Catatan Bangkok 3
Kebetulan Lumphini Park begitu hampir dengan tempat kami menginap. Bolehlah berjalan-jalan bersantai menghirup udara petang. Kali pertama kami berkunjung ke situ, sedikit terkejut dan kagum saya dibuatnya menyaksikan kepelbagaian aktiviti riadah warga Bangkok. Acara pertama yang menyambut ketibaan kami kelihatannya seperti latihan cheerleading, tapi yang anehnya semua ahlinya budak lelaki belaka. Kemudian kami saksikan acara senamrobik beramai-ramai, dengan jurupandu beraksi di atas pentas berlatarkan muzik rancak dan diikut oleh beratus pengunjung (yes, there were literally hundreds of them), yang sudah lama di situ dan yang baru tiba. Tapi bukan satu spot sahaja, bila kami berjalan lagi ada pula gerombolan-gerombolan yang lain di beberapa tempat yang berjauhan. Lagi kami lihat warga kota ada yang bermain badminton, bola sepak, sepak raga, malahan rollerskating pun ada, buat slalom stunt lagi. Yang menariknya ada juga pelancong yang bermain sama, mencuba bakat bersepak raga. Di tasik pula, ada pelbagai jenis bot dan kayak untuk disewa, dan sewanya murah juga – hanya RM3 untuk setengah jam. Kami pulang tidak lama selepas itu. Agaknya kalau kami menapak lebih jauh ke dalam park itu, mungkin berjumpa warga Bangkok yang sedang berlatih Muay Thai!
Jadi, apa yang istimewanya? Pertama, I’m inspired by the way the Thais take their recreation – it’s more like a culture rather than a ‘task’. They do it for the fun of it, not just to stay healthy. Kedua, kerajaan Thai memperuntukkan kawasan sebegini di tengah-tengah kota raya, dengan akses mudah, kondusif, dan yang penting juga – percuma! Gaya hidup sihat sebagai budaya, tidak perlu berkempen-kempen. Satu kemudahan di kota Bangkok yang saya agak suka juga (dan saya kira relevan dengan topik yang cuba diutarakan di sini) ialah skywalknya, laluan untuk pejalan kaki yang mudah dan selesa. Kedudukannya di tingkat ‘kedua’, iaitu antara jalan raya yang paling bawah, dan rel BTS (Bangkok Train System) yang paling atas. Skywalk ini dihubungkan terus ke bangunan-bangunan tertentu berhampiran seperti pusat membeli-belah, bangunan pejabat, atau hotel melalui skybridge. Jadi, pejalan kaki masuk terus ke tingkat tiga misalnya. Bayangkan kalau kita boleh berjalan kaki terus dari KL Sentral ke Mid Valley tanpa perlu bimbangkan kereta sesak, traffic light, hujan dan panas?
Sewaktu di Bangkok, MDH pernah berkata kepada saya: Perasan tak waktu kita di sini, kita tak nampak pun orang yang gemuk-gemuk? Memang sepadan dengan budaya aktif yang kami perhatikan! Saya pun nak jadi seperti mereka. Let’s play!
0 comments:
Post a Comment