdakapan, sedang tidur. Tangan kanan si suami terpaut pada pinggang si isteri, dan tangan kiri si isteri berlabuh santai di atas bahu si suami.
Saya bersuara pada tetamu di ruang depan, “Opah dan Tokki sedang tidur. Pak Long, Mak Long, jemputlah makan dan minum dulu, ya? Sekejap lagi saya kejutkan mereka.”
Di sebalik sedikit rasa bersalah kerana telah menceroboh hak privasi nenek dan datuk, ada satu perasaan seni yang menyelinap masuk ke dalam jiwa.
Ah, indahnya cinta!
2 comments:
mynie, aku tak suka sgt ck sebab aku tak suka cerita takde ending, tapi aku rasa susah lagi nak tulis ck dari lain sebab kena fit the whole story line in a few sentences.
komen amatur aku sebagai pembaca ck kau; your observation has been nicely written, but pd pendapat aku ck kau takde story line, which brings me to the question, must ck have a story line or it can be just a description or observation like what you have written
1 thing you might want to consider, i always believe a good story is one that can spark curiosity/ get your mind racing, like once you read it you will be guessing what could be the ending/outcome of the story
just my 2 cents, all the best ok!
bas,
thanks a lot for your comment. mmg aku tak fikir pun pasal storyline hehe (ada ka camtu). this one is more like a snapshot or a scene or an observation. you are right, it'll be better to fit in a proper story, esp one that is witty.
teringat pulak 'receipt stories' by book xcess (100 words or less) http://www.receiptstories.my/index.php?cd=about
Post a Comment