Varsity Café
Waktu saya berkenalan dengan F (maaf, nama penuh tidak dapat dipaparkan atas sebab tertentu) kurang dari setahun yang lepas, kami bertukar-tukar kisah impian masing-masing. F bercita-cita mahu membuka sebuah kafe berkonsep bakeri suatu hari nanti. Waktu itu, F sudah mula memasarkan produk cupcakesnya secara part time. Tidak saya sangka, ‘suatu hari nanti’ tiba begitu cepat sekali! F dan suami telah membuka kafe mereka yang dinamakan Varsity Cafe pada 7 Julai lepas bertempat di Teras Jernang (berhampiran Seksyen 15, Bandar Baru Bangi). Alhamdulillah, berbanyak syukur kepada Allah dan tahniah kepada mereka.
Beberapa minggu lepas, saya berkesempatan berkunjung ke Vasity Café. Dari dalam kereta, lokasi kafe ini kurang terserlah. Menjenguk-jenguk juga kami mencarinya. Apabila dikhabarkan kepada F, dia menyatakan bahawa memang papan tanda yang lebih besar sudah ditempah tapi belum siap. Mungkin sekarang sudah ada. Saya gembira kerana dapat bertemu muka dengan F buat pertama kali. Mujur juga waktu itu kebetulan pelanggan tidak berapa ramai (late lunch), dapatlah kami berborak seketika dengan F dan suaminya. Munief juga berkesempatan berta’arruf dengan anak kembar mereka yang hampir sebaya dengan Munief.
Sambil itu, kami memesan beberapa jenis makanan dan minuman. Kacang pool, yang merupakan signature dish Varsity Café memang lazat! Dan juga unik – saya tidak fikir mudah ketemu menu itu di tempat lain. Senarai hidangan berat (main course) agak pendek, tetapi memetik kata Aida, sahabat kami yang turut bersama waktu itu, “What they chose to do, they do very well!” Semua hidangan yang kami pilih (kacang pool, mee kari, chicken chop, dan nasi lemak sotong) sedap-sedap belaka. Senarai pilihan minumannya lebih panjang, dan banyak yang menarik. Sebagai contoh, minuman yang dipilih oleh Aida, Cambodia Detox (salah satu pilihan dalam kategori Healthy Drinks) mulanya saya teka rasanya pelik, sebab halia dan serai termasuk dalam kandungannya, tapi rupa-rupanya sedap dan menyegarkan! Sebagai penutup, tidak lengkap jika kami tidak merasa cupcakes yang sedap: chocolate cheese dan blueberry cheese, complimentary daripada F dan suami (terima kasih!). Harga makanan dan minuman yang ditawarkan berpatutan, kami berbelanja tidak sampai pun RM30 untuk 4 dewasa makan dan minum. Waktu itu, roti dan pastri masih belum ada dalam menu, harapnya tidak lama lagi kami boleh singgah makan pastri untuk minum petang pula.
Sesiapa yang berada berhampiran Bandar Baru Bangi, mungkin boleh cuba Varsity Café kalau berbetulan ingin mencuba tempat makan yang baru. Letaknya di antara Masjid Teras Jernang dengan Rumah Darul Izzah. Untuk peta dan menu, lawatlah website Cupcakes-etc (tapi menu mungkin ada sedikit perubahan). Kepada F dan suami, semoga bisnes terus berkembang maju!
8 comments:
mynie,
macam kenal aje si F ni. susuibu member kan... she's a lecturer kan?
kak ana, betul - i think mmg you kenal. tapi kena syyy, you taulah sebab apa kan...
Hmmm... saya pun macam kenal, dgn anak dia twin & cupcakes dia tu... memang tau lah kot. Dah lama tak nampak dia kat SI... rupa-rupanya dah bukak cafe! Kalau saya balik msia nanti mesti kedai dia dah bertambah maju and banyak choice makanan....hehehe... 3 tahun lagi... boleh lah merasa makan kat situ. Tapi restoran2 kat seksyen 15 (dekat2 tempat cafe F) tu jenis high class kan...mahal makan kat situ...
kak cuya, wah - lamanya, 3 tahun baru balik? in between tak plan nak balik ke? sebenarnya cafe ni bukan kat seksyen 15 tp kat teras jernang. tempatnya mmg sederhana shj. rasanya harga dia ok jugak, medium class kot.. tak lah high heheh... tak biasa mkn kat seksyen 15 so tak taula cmn kat situ...
nyum2..bestnyaaa... rindu food mesia! rindu makan menda mengarut.. rindu utk membeli makanan dgn mudah.. sbb asyik makan menda yang sama je kat sini..:P nnt insya ALlah kita balik, kita visit Mynie kat sana ek..tp kita balik dec kot.. maybe visit Mynie yg dah deliver insya ALlah..:) Munief pun tak penah jumpa.. insya Allah jumpa dua2 sekali..:) take care!!!
afi, mynie pulak rindu makanan kat sana: kebab, shawarma, fish&chips, jacket potatoes, quiche.. heheh gitulah kite ni manusia ek? looking fwd to see you in dec insyaAllah :)
mynie! don't miss UK..hehe.. kan dekat Kenny Rogers ada jacket potato.. hehe.. :P wah2..nk jd enterpreneur nampak?initially i thot getting a job in academia lg punya byk masa.. tp i was totally wrong!time mmg flexible, tp tanggungjawab byk la pula.. sokmo kena multi tasking la puler..:) tapi sbb aku cintakan bidang pendidikan..i'd be a superwoman! :P bukak tadika u perhaps? :)
afi, jd pendidik kerja yg sgt mulia! i really respect korg semua... tadika? mmg ada consider. tapi, tak kot... rasa agak 'terikat'. education materials, maybe...
Post a Comment