Soalan anak saya
Lama tidak ditinggalkan jejak, namun tidak sama sekali dilupakan. Ini masih tempat saya bercerita.
Dan hari ini saya mahu bercerita tentang soalan anak saya. Dikenang-kenang terasa lucu juga.
Munief bertanya, "Apa benda yang bulat bulat bawah 'burung' abang ini?" Nak tersedak saya dibuatnya.
Ya, soalan ikhlas seorang kanak-kanak yang sedang belajar dan mahu kenal tubuhnya.
"Itu namanya skrxxxx. Penting tu. Fungsinya sebagai kilang untuk hasilkan sperma. Sperma tu untuk buat baby."
Ya, memang straightforward.
"Tapi Ummi, abang kan lelaki. Mana boleh ada baby."
"Memang lelaki tak mengandung baby. Tapi untuk buat baby, perlu ada dua-dua lelaki dan perempuan. Sebab itu lelaki dan perempuan perlu berkahwin, baru ada baby. Sperma dari lelaki kena bertemu dengan telur dari perempuan, kemudian, dengan izin Allah, jadi baby."
Munief mendengar. Menyimpan maklumat. Nasib baik dia belum tanya bagaimana sperma lelaki nak bertemu dengan telur perempuan. Dalam kepala, saya membuat mental note untuk minta Abu Ridhwan menyambung cerita pasal skrxxxx sekiranya perlu elaborate lagi (bang, please take note ya).
Fuh. Ini sudah dikirakan sex education lah kan. Pasal haid, saya sudah terangkan kepada kedua-dua Munief dan Afiefah (termasuk asal darah haid itu iaitu lapisan dinding dalam rahim yang bersedia untuk menjalankan fungsi sekiranya ada baby).

1 comments:
LOL - birds & bees education!
Post a Comment