Mengambil semangat
Semalam saya berkesempatan berkunjung ke Majlis Mesra Aidilfitri Galeri Ilmu. Alhamdulillah, satu pengalaman yang cukup mengujakan! Saya bertemu ramai penulis, ustaz, dan kakitangan Galeri Ilmu termasuklah kak Suraiya yang dikenali di alam maya namun kali pertama bertemu muka di alam nyata. Malah ada pula kawan kepada ibu mertua saya (seorang calon penulis) yang cam wajah saya dan menegur saya - kecilnya dunia. Pada mulanya saya berasa segan memperkenalkan diri apabila ditanya siapa, tetapi semakin lama saya berasa semakin yakin diri.
Saya ini, selalunya lama contemplate atau menimbangkan sebelum publish sesuatu di blog ini, memandangkan tempat ini terbuka (sesiapa pun boleh baca). Dan saya ini, lebih suka berkongsi setelah sesuatu itu berstatus pasti. Walaupun saya tahu berkongsi matlamat atau gol/target dengan orang lain dikatakan boleh menjadi motivasi bagi diri, namun saya lebih kepada 'segan'. Takut rasa 'malu' kalau tidak berhasil.
Namun, hari ini berbeza. Mengambil semangat daripada pengalaman saya di pejabat Galeri Ilmu semalam, saya berazam untuk melebihkan tindakan (just do it!) dan mengehadkan 'angan-angan' (I've not been good with executing my plans before). Tambahan pula, pagi semalam saya mengambil dua tindakan 'spontan' dan hasilnya menyenangkan hati, jadi pengalaman positif itu pun membantu.
So, what am I working on?
1. Sebuah cerpen telah dihantar sebagai penyertaan Sayembara Menulis Cerpen Majalah Asuh, namun belum disiarkan atau ada jawapan.
2. Sebuah lagi cerpen sedang ditulis bagi menyertai Sayembara Menulis Cerpen Majalah Anis. Saya perlu disiplinkan diri untuk siapkan tulisan ini!
3. Satu proposal buku telah ditolak dengan lembut (jawapannya, belum lagi buat masa sekarang). Saya rasa agak kecewa sebab saya memang betul-betul teruja dan tidak sabar mahu memulakan projek ini. Saya ada terfikir hendak menghantar proposal ini kepada penerbit lain pula, tapi ada rasa 'kesetiaan' kepada Galeri Ilmu yang menghalang saya.
4. Satu proposal novel (yang tidak lengkap sebab tiada bab contoh) telah dihantar, dan setakat ini saya terima maklum balas positif daripada Editor Karya Kreatif Galeri Ilmu. Saya tidak menganggapnya sebagai 'greenlight' atau sebetul-betul "ya, kami akan terbitkan", sebaliknya saya harus disiplinkan diri untuk siapkan bab contoh supaya surat tawaran betul-betul boleh diberikan. Saya hampir tergelak apabila Encik Amir kata semalam "Cubalah tulis satu bab setiap minggu." Kalau dapat satu bab setiap bulan pun sudah dikira pencapaian yang tinggi berbanding kadar sekarang. Saya baru menitipkan lebih kurang tiga ribu patah perkataan (hanya sepanjang sebuah cerpen) setelah berbulan-bulan bermula sedangkan sebuah novel memerlukan sekurang-kurangnya 30 ribu patah perkataan!
5. Saya bekerjasama dengan seorang rakan (seorang freelance illustrator) untuk menghantar sebuah manuskrip buku kanak-kanak ke sebuah pertandingan (tarikh tutupnya hujung bulan ini). Bahagian saya adalah konsep dan teks, dan rakan saya pula menyiapkan ilustrasi dan layoutnya. Saya suka projek ini sebab ada tarikh akhir untuk dikejar dan rakan kolaborasi membuatkan saya tidak dapat berlengah-lengah (seperti item 2 & 4 di atas). Doakan kami menang! Jika tidak memang, kami mahu cuba hantar kepada mana-mana penerbit yang berminat hendak terbitkan.
6. Setelah terjemahan Daddy-Long-Legs terbit, saya telah bertanya kepada Editor Terjemahan PTS One sama ada berminat untuk buku berikutnya (saya telah terjemahkan 10 daripada 33 bab buku Anne of Green Gables), namun setakat ini beliau menyatakan bahawa mereka akan nilai dahulu prestasi jualan buku Daddy-Long-Legs untuk melihat sama ada pasaran untuk karya klasik terjemahan cukup besar atau pun tidak. Perlu follow-up dengan beliau dalam seminggu dua ini.
7. Saya bekerjasama dengan seorang rakan yang lain pula (seorang programmer) untuk membangunkan satu idea perniagaan internet. Masih di peringkat perancangan. Saya mengharapkan dapat bermula tanggal 1 Januari 2013, tapi ada kemungkinan tarikh launch terpaksa ditangguhkan.
8. Saya mahu revive perniagaan t-shirt kanak-kanak yang saya mulakan pada tahun 2008 lepas tapi telah terbengkalai. Saya perlu update blog berkenaan dan mula membuat promosi sedikit sebanyak, termasuklah melalui FB. Stok masih banyak - kalau tidak jual, saya yang rugi.
Ada lagi perkara-perkara lain yang sedang saya usahakan (I'm working on them and excited about them!) tapi bukan temasuk di bawah usaha-usaha untuk mencapai cita-cita saya. Saya belum kongsikan cita-cita saya? Ya, pada usia saya 32 tahun, saya bercita-cita mahu menjadi 'A combo of entrepreneur, writer and inventor'. Langkah-langkah (kecil) ke arah dua yang pertama itu sudah ada, namun yang ketiga itu masih agak obscure, sangat samar-samar. Apa yang hendak saya invent? Hahahah :)
There you go. Tiada berpatah balik. Maka saya kena juga buat!

8 comments:
thanks for sharing :)
hari tu masuk bookshop and puas aku cuba ingat buku apa yg aku memang nak beli, tapi it did not come, dah balik baru teringat it was your book hehe takpe nanti pg cari lagi
so mmg nak tulis buku kena bagi proposal dulu ke? tak payah siap the whole manuscript first?
so what' s your kpi per day for your novel? a page a day?
bas,
i don't consider myself having any 'book' yet. but thanks kalau kau beli hehe :)
my kpi is 100 words/day. rendah, kan? aku kena aim higher ni...
yes, preferably hantar proposal/sinopsis dulu. kalau nak hantar manuskrip yg dah siap boleh, tapi ada risk tak diterima (biasalah tu). if so, boleh je try publisher lain.
eh tetiba aku dpt idea. jom collaborate collect kisah2 doktor? mcm yg kau selalu tulis kat blog. kisah sebenar apa yg berlaku di hospital, then ulas pengajaran/keinsafan out of it. kumpul experiences of many. jom jom!
Projek sastera tak ada proposal,
novel? siap baru dipertimbang untuk terbit,
begitu juga cerpen,
setakat menyata hasrat nak tulis
penerbit akan gelak2 dalam hati saja.
Bila maniskrip siap baru dia timbang agak2 market boleh balik modal ke tak,
Bukan projek sains/teknologi,
proposal saja dah dapat perhatian,
apa lagi kalau boleh buat power point,
panah sana, panah sini, bulat situ, bulat sini, tiga segi, tiga segi berlapis, dan macam,
dah dapat perhatian,
Kurun 21 ni, sastera adalah "jihad",
bukan karier,
Ayoh,
thanks ayoh for leaving a comment. (hari ini, well hari kelmarin, dalam sejarah!)
jarang dengar orang kaitkan sastera dengan karier. kalau ikut subset di 3 post sebelum ni pun, karier is the overlap for what you do well and what the world will pay for.
yes, true. penerbit tiada obligation utk terbitkan manuskrip walaupun pernah indicate minat. tapi sekurang-kurangnya mengurangkan risiko walaupun tak eliminate risiko 100%.
sastera dan sains dua-dua perlu. atau pun (bagi saya), pembangunanan 'content' (rather than sastera per se) - apa yang orang tengok (tv/internet) & baca (buku/majalah/suratkhabar) penting utk bina minda & tamadun.
you know what, it's always at the back of my mind, i sometimes jot down a bit and say this story i must tell, but.. when i'm busy i find that my imagination or wordflow or whatever u call it tak function haha
i actually have another idea, it's about parenting, a different way to look at childhood, i dont think there's any such book in the market yet (perasan), but i cant even start writing it, thats why aku macam nak steadfast tulis kat blog, if i can write everyday, i think i can be more observant of my surroundings and organize my thoughts...
Selamat maju jaya Mynie!
Menulis memang memerlukan disiplin yang tinggi. Terkenang semasa menyiapkan disertasi sarjana dulu, orang lain dah lama siap, tinggal saya seorang terkontang-kanting hingga sampai limit tempoh yg diberi. Akhirnya grad dengan batch lain. Kawan2 yg sebatch grad setahun awal. Dlm hati berkata, "Ngapa le aku ni lembap sgt. Hampeh btl."
bas,
wah, menarik. bagaimana tu a different way to look at childhood? cuba share sikit the gist of your philosophy in your blog :)
kak suraiya,
terima kasih! saya rasa saya memang perlu sedikit pressure supaya lebih berdisiplin. sama ada deadline atau rakan kolaborasi. kalau sendiri, memang tak lebihkan usaha. ikut sempat je..
Post a Comment