Friday, January 26, 2007

Running out of fuel

Mungkin sebab terlalu memikirkan mengenai beberapa perkara khusus, saya terus terlupa bahawa saya perlu mengisi minyak kereta sebelum ke tempat kerja pagi ini! Saya cuma tersedar setelah melewati stesen minyak terakhir di lebuhraya. Astagfirullahal’azim! Hampir panik saya jadinya. Kecut perut usah dikata. Saya tenung-tenung jarum penunjuk minyak yang memang sudah menunjukkan paras bawah daripada merah. Berapa banyakkah lagi minyak yang tinggal? Sempatkah sampai ke stesen minyak seterusnya? Macam mana lah boleh careless sangat aku ni? Dalam kepala sudah bermacam senario terbayang. Kalau kereta tiba-tiba berhenti di tengah jalan, apa yang harus aku buat? Dahlah trafik tengah sesak di sini. Larat ke nak tolak kereta ni ke tepi? Lepas tu bagaimana – tahan teksi? Call rumah atau ofis minta bantuan? Perkara A, B, C, dan D yang bergilir memenuhi minda tadi entah ke mana. Fokus saya kini cuma untuk sampai ke stesen minyak paling hampir. Switch off the aircond, easy on the brakes, easy on the accelerator – hoping those will help. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, tolonglah aku. Tolonglah aku.

Begini rupanya rasa bila tersedar minyak hampir habis. Bagaimana agaknya kalau usia kita ada jarum penunjuknya? Bagaimana kalau kita cuma tersedar bila jarum sudah sampai bahagian merah. Mungkin waktu itu fokus kita terus kepada Allah, memohon merayu meminta taubat. Terketar bergegar memikirkan banyaknya dosa. Na’udzubillah – paling teruk kalau kita tak sedar pun, tiba-tiba ‘kereta’ sudah berhenti bergerak! Petrol habis bolehlah ke stesen minyak berhampiran, kalau masa atau usia habis bagaimana? Ya Allah, ingatkanlah aku tatkala aku lalai dan leka. Masa dan usia, pinjaman semata.

By the way, I managed to arrive at the next petrol station 'uneventfully'. Alhamdulillah - Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun!

1 comments:

Anonymous

haah la mynie..betul.. if only kita prepare..kita tak perlu hadapi semua tu kan.. tp manusia mmg bersifat pelupa dan leka..alhamdulillah u hv a solehah surrounding..pray for me ya..:)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP