Tiga dalam satu
SATU
Saya terkesan apabila membaca nasihat Dr. Robiah Kulop Hamzah supaya wanita berhijrah kembali pada fitrah. Saya petik “Kaum wanita hari ini sudah jauh tersasar dari peranan mereka yang sebenar. Hari ini wanita lebih sibuk hendak membantu ekonomi suami tapi akhirnya diri mereka tidak terbantu.” Dan disambung kemudiannya “Kalau wanita yang dikatakan dialah sumber kekuatan, pelindung, dan sebagainya, andainya tidak berusaha membangunkan jiwa, akibatnya ibu-ibu tidak jadi pendidik.” Semoga menjadi peringatan buat diri saya, supaya tidak tersasar dalam menyusun prioriti. Interviu dengan Dr Robiah Kulop Hamzah ini dibaca dalam majalah Anis keluaran Januari 2008 yang bertemakan Kuasa Hijrah: Jadilah Wanita Luar Biasa.
DUA
Saya ditemukan dengan halaman ini www.learnerade.com yang memasarkan sebuah e-book (berformat pdf) bertajuk ‘Genius in 28 Steps’ tulisan Halimahton Yusof (ibu Sufiah). E-book ini dijual dengan harga RM39.90. Nampak menarik, saya bercadang untuk membelinya. Tapi bukan bermakna saya mengharapkan anak-anak saya akan jadi se-genius anak-anak Halimahton! Cuma saya mahu belajar bagaimana hendak mendidik anak-anak saya supaya cintakan ilmu dan buku, or so that they enjoy learning.
TIGA
MPH Online sedang mengadakan Jualan Jimat dari 18 hingga 22 February 2009 - diskaun 10% untuk SEMUA buku. Cukuplah untuk tampung kembali kos penghantaran. Ada juga buku-buku tertentu yang diberi diskaun 20% atau 30%, contohnya buku Wang, Islam dan Anda tulisan Ustaz Zaharuddin diberi diskaun 30%. Selain WADI, ada juga beberapa buku lain (10%) yang saya ingin beli, termasuklah A Thousand Splendid Suns tulisan Khaled Hosseini dan satu buku Jeffrey Archer (sama ada A Prisoner By Birth atau Cat o' Nine Tales).
12 comments:
owh, sy pnh mendengar hujah dr robiah dalam ehwal perdana. lebih kurang begitulah kata2 beliau.
tq 4 the info, mynie!
yes memang suka yang no wahid tu. bilalah saya nak balik ke asal.
zufa,
oh.. tak pernah dgr ceramah dia..
arina,
tak 'fully asal' pun, 'ke arah asal' pun kira oklah kot? at least ada goal.. anyway, yg penting kena bangunkan (develop) diri.. ni bidang kak ana la ni hehe.. kaknon motivasi :)
yeay mynie, hope you will enjoy splendid suns, go to khaled hosseini's website www.khaledhosseini.com and see how the book has changed american's perception on afghan (err..not every american of course, the american readers i mean)
drwati,
dah beli! yes - tak sabar nak baca :)
mynie,
tiba-tiba terasa spt spt suara hati saya senada dgn dr robiah... bukan apa, memang itulah yg selalu saya bincang dgn dear hubby..;) Saya pun selalu memikirkan tentang fitrah kejadian manusia, dan tentang wanita hari ni tersasar jauh drp fitrah... Pernah dgr dr robiah bagi seminar, memang best jugak cara dia bercakap... tapi utk yg jenis 'lembut' mungkin kurang minat kot dgn dia... sebab dia stail 'tegas' atau 'garang'...hehe..
Anyway, mynie dah masuk ke dlm forum mysuperkids.net tu...tak perasan pulak mynie... moga kita dpt 'kembali ke fitrah'...hehe...
mynie,
what dr robiah said is so true, kan? cuma sometime tu, just wonder.. with the limited time that we have (keluar kul 7 pagi and balik kul 7 malam) - it will be very challenging!
let us all strive to kembali ke fitrah..
ummuahmads,
tulah.. mmg itulah dilema sedari dulu. at our own level, mmg kita nak cuba bangunkan diri kita supaya kembali kpd fitrah insyaAllah, tp bagaimana juga kita nak kongsikan pengharapan dan kesedaran ini dgn org lain? sbb benda ni mmg impaknya pd masyarakat. unit keluarga haruslah ampuh..
ipohmom,
yup, itulah cabaran kita! bagaimana nak juggle keperluan mencari rezeki dengan tanggungjawab di rumah? huhu... bagi saya, pertamanya mmg kena manfaatkan masa yg ada di rumah sebaik mungkin, dan keduanya saya cuba fikir bagaimana nak tambah lg masa di rumah.. (adakah impian saya utk berkerja 'pert-time' boleh tercapai? masih belum bincang dgn bos)
"hari ini wanita lebih sibuk hendak membantu suami tapi akhirnya diri sendiri tak terbantu"
mungkin dlm membantu suami kita boleh bantu diri sendiri..
bukanke kerja juga satu ibadah?
kalau kerja ikhlas dan suami redha tentu Allah juga redha
siapa tahu kalau kita pilih utk jd full time housewife perangai kita lebih buruk lagi (sebenarnya saya tak pasti apa cadangan sebenar Dr Robiah)
tentu ada hikmah di sebalik rancangan Allah menjadikan kita wanita bekerjaya
dalam zaman sekarang, bukan keluarga kita saja perlukan kita, masyarakat juga perlukan kita
apa akan jadi kalau kita kekurangan polis wanita, warden penjara wanita, doktor/jururawat wanita etc
mungkin lebih timbangan pahala kalau kita kerja drpd tak kerja sebab ibadah bukan dikira ikut kuantiti
tapi kenapa keluar rumah lama sgt ek 7am-7pm? kalau masalah traffic jam atau rumah jauh kenalah pikir2kan balik (saya bernasib baik duduk dalam kuarters hospital-memang sgt convenient, lunch time pun balik rumah)
tak tau apa saya cakapni masuk topik ke tidak sebab mynie ni main bagi ayat2 je, bagila satu artikel!
drwati,
i absolutely agree with you, mmg certain kerja we need women! i, for one, sgt2 bersyukur sbb ada gynae perempuan masa bersalin hari tu. and also like you listed, polis/warden/nurse, and i would also like to add educators/ustazah etc.. these are the obvious ones. mmg directly menyumbang pada agama dan masyarakat. ada jugak others. in this respect, i can't defend my career, because it's pretty much profit-based/commercial. cuma 'secondary benefits' je i cuba optimise, which is dakwah bilhal, so that ada mukmin representative in this corporate scene. i do like this job though, it's just not contributing directly to agama and masyarakat.
besides, my hours, though not 7-7, is not that much better (8-7). i don't think the message is 'mothers shouldn't work', but rather, mothers shoud review the nature of their work, the reason why they work, the conditions, and the balance with other responsibilities etc.
before this ada la jugak sentuh sikit2 isu ni, in categories Women and Personal/Family, tp takdelah as 'proper articles'..
mynie (& drwati),
Bila menyebut tentang fitrah, bekerja atau tidak tu salah satu cabangnya. Banyak lagi cabang lain yg boleh dilihat. Contohnya, adalah menjadi fitrah wanita menyusukan anaknya, tapi wanita hari ni terpaksa dikempen, disedarkan, diajar, etc hanya utk membantu mereka memilih susu ibu berbanding susu formula....tu salah satu contoh ler... Kita sudah terlalu jauh drp fitrah wanita yg Allah ciptakan. Di manakah silapnya?
ummuahmads,
betul tu. that's a good example, breastfeeding.
Post a Comment