Lelaki oh lelaki
Kebiasaannya saya tidak berkongsi kisah-kisah seperti ini, kerana saya risau tersasar kata jadi mengumpat pula. Tapi hari ini perasaan saya meluap-luap. Barangkali saya mencari sokongan atau validation. Semoga Allah mengampunkan saya.
Tengahari tadi, Kak A membawa saya dan Kak I keluar makan. Dalam kereta, Kak I mengeluh kerana terpaksa turun naik mahkamah.
“Leceh betul turun naik mahkamah ni. Dah setahun kes saya bukak. Saya tak fahamlah, dulu dah keluar surat perintah suruh ‘si mangkuk ayun’ tu beri anak-anak nafkah, kenapa tak boleh tangkap je dia sebab dia tak bayar?”
“Ala.. mahkamah ni, semua berat sebelah pada lelaki je.”
Ok, sedikit background diperlukan untuk memahami sudutpandang mereka. Kak I telah bercerai dengan suaminya dan kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sebarang nafkah daripada bekas suaminya untuk menanggung perbelanjaan anak-anaknya seramai 4 orang. Kak A pula seorang isteri kedua yang menanggung sendiri segala perbelanjaan dirinya dan seorang anak. Dia lebih suka suaminya tidak datang ke rumahnya kerap kerana baginya suaminya itu ‘lebih banyak menyusahkan daripada menyenangkan dia’. Kak A dan Kak I dua wanita yang cekal. Saya sering mengambil iktibar daripada ketabahan mereka.
Saya ‘malas’ untuk masuk campur perbualan mereka. Saya duduk diam-diam di belakang sambil melihat ke luar. Tapi tiba-tiba saya tersentak mendengar Kak A membuat satu kenyataan.
“Ala.. orang-orang alim ni, kalau ikut dia kata, isteri ni kena jadi macam hamba kepada suami.” Entah macam mana sampai ke situ. Darah saya tersirap. Bagaimana boleh ‘orang-orang alim’ dilempar tuduhan sebegitu rupa?
“Kak A, tak boleh lah nak generalize macam tu.” Tiba-tiba saya menyampuk, tak sempat mengawal perasaan.
“Eh you ni pro-lelaki eh?” Kak A pula bertanya, nadanya agak defensif. Mata kami bertembung menerusi cermin tengah pandang belakang.
“Bukan. Tapi I rasa tak adil lah kalau nak generalize.”
“Ala.. I ni dah lalui banyak experience. I sendiri, orang-orang sekitar I. Orang lelaki ni, memang semuanya tak boleh diharap, tak bertanggungjawab.”
“Mungkin you banyak jumpa lelaki-lelaki macam tu, tapi ada juga yang baik dan bertanggungjawab kan?”
“Ala.. segelintir kecik je. Sebab itu perempuan kena kerja, kena kuat. Tak boleh bergantung pada lelaki. You ni baru nak hidup. Nanti you jumpalah dengan spesis-spesis lelaki tak guna.”
Astaghfirullahal’azim. Saya tidak menjawab. Kak I lekas menukar topik perbualan.
Saya kasihan pada Kak A. Pengalaman hidupnya membuatkan dia berprejudis sebegitu sekali terhadap kaum lelaki. Ini bukan kali pertama saya dikatakan naif dan kurang pengalaman hidup (dan memang betul pun). Ya, saya ideal dan mendamba ideal. Semoga dalam perjalanan hidup saya ini, saya akan lebih banyak berjumpa dengan yang ideal dan bayangan ideal berbanding sebaliknya.
16 comments:
mynie,
mungkin kena selalu bagi kak A baca saifulislam.com kot...hehehe...
Anyway, saya pun kesian kat kaum wanita yg selalu jadi mangsa. Ada juga kebenaran disebalik kata-kata kak A tu. Sebenarnya, kaum lelaki suka menggunakan modal agama utk menindas wanita, bukanlah agama tu yg begitu. Entah ler... saya kadangkala hairan, bagaimana masyarakat barat yg tidak ada agama, tapi boleh menghormati wanita sbg wanita. Kita pun kena ajar anak-anak lelaki supaya hormati wanita & peliharalah wanita, bukan utk dibuli. Pernah satu ketika, suami saya yg kebetulan ada di rumah, terpaksa ke rumah jiran, bila anak-anak rumah jiran tu ketuk pintu panggil suami saya, ibubapa dia takde kat rumah. Tengok-tengok kakak dia tengah macam histeria... macam-macam lah dia membebel dan antara nya dia kata..."kenapa semua org pompuan kena buat. Tengok tu kat dinding (rumah dia), ada sifat-sifat wanita yg masuk syurga, tapi tapi takde pun tulis pasal lelaki. Semua org pompuan je kena jaga..."
Budak tu baru je umur 14 tahun... kesian dia... dia pun ada anggapan macam tu... sampai jadi tekanan tu...
ummuahmads,
kak A ni bukan jenis yg surf web sgt la.. i don't deny, mmg ada golongan lelaki yg ambil kesempatan, tapi kena lah beri peluang pada yg lain, ni semua sekali kena 'hentam'. though at the same time women pun kena perkasakan diri jugak.. yg paling pelik ialah mereka yg komplen kenapalah semua benda ppuan kena buat, tp di rumah sendiri anak ppuan disuruh buat semua kerja dan anak lelaki dibiar rilek. mmglah cycle tu tak putus.. kan kita boleh (cuba) didik anak-anak kita, insyaAllah.. yg org guna modal agama utk justify tu mmg saya rasa geram betul, lg lah menambah kekeliruan dan kesalahfahaman..
mynie,
Very interesting experience you had, huh?
Tapi, akak rasa pengalaman membuatkan mereka prejudis. Mungkin itu semua ujian untuk mereka. I guess kita pun need to play our role untuk memahamkan mereka. Yes, ada orang yang guna agama untuk kepentingan diri sendiri, tapi ramai jugak yang ikhlas, baik dan taat pada Allah.
Akak doakan kita semua tak akan lalui benda-benda yang boleh menyebabkan iman kita goyah.
Following on from ummuahmads comment, mungkin boleh jemput Ustaz Hasrizal bagi ceramah sikit kat tempat kerja. Mana tahu, terbuka hati mereka untuk have a different point of view.
ipohmom,
mmemang kekurangan saya jugak, sebab masih belum boleh berhujah dengan berhemah untuk berkongsi kefahaman dengan mereka. sebab memang awal-awal saya dah 'kena' - 'you're so much younger than me, what would you know?' kak A ni baya emak saya, sudah umur bersara. jemput ustaz hasrizal mmg idea yg bagus, tp bolehkah saya pastikan mereka-mereka (sesiapa shj) akan dtg? kdg2 jadinya 'preaching to the preached' pulak.. another easy way i can do is to fwd ustaz's articles yg relevant via office emails. tetapi adakah akan 'dihentam mahu tunjuk pandai' juga? (alamak - kenapa saya ni pengecut sgt!) cuma saya tak nak jauhkan dia.. (oh, adakah ini justifikasi atas kepengecutan?).. hmm dilema.. (dah bercakap dgn diri sendiri haha ;p)
mynie,
just like u, i'm struggling from writing these kind of stories - but i think they are worth sharing.
as for kak A, i don't blame her for being frank & genuine. and inviting an Ustaz to give his talk - i don't think a speech will totally wipe off her current perception towards men.
in life, it's all depends on from which angle are we looking at. different people walks a different path.
u are such a lucky person, indeed:)
zufa,
hmm betul jugak, a lifetime of experiences and perception, how to wipe out with one talk? hmm tapi mana tahu, hidayah & kefahaman dari Allah.. boleh diberi, dan boleh juga ditarik balik (naudzubillah)..
lucky? sbb apa? because i've had positive experiences relating to men among family and friends so far? alhamdulillah. i hope it will continue to be so.. 'ngeri' jugak dgr cerita kakak2 ni and other true stories..
Ada betul & ada tidak. Apa pun statistik lelaki yg x bertanggungjwb meningkat pantas. Pun begitu masih ada saki baki lelaki yg baik. Jadi tidak patut kita menjustifikasikan semua lelaki begitu.
Istilah 'alim' itu sendiri pun kurang tepat. Orang alim tidak semesti warak & berakhlak mulia. Org alim ertinya org berilmu. Kalau ilmu aje ada tapi tak praktik pun tak guna juga.
Teringat satu kuliah tok guru nik aziz tentang lelaki tak bertanggungjawab ini, katanya: "Kalu ado oghe jate lagu ni, wak maghi ko ambo. Biar ambo sedeghi behe..."
Allah kan ada berfirman. lelaki baik utk perempuan yg baik... and vice versa.
Wallahua'lam.
wahh mynie, panas meja bulat :)
i can imagine your face in the car hehehe...
what zzeed said is really something to think about (adakah anda lelaki?)
org pompuan mmg suka generalize, mungkin sebab suka buruk sangka, org laki kalau jadi mangsa kita takde pulak dgr diorang bising2
aku ada cadangan utk dilema kau yg 'takut dihentam tunjuk pandai' (kau mmg pandai pun) iaitu kau forward email tu utk ramai2 sekali tapi dgn specific message kepada org lain, bukan Kak A, eg "Kak C, ni artikel yg Kak C mintak saya forward, kepada rakan2 lain bolehla sama2 kita tumpang ilmu" so kalau dia terasa pedas bukan kau yg bagi cili direct kat dia.. by the way dilema kau adalah sangat berasas so jgn rasa macam pengecut pulak sebabnya keharmonian di tempat keje mesti dijaga nanti keje tak best...
whether your email will change her lifetime perception or not does not matter, you can only do what you can do, and that's what counts..
good luck mynie :)
betuller zzeed nih lelaki (yg rupa macam mynie :D)
cakap straight to the point, tak payah jela2 mcm org pompuan
kak suraiya,
aha.. tertarik dgn kenyataan 'statistik lelaki yg x bertanggungjawab semakin meningkat', but that's another topic altogether.. kita maklum makna alim, tp masyarakat kebanyakan masih mendefinisikan 'alim' spesifiknya org yg tahu/faham agama.
zzeed,
hmm ada juga betulnya tu. i guess that's why apa-apa jadi, look inside ourselves first. but then again, i'm sure ada juga kes 'mismatch' sbg ujian atau ibrah etc.. (risau jugak takut cepat tuju ke isteri/suami balik bila the spouse 'buat hal')
btw, yr comments are much appreciated because, as you can see, it's good to hear views from different perspectives, and i don't have many readers who are men hehe.. (let alone yg sudi tinggal komen)
drwati,
i laughed bila baca yr komen re: my brother.. hahaha! komen guys straight to the point, mmg fitrah kita berbeza eh?
good idea re: email! mmg berhemah tu.. thanks. and thanks also for validating my 'fear'. didn't think of it earlier as 'manjaga keharmonian di tpt kerja'..
iya, saya lelaki. mynie's brother. straight to the point sgt ke. hehe.
mynie, itu biasalah. orang yang tend to generalize things ialah orang yang tak pernah tau the other side of the story. dia tak boleh nak imagine yang baik2 itu sebab apa yang didepan mata dia dan disekeliling dia semuanya yang buruk2 sahaja.
memang ada manusia2 sebegini yang diduga allah.
yes kita hanya boleh cuba memahamkan mereka bahawa dunia ini luas dan tak semua orang merasa apa yang mereka rasa.
but we can only try. selalunya orang2 macam ni memang bitter sebab dah meluat sgt dengan apa yang terjadi dengan diri mereka sendiri. diaorang tak nampak apa dah yang lain.
kalau kita cakap banyak pun surely akan kena "kau bolehlah cakap tak kena kat kau!"
my main concern is, bagaimana nak halang this thing from happening. we can only treat the root cause.
hahahha. nak kena buat seminar 'bagaimana mencari jodoh yang baik'
sori terpanjang pulak.
arina,
dlm byk2 mixed feelings i feel towards her, 'kesian/sorry' is the most dominant..
wah mynie(ni pasti tak senang duduk dlm kete kan....he3,
apapun..saya kesihan dengan kak A tu..tak pasal2 di terpaksa menerima dugaan yang sebegitu.tapi ysemua yang belaku ada pro dan kontranya...di pihak lelaki ni...jgnlah kita setkan lelaki ni kebanyakan semuanya sama..ini dah bermakna kita sycology di sendiri,dekatkan diri pada allah..yang pihak pompuan pun sama....tiada yang sempurna manusia kat dunia ini,ada kelbihan pasti akan ada kekurangan..
pada kak A kalau dia hendakan keadilan..saya cadangan kan cari punca yang sebenarnya dengan balik kepada basic...tengok balik solat tu ada tak bocor...kalau ada..betul kan solat dulu,kalau tak...syaitan iblis akan memnganggu pemikiran kita untuk membuat sesuatu keputusan itu ye....
tia
aiman,
terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya :)
ya, bukan shj lelaki/ppuan, tapi kita tak patut stereotype atau prejudis terhadap sesiapa pun. cth: kaum sekian-sekian perangai mesti sekian-sekian. sebab the reality is more complicated, like you said lah.. ada kelebihan dan kekurangan, history atau background pun lain-lain, situasi berbeza etc etc..
Post a Comment