Wednesday, March 07, 2007

He’s a DINK

“A what?!” I exclaimed, responding to the answer I received from a colleague when I asked her how many kids does this particular manager has.
“You’ve never heard of the word ‘DINK’ before? Double Income No Kids. I thought it’s used quite often in our company.”
Used quite often in our company, huh? That speaks volume of the kind of culture and atmosphere in our organisation.

It reminded me of the conversations I’ve had with my other colleagues.
Colleague 1: “My wife and I memang decide nak anak sorang je. We’d rather send one child to Cambridge rather than four to UiTM. We want to develop him to be a global leader.”
Colleague 2: “Yeah, only two (kids). No time lah – so busy with work!

How contrasting with the other conversations I’ve had with –
Pakcik jaga AzZahrah: “Anak pakcik 10 orang, Alhamdulillah dapat beri pendidikan yang baik hingga universiti. Sekarang kat rumah tinggal tiga orang je. Sunyi betul rasa…”
Housewife X: “Sayunya, anak bongsu makcik dah masuk Darjah Satu. Cepat betul anak-anak (8 orang) ni besar kan…”

Pada dasarnya, Islam menggalakkan kita meramaikan ummah. Namun, menjarakkan kelahiran adalah harus, contohnya atas sebab kesihatan dan kesediaan, sama ada fizikal, mental, dan emosi ibu mahupun anak, termasuk ingin menyempurnakan penyusuan selama dua tahun. Namun, ada juga sebab yang tidak dibenarkan, iaitu jika kerana takutkan miskin atau kesempitan hidup, kerana sesungguhnya Allah telah menjanjikan rezeki untuk setiap anak yang lahir. Kaedah merancang keluarga yang tidak dibenarkan pula ialah jenis yang kekal (irreversible). Read more on how Syeikh Yusuf al-Qaradawi & Muhammad Salleh al-Munajjid and Syeikh Ahmad Kutty responded to this topic on IslamOnline.net.

Saya tertarik dengan sebuah artikel tulisan Ustaz Hasrizal (Abu Saif) beberapa bulan lepas selepas beliau dianugerahi cahaya mata yang ketiga. Beliau berpendapat jarak dua tahun adalah ideal kerana ketika dalam tahun kedua seorang anak barulah dia akan mula menunjukkan perangai dan sifat-sifat invidualitinya, lebih banyak berkomunikasi, sama ada bertutur, mendengar, dan memahami. Oleh itu, ibu bapa dan anak lebih banyak berinteraksi dan mengeratkan lagi hubungan dalam tahun kedua, berbanding dengan tahun pertama yang mana keperluan bayi lebih berbentuk fizikal seperti ingin minum susu, tidur yang cukup, ingin bersih dan sebagainya. Saya berhajat untuk buatkan link ke artikel tersebut, tapi tak dapat pula ke web SaifulIslam.com dalam seminggu ini (kenapa agaknya?).

Apa pun, sebenarnya anak ini rezeki dan kurniaan Allah yang tidak ternilai. Kita hanya boleh berusaha, tapi pada akhirnya ketentuan adalah hak Allah semestinya. Ada pasangan yang betul-betul inginkan cahaya mata tapi bertahun-bertahun mencuba masih belum berjaya. Ada yang cuba menjarakkan kelahiran, tapi cepat juga ‘lekat’nya. Wallahu ‘aliimul hakiim….

8 comments:

Ummu Auni

i've waited for almost one year before conceiving my first child and i cried because of such longing. i cried when i found i was finally pregnant. and i was smiling ear-to-ear when i got pregnant with the second one, only months after i delivered the first one.

ingat nak ada lagi..tapi mungkin plan yang dua orang tu besar sikit

Anonymous

Anak adalah anugerah.Setiap anak punyai rezki masing-masing. Ramai anak, murah rezki tau :).
Akak memang bercita-cita punyai ramai anak. seronok tgk pck2 n mck2 JIM yang ada anak ramai 9-10 org, then anak diorang semua berjaya n terdidik dengan agama yang mantap. Harap dapat ikut jejak mereka :)
Dr Harlina kata, jadikanlah kehadiran seseorang anak itu, merupakan kehadiran yang dinanti-nanti. Ni akak menanti2 anak kedua, huhu... rasa mcm nak nangis aje tak dpt2 lagi.

bAiTi

K.Mynie, yup, setiap anak punya rezeki masing2. Da, wanita yang mengandungkan + melahirkan, Allah dah tetapkan ganjaran yg SANGAT istimewa + dimiliki oleh orang lain.

With my 1st todd, yup we were sort of planning sbb we were some sort of like nak 'qadha' back the 6 months time that we had been apart from each other. And the planning was like 60/40, eheh. I was really want to have the baby earlier than we planned + silently doa for the miracle. And, He fulfilled it ;).

the 2nd one, was unexpected. But, welcomable ;). Kita merancang, Dia juga 'merancang'. Pastinya, rancangan Dia yang lebih baik, kan? :)

SMM

(Kak?) Mardhiah12, saya pun sama, setahun mencuba baru 'lekat' anak first... tapi setahun kira ok lagi, saya kenal ramai yang lagi lama, 5-7 tahun pun ada..

Kak Raiyan, sabar.. bykkan doa.. insyaAllah adalah hikmahnya dijarakkan tu...

Baiti, betul tu - yakin dengan perancangan Allah, tapi usaha pun kena ada...

Meminjam kata seorg kenalan, yg melalui pengalaman 5 tahun berusaha sebelum dpt anak pertama (tp skrg dah 4 Alhamdulillah) kat Malaysia ni belum ada support group (mcm Susuibu.com) untuk TTC 'trying to conceive' ni...

Anonymous

Looks like your company has an American culture.

SMM

Oh, it's a 'valid' term then! Rajinnya cari info dlm Wiki :)

Anonymous

Actually, I was reading this piece, but couldn't find it again immediately, that turned up instead.

Hasrizal Abdul Jamil

Assalamualaikum.

Maafkan Saifulislam.Com kerana hilang dari servis semenjak seminggu yang lalu. Kisahnya ada di http://saifulislamdotcom.wordpress.com dan buat sementara ini, Saifulislam.Com boleh diakses melalui http://hasrizal.com

Terima kasih

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP