Tuesday, May 01, 2012

Subsidi oh subsidi

Apa yang hendak saya tuliskan hari ini sesuatu yang telah lama bersarang dalam kepala, tetapi tidak terluah, risau jika tersilap kata. Sebabnya, ini topik sensitif. Dan pendapat saya bukan pendapat popular. Saya berpendapat, subsidi wajar ditarik balik (secara berperingkat). Tetapi ada syaratnya, iaitu perbendaharaan kerajaan ditadbir dengan

1. amanah – tiada rasuah,

2. cekap – tidak tiris, dan

3. bijak – peruntukan dibelanjakan untuk meningkatkan ekonomi negara dengan efektif yang mana kesan positifnya dapat dirasai oleh semua peringkat masyarakat, atau dibelanjakan untuk kemudahan kesihatan dan pendidikan yang juga dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

Ya, memang sukar untuk memenuhi syarat-syarat ini.

Mengapa saya tidak setuju dengan konsep subsidi?

1. Kerajaan membelanjakan duit (yang bukan sedikit, malah berbilian-bilion) untuk semua orang indiscriminately, tidak kira yang miskin atau yang kaya, yang memandu Kancil mahupun Porsche, rakyat Malaysia mahupun bukan rakyat Malaysia. Apatah lagi jika bahan subsidi itu tidak dihargai dan dibazir-bazirkan pula.

2. Barang subsidi diseludup ke negara lain atau sampai ke tangan pihak yang tidak sepatutnya (contohnya diesel subsidi untuk nelayan dijual kepada sektor komersil), dan yang untung adalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab (boleh dikira sebagai criminals).

3. Untuk mengawal barang subsidi memerlukan kepada penguatkuasaan, dan menjadi satu kos besar pula untuk ditambahkan kepada subsidi tadi.

4. Subsidi mewujudkan kesan dan keadaan yang ‘tidak benar’. Contohnya, jika kita benar-benar terkesan dengan tingginya harga gula, mungkin kita akan cuba kurangkan pengambilan gula. Motivasi kesihatan tidak memadai, mungkin motivasi kewangan lebih berkesan. Harga petrol yang rendah mungkin membuatkan kurangkan tekanan untuk meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam atau membuat penyelidikan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui.

Menarik balik subsidi bukan sesuatu yang mudah. Saya sukar membayangkannya. Adakah harga semua benda akan melambung tinggi? Mungkin. Tetapi seperti frasa yang saya terbaca dalam blog seseorang suatu masa dahulu (sudah lupa siapa, maaf), pilihlah, mahu ‘short-term gain, long-term pain’ atau ‘short-term pain, long-term gain’.

Namun, jika tiada apa-apa perubahan positif yang signifikan, dan pentadbiran kewangan dan perbendaharaan negara masih status quo, maka berilah kepada kami bahagian kami melalui subsidi.

3 comments:

Ummu Auni

i agree with you :)
kerajaan ialah pemegang amanah. insya Allah, sekiranya pengurusan wang rakyat dilaksanakan dengan amanah, subsidi boleh dikurangkan secara berperingkat namun kerajaan masih kena ada check & balance untuk elakkan manipulasi peniaga

SMM

to me, kerajaan ada the economics of scale utk buat sesuatu yg efektif.

contohnya bantuan RM500/keluarga tu, mmglah sesuatu yg amat dihargai oleh mereka yg memerlukan, tp pada hakikatnya masih bersifat short-term solution.

bayangkan collectively duit RM500 tu jadi berapa puluh juta, apa yg boleh buat sbg long term solution...

Niza K.

emmm my 10 cents.. untuk tarik balik subsidi umpama tarik satu alat ekonomi negara which is dalam dasar fiskal komponen utamanya adalah subsidi dan cukai yang berhubungan secara songsang. mungkin bole dikurangkan di mana2 yang x patut dan ditambahkan mana2 yang lebih patut. untuk ditarik semua subsidi, negara xkan dapat kawal ekonomi secara fiskal tetapi kene guna dasar monetari yang mana lebih complicated.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP