Thursday, September 17, 2009

Berlapang dada

Berlapang dada adalah salah satu sikap orang yang berjiwa besar. Makna berlapang dada mungkin berbeza bagi berlainan orang, tetapi di sini saya ingin kongsikan apa yang saya fahami mengenai sikap ini.

Dulu, saya fikir berlapang dada hanya bermaksud berasa redha walaupun ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak diingini. Redha masih bahagian yang penting, namun ada lagi yang boleh dikaitkan. Kita berlapang dada apabila kita lebih senang bersangka baik daripada bersangka buruk terhadap sesuatu atau seseorang. Apabila kita redha terhadap sesuatu yang tidak kita sukai, contohnya apabila ditimpa kemalangan, bermakna juga kita bersangka baik dengan Allah. Tapi ini bukan bermakna kita tidak harus belajar daripada kesilapan.

Kita berlapang dada apabila kita menghormati pendapat orang lain yang berbeza daripada kita, asalkan tidak melanggar syariat Islam. Kita tidak memaksakan pendapat kita kepada orang lain.

Kita berlapang dada apabila kita tidak mudah berkecil hati. Yang berkaitan, kita berlapang dada apabila kita mudah memaafkan kesalahan orang lain. Jauhkan daripada ada rasa dendam atau 'grudge'. Kita juga cuba bersabar dengan kelemahan atau kekurangan orang lain.

Kita berlapang dada apabila kita gembira melihat kegembiraan orang lain, dan tidak berasa dengki atau iri hati. Kita tidak suka membicarakan keburukan orang lain atau mengumpat.

Mungkin sedikit contoh dapat membantu memberi gambaran yang lebih jelas:
-Jika kita kurang selesa di situasi tertentu (contohnya fasiliti di kampung) adakah kita lebih cenderung untuk merungut (internally or otherwise) atau kita boleh bersabar?
-Jika seseorang memberi nasihat kepada kita, adakah kita akan menerimanya dengan terbuka, atau kita rasakan dia hendak tunjuk baik/pandai (bersangka buruk)?
-Jika kita minta tolong dengan seseorang dan dia tidak dapat tolong kita, adakah kita berlapang dada dengan memahami sebabnya (bersangka baik, memaafkan) atau kita rasa berkecil hati?
-Jika kita lebih bersetuju dengan prinsip sebuah parti politik, adakah kita akan jadi anti parti politik lain dengan berlebih-lebihan?
-Jika kita lihat kawan atau keluarga kita melakukan sesuatu dengan cara lain, adakah kita akan cepat membetulkan dia kerana kita rasa cara kita lebih baik?

Hidup lebih mudah jika kita berlapang dada, insyaAllah. Istilahnya pun agak literal – lapang dada. Stay cool, don't sweat the small stuffs :) It's okay. It's okay. Saya pun jauh lagi daripada mencapai sikap ini, tapi saya cuba berusaha.

Kepada semua yang sudi singgah di Everyday Ice Cubes, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Semoga amalan-amalan kita diterima oleh Allah, Amin.

7 comments:

ipohmom

Sis Mynie, Selamat Hari Raya to you too. Thanks for the very inspiring post. I needed that BADLY. Take care.

SMM

thanks ipohmom. you take care too!

kakLuna

setuju.

nak2 bila kita dh menceburkan diri dlm bidang blogging ni wpun blog kita x hebat mana tp kene jugak berlapang dada. sbb akan ada org yg sentiasa x selari dgn pendapat kita.

tp sbnrnya ni bagus sbb makin ramai org mula berfikir ttg sesuatu isu. tidak la menerima je bulat2 sesuatu perkara.

SMM

kakluna,
betul tu. terima kasih kerana mengupas topik ini dari sudut seorang blogger, chewah..

Anonymous

saya agak tidak berlapang dada terhadap org yang tidak berlapang dada.

camne tu.

SMM

zzeed,
hahaha :) that's something to think about :)
does that mean you're not as berlapang dada as you think you might be, perhaps?

Anonymous

it means you're berlapang dada but you also want to enforce that to others.. haha.

org yang hisap rokok selalu nya berlapang dada. dan paru-paru skali.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP