Tuesday, April 09, 2013

My two cents

*Amaran: ini adalah post politik*

Saya tak mahu memperkatakan dengan detail - banyak lagi tulisan yang lebih baik. Cuma beberapa poin yang saya nak juga express, tapi tak mahu express dalam FB (saya rasa terlalu terbuka), jadi saya pun datang berlindung di 'rumah sendiri' (terbuka juga, tapi sekurang-kurang tak ramai orang tahu kewujudannya).

1. Pihak yang menawarkan brim lagi, malahan dijanjikan untuk menambah jumlahnya lagi, 'menakutkan' saya. Ini membayangkan pihak ini mengharapkan sokongan segolongan rakyat yang berpendapatan rendah. Maknanya, pihak ini mempunyai insentif untuk meramaikan rakyat supaya termasuk ke dalam golongan ini. Lebih ramai bilangan rakyat yang layak menerima brim, lebih baik bagi mereka. Scary thought. Saya memang kurang gemar dengan cara 'memberi bantuan' seumpama ini. Sebagai pihak yang mempunyai kuasa, ada banyak lagi cara lain yang lebih struktural bagi membantu.

2. Tidakkah mereka terfikir, bahawa taktik menawarkan brim ini (dan juga taktik memberi 'bonus' kepada pekerja GLC dsb disertakan dengan rayuan supaya menyokong mereka) akan lebih banyak menolak sokongan berbanding menarik sokongan?

3. Saya tidak berkenan dengan mindset yang menganggap seolah-olah pembangkang itu seperti 'musuh'. Komen-komen seperti "Dah namanya pembangkang, tau bangkang jelah kerjanya" sangat menampakkan ketidakmatangan. Sama juga seperti perniagaan, pengguna yang untung sekiranya ada lebih dari satu pihak yang menawarkan barang atau perkhidmatan yang kita mahu. Pengguna lebih mudah ditekan jika berlaku monopoli, atau jika kesemua peniaga berpakat (cartel). Pihak-pihak yang mahu mempimpin mendapat sokongan menerusi kecemerlangan dan prestasi, bukan melalui propaganda/rasuah/fitnah etc. Saya mahu lihat senario politik di Malaysia yang lebih matang, biarlah kesemua pihak saling menghormati. Mana-mana pihak pun, jangan caci-mencaci, maki hamun, saya pun tak suka dengar. Biarlah perbincangan dan keputusan dibuat ikhlas kerana kepentingan rakyat dan negara, dengan rasional bukan dipandu emosi.

I honestly think we can do better. May Allah guide us and help us.

5 comments:

Ummu Auni

I agree with point no. 2. Bila ditawarkan 'bonus', orang luar tidak tahu 'bonus' yang dinyatakan itu adalah duit syarikat GLC sendiri.

Aina Ana

Hari minggu berbincang dengan kawan, yg biasa-biasa sahaja pandangan dia tentang politik, dia ada cakap takut je lepas pilihanraya semua barang naik. Sebab dia pun persoal dari mana dapat dana sebanyak itu utk BR1M & co? Mesti kena top up balik kan dana tu?

Anonymous

Pernah tak tgk report card kerajaan Negeri Selangor (now the caretaker?) Dgn tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan, free air, masih ada banyak keuntungan. It's how one govern our money. Berdoa dan harus berusaha dgn membantu org sekitar berfikir dgn rasional. Kalau mereka mampu tabur duit dgn brim etc, bermakna either duit tersebut mmg ada, kalau tak ditabur mcm ni, akan masuk poket mereka, dlm masa yg sama ada hak yg tertunai/atau tanggungjawab yg tak dilaksanakan ATAU ... Pembahagian pendapatan negara perlu bijak diagihkan. Unnecessarily over priced basic needs perlu diberhentikan. Banyak mana mereka taburkan pada rakyat, kata each person dpt RM500, adakah cukup utk sara hidup? dgn semuanya mahal. It's time for them to take rest, pendapatan negara are not wisely governed. Mereka perlu rehat. GE is nearing, let our voices heard.

SURAIYA PAUZI

Setuju sangat Mynie ... bak kata tok guru NA, Kerajaan Pusat layan rakyat macam ayam itik (tabur duit = tabur dedak).
Saya pun kurang senang bab caci maki nih! Kurang akhlak betul tak kiralah parti mana sekalipun.

Apa pun: TAKBIR! Heee2 ...

Al-Manar

"I'm still looking for one". Have you found that? My two cents' worth says to me if I'm truthfully looking for the one I want most, I have to clear my mind of all bitterness and attempts to judge people. I will do what is expected of me and let others find their 'ones' their own way. We are all hhuman, looking and looking for whatever.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP