Wednesday, July 18, 2012

Daddy Long Legs

"Bukanlah kesenangan besar-besar yang paling penting, tetapi menghargai perkara-perkara kecil. Saya telah menemui rahsia hidup bahagia, iaitu fokus pada masa sekarang. Usah mengenangkan atau menyesali yang telah berlalu, atau tertunggu-tunggu masa hadapan, tetapi manfaatkan waktu kini sepenuhnya. Saya akan nikmati setiap saat dalam hidup saya dan saya tahu saya sedang menikmatinya semenjak waktu saya sedang menikmatinya lagi (bukan hanya selepas). Kebanyakan orang seolah-olah berlari terlalu laju sehingga tidak sempat menghargai hidup mereka. Mereka mahu tiba ke satu destinasi yang jauh nun di sana. Mereka mengah dan tercungap-cungap sepanjang perjalanan sehingga mereka tidak dapat menghargai keindahan pemandangan yang terbentang. Sedar-sedar sahaja, mereka sudah tua dan keletihan, dan tiada beza pun sama ada mereka tiba ke destinasi yang dituju atau mencapai sasaran yang ditetapkan, atau pun tidak. Saya akan duduk di tepi jalan dan mengutip semua kegembiraan kecil atau besar, walaupun saya tidak dapat mencapai cita-cita menjadi seorang penulis agung. Saya semakin petah berfalsafah, bukan?"

Perenggan di atas dipetik daripada novel terjemahan saya yang pertama yang baru diterbitkan oleh PTS One. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah. Novel remaja klasik nukilan Jean Webster ini mengisahkan seorang anak yatim piatu, Jerusha Abbott yang berpeluang melanjutkan pelajarannya ke peringkat kolej apabila seorang dermawan misteri sudi membiayai kos pengajiannya. Identiti lelaki itu dirahsiakan daripada Jerusha, namun dia disyaratkan agar menulis surat setiap bulan kepadanya. Kisah hidup Jerusha yang menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya dirakamkan melalui surat-surat ini.


Sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini, jemputlah ke link Bookcafe (kedai online penerbit PTS) ini.

4 comments:

aida

page not found

SMM

aida,
oh haah.. thanks for highlighting.

well boleh cuba klik butang 'Beli di PTS Bookcafe' dari sini
http://pts.com.my/index.php/buku/daddy-long-legs/

tak pun search terus di Bookcafe. search engine Bookcafe dah semakin bagus berbanding beberapa tahun dulu..

Aina Ana

Alhamdulillah! Tahniah Mynie, sukar tu nak translate English ke Bahasa Melayu tanpa hilang roh cerita :D tapi anda berjaya :D

Ummu Auni

congrats!

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP