Mengapa Saya Bekerja
Apabila buku ini diiklankan melalui mailing list UmmiKu Sayang, saya lekas memesan terus daripada Ir Endok. Buku ‘Mengapa Saya Bekerja’ ini merupakan koleksi tulisan 26 orang ahli Wanita JIM berdasarkan topik berkerja ini. Buku yang diterbitkan oleh PTS Millennia ini setebal 206 halaman dan berharga RM18.50. Yang menariknya, gaya penulisan setiap daripada 26 individu yang menyumbangkan esei mereka berbeza-beza. Kebanyakannya berbentuk rencana santai, tapi ada juga yang ditulis ala-ala cerpen, dan juga resume. Tulisan kegemaran saya adalah yang kedua terakhir, yang ditulis oleh Zarishah Zainol Rashid. Buku ini boleh dibeli melalui Bookcafe milik PTS di sini dengan diskaun 12%, atau terus menerusi Wanita JIM, maklumatnya di sini.
Blurb di muka surat hadapan buku ini menggunakan istilah ‘pelbagai profesion’, tetapi majoriti daripada 27 individu yang dikisahkan, 12 (45%) adalah pendidik (sama ada pensyarah atau guru), 9 (33%) adalah usahawan (termasuk golongan profesional yang membuka firma sendiri), 3 (11%) adalah pegawai (swasta atau kerajaan), dan 3 (11%) adalah suri rumah sepenuh masa. Malah, jika usahawan-usahawan yang membuka perniagaan berasaskan pendidikan (tadika, tuisyen, modul pembelajaran dsb) diambilkira, golongan pendidik memang majoriti besar. Saya kira ini sebenarnya sampel yang kurang neutral (bukan rawak). Maknanya, pilihan kerjaya ini (atau lebih kompleks lagi, personaliti individu yang cenderung memilih kerjaya mendidik) ada kesan terhadap 1) keterlibatan dalam NGO dan/atau 2) terbitnya tulisan mereka dalam buku ini. Saya seperti menyimpang pula memikirkan statistik ini, tapi bagi saya ini adalah satu fakta yang menarik. Saya bersetuju bahawa mendidik adalah fitrah seorang wanita. Daripada 24 penyumbang yang sedang bekerja, majoriti (lupa pula saya teliti jumlah sebenar) pernah menjadi suri rumah sepenuh masa, sama ada sebentar (kurang daripada setahun) mahu pun lama, kebiasaannya sehingga anak-anak semuanya telah mula bersekolah.
Membaca buku ini mengingatkan saya supaya memeriksa niat keluar bekerja, dan berusaha lebih kuat untuk meningkatkan pencapaian di tempat kerja (yang tika ini agak mendatar). Lebih penting lagi, saya juga menambahkan azam untuk menjadi isteri, ibu, dan pengurus rumahtangga yang lebih baik. Buku ini bagus dibaca, saya galakkan rakan-rakan wanita di luar sana membacanya. Asalnya, saya ada niat untuk membelikan buku ini untuk dihadiahkan kepada beberapa orang rakan baik, tetapi setelah membacanya, mungkin saya akan pinjamkan sahaja. Maknanya, buku ini memang bagus, tetapi bukanlah sangat-sangat bagus, a must-read but not necessarily a must-have. (Harap tidak berkecil hati).
Munief juga ada reviunya tentang buku ini, atau lebih tepat lagi, kulit muka depan buku ini. Dia memerhatikan grafik hiasan di kulit muka depan buku ini, dan bertanya, “Ummi, mana mata dia?”
Saya tergelak. “Eh, belum sempat lukis mata dia. Nanti Ummi tolong lukiskan.”
Munief bergegas mencari pensil.
“Eh, nantilah dulu, Munief. Ummi lukis kemudian.” Hmm, bagaimana ya? Dia tidaklah kelihatan ‘takut’ (spooked), cuma tertanya-tanya (curious) barangkali.
7 comments:
hehe.. selalunya kalau yg himpun banyak2 cerita ni, jatuh tang must-read la..
saya join UKS jugak.. tp tak perasan pun advert ni.. nampak sangat email bertimbun, tak baca2 :P
Mynie, akak pun dah lama beli buku ni, tapi lama lagi nak baca..busy prepare macam-macam. Kalau dah tensen sangat baru cari balik stok-stok buku yg tersimpan ni :D
cik yan,
saya ni pulak, nampak sgt tak dpt byk email lain, so sempat lg baca emails mailing group hehe..
aina ana,
ala no rush.. nanti-nanti baca lah. sekarang ni banyak lagi benda lain nak kena setelkan hehe :)
masa akak pi perwakilan nasional (JIM) last week, diorg ada buat pelancaran buku ni. tapi akak lum start baca lagi.skarg ni buku tu ada kat adik, tunggu dia khatam dulu.
-kaknajah-
kak najah,
patutlah lama tak post entry baru.. byk program rupanya hehe..
ohh Ir. Indok ni byk jugak tulis buku, I've read her book "Mengapa Saya Bertudung" last raya, quite interesting
asnida,
i haven't read 'mengapa saya bertudung'. kalau tak silap, ir indok tulis one or two articles per book, but the rest dia compile dan edit org lain punya writing juga, for 3 books skrg kalau tak silap, the latest one being 'ibu madrasah pertamaku' or something like that..
Post a Comment