Cita-cita adik saya
Baru sahaja saya menulis post yang ada kaitan dengan wanita dan kerjaya, malam tadi pula adik saya memberi satu lagi bahan cerita yang saya rasakan sesuai untuk dikongsi. Kami sedang makan malam. Saya ‘mengadu’ pada ibu bahawa pengasuh Munief dan Afiefah baru menerima seorang lagi bayi untuk diasuh, dan saya nyatakan sedikit rasa tidak puas hati kerana perhatian untuk Munief dan Afiefah akan berkurangan.
Kemudian adik lelaki saya (#7) yang baru berusia 13 tahun ‘menyampuk’.
“Axx rasa nanti bila Axx besar, nak jadi macam Ayoh. Kalau boleh isteri tak kerja supaya boleh jaga anak-anak di rumah.” (Aduh, awak nak sindir Kakngah ke?)
“Axx tengok kawan-kawan Axx kat sekolah, duit banyak tapi kurang perhatian dan kasih-sayang.” Dia sambung lagi. (Amboi, tak sangka budak lelaki pun pandai buat pemerhatian begini.)
Mok mengambil kesempatan ini untuk beri nasihat pada Axx.
“Kalau macam tu, Axx kenalah belajar sungguh-sungguh lagi, supaya nanti dapat kerja gaji besar, barulah boleh support satu keluarga dengan satu income. Sekarang ni harga semua benda makin lama makin tinggi.” (Ya, kami masih bermentaliti 'makan gaji')
Saya pula menambah.
“Betul tu. Sekarang ni tak susah kalau nak cari isteri yang ada ijazah tapi sanggup berkorban tak bekerja. Tapi seelok-eloknya kena bagi belanja bulanan lah, nafkah biar cukup. Well, teruskan cita-cita awak. Kakngah sokong.”
Axx dah tersipu-sipu.
Patutnya saya juga ambil kesempatan ini untuk ingatkan dia supaya lebih berterima kasih kepada Mok yang telah berkorban untuk membesarkan kami lapan beradik dengan tangannya sendiri.
Ya, saya keluar bekerja. Tapi, janganlah hendaknya anak-anak saya termasuk ke dalam golongan anak-anak ‘yang kurang perhatian dan kasih-sayang’ seperti yang dilabelkan oleh Axx tu, naudzubillah. May Allah guide and help me in fulfilling my roles and responsibility as a mother. Amin.
7 comments:
jadi working mom rasa serba salah. kalau boleh nak besarkan anak2 sendiri, tapi hidup kat KL ni, kalau gaji sorang cukup, oklah...masalahnya *Sigh*
ummu auni,
developing countries gitulah: low wage, high cost of living huhu... bukannya complain. bersyukur mmg bersyukur, tapi tak salah aspire towards a better life...
hihihi.. ideal cita2 adik mynie tu. but seriously easier said than done. nak2 tang nafkah2 tu la.
akak pun kalau boleh tak hingin nak commit 9-5 ni haa..
insyaallah, rezeki masing2.
kak ana,
mmg ideal... tak sangka kecik macam tu dah boleh fikir sampai tu.. yelah, kan budak laki biasanya lambat sikit mature bab2 ni.. anyway, perceptions and opnions can change.
tapi kat developed countries like US pun, it's due to financial reasons that women might choose to stay at home. just that in this case, it's because sending a child to daycare costs the whole of the wife's income. kalau more kids, multiples of income. so might as well the woman (or man in increasing cases - my fellow PhD candidate was considering doing this after he gets his PhD, as his wife is a lawyer), stay at home. ye lah, because there childcare is considered also a 'real' job and is the source of income of those childcare givers. they need to make enough to survive as well. so basically, it's cut-throat everywhere, developed or developing
aida nasreen,
i've read something like that too. expensive childcare and high tax becomes disincentives for women (or men) to work as the second income provider. so i guess it's almost the 'opposite'..
bijak adikmu tu. bijak cam kakak2 nyer :)
-kaknajah-
Post a Comment