Selimut kita carik dua
Selimut kita carik dua
Ia bermula dengan selembar benang yang terputus
titik lemah
menjadi sobek
selimut kita mula cabik
aku mahu bahagianku
aku tarik
koyak
engkau mahu bahagianmu
engkau tarik
koyak
setiap kali kita berebut
masing-masing merentap
semakin lebar robeknya
aku tidak cuba menjahitnya
engkau tidak cuba mencantumnya
hingga satu hari
kita menyenjah terlalu kuat
membuatkan
selimut kita langsung carik dua
sebelah untuk aku
sebelah untuk engkau
dan malam terasa semakin dingin
kerana selimut kita carik dua.
2 comments:
Jarang org menulis genre puisi sekarang ni. Senang faham & baca karya Mynie :D
Kak Huda,
Perkataan mudah, analogi mudah, struktur ayat mudah. Semua mudah hehe :)
Post a Comment