Thursday, September 11, 2008

Just because we don’t know them personally

Dalam satu tazkirah Zuhur baru-baru ini, ustaz itu mengingatkan kami supaya menjauhi perbuatan mengumpat. Peringatan terhadap dosa mengumpat itu sendiri biasa kita dengar, tapi yang lainnya kali ini, beliau dengan spesifik memberikan contoh kita mengumpat figura-figura ternama yang keluar di dada akhbar dan televisyen. Eh, betul juga tu. Kadang-kadang bila sebut ‘mengumpat’, kita cuma membayangkan, jangan mengumpat orang-orang yang kita kenal secara peribadi. Tapi kerap sahaja kita keluarkan kata-kata yang tidak baik terhadap public figures, seolah-olah ada detachment di situ, kita di dunia yang berbeza.

Kata ustaz itu lagi, mungkin apa yang mereka buat itu memang salah, tapi biarkan itu jadi urusan antara mereka dengan Allah. Kalau kita mengumpat mereka, bagaimana dan bila pula kita nak minta maaf daripada mereka? Bagaimana kalau mereka tuntut pahala kita di akhirat kelak? A’udzubillah. Jadi saya berazam, untuk mengawal diri daripada mengeluarkan ‘kritikan tidak membina’ apabila membaca akhbar atau menonton berita yang kurang enak, dan sebagainya, insyaAllah.

6 comments:

Mimi

thanks for sharing mynie :)

i love reading abt ur munief and afiefah~ how old r them btw?

r u still staying in bbb?

SMM

munief is 2 years 7 month, and afiefah is 9 months, muda sikit from your awisy..

yup, i'm staying at my parents' kat sg merab. insyaAllah will look for own place next year, most likely around here jugak since my hubby kerja di ukm. you dah ada rumah sendiri? kat seksyen brp?

btw, i took out the selingan pasal munief sbb terasa nak tokok-tambah sikit. next entry.. hehe ;p

Ummu Auni

mmm, terasa juga, hihihi. thanks for the reminder
XML template is cool!

SMM

ummu auni,
siapalah yang tak buat hehe..
semoga dpt kita kurangkan lepas ni..

Aina Ana

mynie, betul tazkirah ustaz tu. thanks for sharing. dah bulan ramadhan ni kurang mengumpat, baik teruskan sampai bila-bila kan.. :D

SMM

kak huda,
yup jom berazam teruskan sampai bila2, insyaAllah.. and jom saling ingat-mengingatkan :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP