Duit raya
Asalnya saya tak berniat nak tulis apa-apa tentang raya, tapi tiba-tiba terasa macam nak mengomel pasal duit raya. Masa kecil-kecil dulu, sebagai penerima, memanglah rasa seronok, kan? Alhamdulillah, rezeki daripada Allah. Tapi sambil saya membesar, kadang-kadang saya terfikir juga – budaya duit raya ini adakah lebih banyak baiknya atau pun sebaliknya? Terutama apabila melihat kumpulan kanak-kanak yang bergerak dari rumah ke rumah secara rambang (bukan kenal pun) waktu raya untuk ‘mengutip’ duit raya. Kadang-kadang rumah yang sama dilawati lebih daripada sekali, dengan keyakinan tuan rumah tidak cam wajah mereka! Ada yang memang tidak mahu masuk ke dalam rumah, sekadar tadah tangan di muka pintu. Tuan rumah yang sudah maklum, sudah siap-siap menyediakan tabung syiling berhampiran pintu, sedia untuk menghulur sahaja, tidak perlu menjemput masuk. Ada pula antara anak-anak yang saling berlumba – siapa dapat kumpul duit raya paling banyak. Aduhai – mentaliti bagaimana yang cuba dipupuk? Ada suatu tahun, saya dan MHH cuba lari dari norma dengan memberi ‘duit raya’ awal iaitu dalam bulan Ramadhan. Tapi kemudian rasa janggal pula bila tiba hari raya, jadi tinggallah satu tahun itu sahaja kami cuba membuat kelainan, sebelum menyerah pada kebiasaan masyarakat.
Kalau tidak silap saya, budaya pemberian duit di musim raya bukan asalnya dari Islam. Saya belum pernah dengar budaya yang sama dipraktikkan di tempat lain. Besar kemungkinan budaya ini berasal dari amalan memberi angpau di Tahun Baru oleh kaum Cina – ini agakan saya sahaja, bukan daripada sebarang kajian/bacaan. Namun pun begitu, beri-memberi dan hadiah-menghadiahi memang satu amalan yang digalakkan dalam Islam. Tahaddu tahabbu – lebih kurang bermakna: saling menghadiahi membawa kepada saling mengasihi. Lebih-lebih lagi kepada ibu bapa dan sanak-saudara. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Asalkan sang pemberi ikhlas dengan niat untuk bersedekah, sekadar termampu dan tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Kanak-kanak yang bergerak dari rumah ke rumah untuk ‘Ops Duit Raya’ pula, kemungkinannya dari keluarga yang lebih susah dari kita, jadi apalah salahnya bersedekah kepada mereka.
Selain daripada menggembirakan kanak-kanak, saya rasa duit raya juga salah satu cara ‘tidak langsung’ untuk kita lahirkan penghargaan kepada ibu bapa mereka. Contohnya, kadang-kadang memang kurang sesuai kalau kita nak beri duit raya kepada ibu bapa saudara kita (melainkan kalau mereka memang orang susah), jadi memberi duit raya kepada anak-anak mereka (iaitu sepupu sepapat kita) menjadi satu alternatif.
Tambah pula, pemerolehan duit raya boleh menjadi salah satu tempat untuk mula mendidik anak-anak mengenai pengurusan kewangan. Adakah wajar dibelanjakan sebahagian? Bagaimana pula cara menyimpan atau melaburkannya? Di sini, tentunya ibu bapa memainkan peranan yang penting. Ibu bapa jugalah yang harus berperanan mengingatkan anak-anak supaya mensyukuri sebarang pemberian, sedikit atau banyak atau tiada, usah mengharap, dan usah berlumba and berbanding dengan rakan-rakan.
Ustaz Zaharuddin ada mengulas mengenai duit raya dalam artikelnya di sini.
SELINGAN SATU: Our raya was great by the way - had quite a long break!
SELINGAN DUA: Last Monday, Munief’s babysitter announced that she wishes to retire (from babysitting) effective 1 January 2008. Waaaa…. di mana kan ku cari ganti?
7 comments:
munief's babysitter is retiring? due to what? hmph, boleh scout around searching for nursery kut, i think baiti pun hantar anaknya ke nurseri
nurseri is also quiet good.. nanti munief dpt belajar dgn kawan2 sebaya.. tehee
oleh itu... sis, nk duit raya! :P
nursery... hm... kene cari yg btul2 bagus, kene kenal dgn pengurusnya.
so, i found out by exchanging raya stories that my friends who grew up in pakistan, bangladesh, and saudi, also received duit raya. and also berlumba nak kumpul duit byk2. so bukan kat m'sia ja tu. and actually, for arab-americans kat sini pun, they give duit raya to their kids. so most likely remnants of what they used to do in their own countries dulu. maybe we copy the green packet from the chinese red ang pau, but not necessarily the act of giving money in and of itself... my 2 cents =)
Salam all,
I used to send the kids to nursery during my study days. OK jer, k.Mynie. But u just have to bare about the demam2, selsema, batuk2 one, hehehe..
Dah duk ramai2 tu, mmg senanglah skit berjangkitnyer. Nk htr nurseri,buatlah survey byk2 kt sekitar2 rmh k.mynie tu..
Apa yg saya tgk masa buat survey ni:
1. hygine (dapur, bilik, toilets)-gi ler minta permission nk ronda2 kejap :P
2. bilangan carer
3. bilangan kids
4. activiies yg di set-up
so, dptla nnt cari p'gantinyer.. ;)
aini, retiring sebab dah tak larat kot... dia dah berusia.. akan consider nurseries jugaklah lepas ni, luaskan options..
aida, skrg pun ada rakan sebaya rakan 'sepengasuhan' tp suasana rumah yg informal la... takde belajar2 lg...
zidni, aiks ada org tu ngaku kanak2 lg ke? org dah kerija tak dpt duit raya heheh...
aida (the non-blogging one), teringat pulak zaman aida r and aida b dulu :) thanks for your input on other cultures' practises - mmg you are the right person for this kinda input! global exposure hehe.. btw, got the chance to catch up with lynn, bib and nadia last saturday at nadyn's bday party.. it was great - we missed your presence of course :)
baiti, thanks for the practical tips! dekat2 ngan rumah saya tak byk nurseri - later i may need to survey around yr area jugak, nanti saya tanya lg k?
dah kerja.. tp lum kawen! :P
Post a Comment