Tuesday, January 10, 2012

CK: Apa Yang Saya Mahu

Di akhir ceramah saya di sekolah itu, seorang budak lelaki datang merapati saya. Ujarnya perlahan, "Ustazah, doakan saya semoga dapat 5A dalam UPSR nanti."

"Baiklah, ustazah doakan," saya menjawab ringkas, dan mula mengalih perhatian kepada budak lain pula.

Dia masih di situ. Dia mendesak, "Ustazah, saya serius ni. Doakan saya."

"Yalah, ustazah pun serius juga."

"Tapi ustazah tak tanya pun nama saya," budak itu menempelak.

Saya jadi tertarik untuk mengetahui cerita budak ini dengan lebih lanjut. "Kenapa penting sangat dapat 5A UPSR ni?"

Jawabnya, "Mak saya janji dia akan berikan apa-apa yang saya mahu jika saya berjaya dapat 5A."

"Dan awak nak minta apa?"

"Saya nak minta mak saya tutup aurat."

Saya terkesima. Hati ini tersentuh. Dan sejurus itu juga saya menadahkan tangan dan memohon doa supaya diperkenankan hajat tulus budak ini. Ya Allah, sekiranya beginilah asbabnya hidayah diturunkan kepada ibu budak ini, kurniakanlah kejayaan mendapat 5A kepadanya.

*Diceritakan semula. Kisah asal (kisah benar) diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam segmen Usrati, Radio IKIM, 6 Januari 2012.

8 comments:

sisdee

subhannallah sejuk perut saya kalau dpt anak macam nie :)

SMM

nak anak macam budak ni, tapi tak nak diri jadi mcm mak dia :)

Ahmad Syarbini

Parent level : -23

::ziLla::

menitik airmata baca...

SMM

cb,
tak paham apa maksud 'parent level -23'. maknanya parent level sgt rendah ke?

zilla,
saya masa dengar tu pun menitik air mata..

SURAIYA PAUZI

Oh terharunya. Sama2 kita doakan ibunya diberi hidayah dan anak itu sentiasa terpelihara imannya. Amin.

Ummu Auni

pilu terharu. Alhamdulillah kalau ada yang masih mengingatkan

Anonymous

MasyaAllah. Terkedu sekejap!

shafida

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP