Coret-coret Pesta Buku
Hmm Pesta Buku – cerita basi mungkin. Kami hanya berkesempatan singgah pada hari terakhir, iaitu Ahad lepas, terus dari rumah AnNajjah (see previous entry). Pengunjung memang ramai, dan saya kebiasaannya memang kurang gemar bersesak-sesak sebegini, tapi dah terpaksa. Hari minggu, wajarlah ramai pengunjung.
Pada awalnya Munief meragam sebentar, saya kira dia kepenatan setelah berpagian di AnNajjah ditambah pula permintaannya untuk terus duduk di lantai membaca bukunya yang baru dibeli dan mencuba blok mainan baru tidak dipenuhi Ummi - “Kita baca kat rumah ye Munief? Kita main kat rumah ye Munief?” Nak memilih buku di gerai PayLess pun tidak senang. Mujurlah Abi berjaya memujuk akhirnya di kolam air mini di gerai PTS – “Tengok tu air mengalir…” sementara Ummi pergi mencipta rekod menghabiskan RM150 di gerai PTS cuma dalam masa 15 minit! Tidak perlu lama sebenarnya, sebab shopping list yang disiapkan di rumah sudah di tangan.
Kami di PWTC lebih dua jam, dan berbelanja lebih RM400 (termasuk langganan majalah Anis), dengan sebahagian buku-buku yang dibeli sebagai hadiah untuk rakan dan adik-adik. Alhamdulillah, puas hati walaupun penat yang amat, kan Abang? Inilah ‘hasil tangkapan’ kami:
Dua buah (buku Dr Seuss) daripada buku-buku Munief kami dapat percuma. Saya tunjukkan kertas yang tertulis ‘hadiah percuma di gerai Gr0lier’ yang diunjuk oleh pekerjanya di luar dewan dan terus-terang berkata, “Saya tak mahu dengar promo dan saya tak mahu beli set, masih bolehkan dapat hadiah percuma ini?” Alhamdulillah, dapat. Banyak sungguh syarikat menerbitkan set belajar bahasa Inggeris sekarang, sama ada tempatan mahu pun luar. Sesetengah mereka memang punya bahan yang bagus-bagus, tapi tiada yang mahu menjual asing-asing tanpa set. Semua kena beli lengkap satu set. Memanglah harga ribu-riban set itu kiranya berpadanan dengan segala-mala buku dan cd yang disertakan, tetapi sebagai pengguna, I feel ‘patronized’. Apa salahnya jika saya mahu beli buku bertemakan pengangkutan dan haiwan tetapi tidak muzik? Atau jika saya mahu beli buku sahaja dan tidak cd?
Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dan mendapat tandatangan pada buku dua penulis iaitu saudara FT di gerai Al-Ameen dan Ustaz Hasrizal di gerai Galeri Ilmu. Dalam sibuk-sibuk saudara FT sempat lagi mengagah Afiefah yang memang lekas senyum. Mana tahu, barangkali ada sedikit tempias bakat FT berkarya untuk agama terkena Afiefah? Hehe..
Hujung minggu ini saya harus luangkan waktu untuk membalut buku pula. Saya sudah mula membaca 3 buku sekaligus. Yang mana habis dulu agaknya…
4 comments:
bestnya dia gi pesta buku, siap ambil gambar ngan FT.
for me lak, hari tu ingat nak pergi 2nd round.. tapi aini pulak warded, kesian lak. last-last order buku aje dgn kawan.. tu pun semua dapat signed copies.. seronok juga la walaupun tak dpt pergi 2nd round
aida,
lepas gian tahun lepas tak dpt pegi hehe..
kalau aida tau ada apa2 warehouse sale ke yg best2, war-warkan le.. boleh perabih duit lagi :)
yang jealous sebab ada gambar dgn FT tu..mahal!
banyak beli buku ustaz hasrizal, hiks
mynie, nak tahu fasal warehouse sale, join je mailing list website ni http://www.shoppingnsales.com/
ummu auni,
eheh awak perasan ye buku ustaz hasrizal byk. nak beri adik-adik dan kawan. nak-nak lagi masa beli tu dia ada dok sign, so tambah lg drpd plan asal (3 to 4 je) hehe..
thx for the url..
Post a Comment