Wednesday, October 07, 2009

Apabila bateri kereta mati

Ini kisah benar, tapi saya coretkan gaya cerpen. Jangan termuntah atau tergelak, ya :)

Saya tekan punat kunci kereta berkali-kali tetapi tiada reaksi. Saya buka pintu kereta dengan kunci secara manual dan cuba menghidupkan enjin kereta. Langsung tiada bunyi! Rasa panik datang menerpa. Saya telefon suami. Abang jauh, nak tolong macam mana? Tidak jauh dari situ, saya nampak susuk seseorang sedang merokok di tempat khas perokok di tempat letak kereta. Encik, boleh tolong saya? Saya beranikan diri bertanya.

Dia cuba hidupkan enjin, juga tidak berjaya. Oh, awak tak tutup lampu kereta pagi tadi, bateri habis terus! Dia telefon beberapa rakan untuk bertanya kereta siapa yang diparkir di tingkat yang sama. Dua orang rakannya datang untuk membantu. Kabel disambung antara bateri keretanya untuk jumpstart bateri kereta saya. Enjin menderum sedikit, tetapi masih tidak hidup, walaupun setelah beberapa percubaan. Maaf, memang bateri awak dah flat terus, dijumpstart pun tidak boleh hidup. Awak perlukan bateri baru. Terima kasih kerana membantu, saya akan bawa pomen ke sini pagi esok.

Rasa sesal dan resah merundung diri. Bagaimana boleh aku lupa menutup lampu kereta pagi tadi? Adakah sistem penggera sudah rosak, atau aku tidak mendengarnya kerana rusuh mahu cepat kerana tiba lambat? Ah, aku memang kurang cekap mengendalikan kereta barangkali. Tahun ini saja keretaku sudah berganti satu tayar akibat melanggar tebing pembahagi jalan, sudah ditukar ekzos baru juga kerana aku melanggar tebing belakang, dan sudah diketuk bonet depannya kerana aku terlanggar kereta pacuan empat roda di hadapan. Alhamdulillah, kerosakan bukanlah besar dan tiada kecederaan yang menimpa diriku, tetapi… Ah! Bukankah aku baru mengingatkan diriku tentang melapangkan dada? Tenanglah hati. Tidak mengapa.

Saya lekas turun ke bawah untuk menumpang bas ulang-alik ke KL Sentral, perkhidmatan percuma yang disediakan oleh majikan. Sesampainya di KL Sentral, saya beli tiket komuter dan bergegas turun ke platform. Alhamdulillah, tren komuter baru tiba. Tetapi… ramainya orang! Bolehkah saya masuk? Apabila tren komuter berhenti dan pintu terbuka, orang berpusu-pusu keluar, dan bertembung pula dengan orang dari luar yang masing-masing risau tidak dapat masuk. Tren sudah sendat, dan saya masih di luar. Dah tak muatlah! Seorang perempuan bersuara kuat kepada budak lelaki di luar yang cuba merempuh masuk dengan kasar.

Pengumuman bergema. Tiada salahnya jika tuan-tuan dan puan-puan di tengah gerabak memberi laluan kepada orang lain untuk masuk lagi kerana pintu tidak dapat ditutup. Saya masih menanti di luar. Saya risau terpaksa menunggu tren berikutnya, yang mungkin saja akan tiba selewat tiga puluh atau empat puluh minit lagi, tetapi saya tidak mahu merempuh. Masuklah, di sini muat, perempuan yang marah tadi berkata kepada saya, dan mengisyaratkan sedikit ruang di sebelahnya. Terima kasih, saya senyum lega.

Tren komuter bergerak. Ruang dalam memang sendat dan padat, bahu berlaga bahu, punggung berlaga punggung. Mujurlah saya dikelilingi kaum hawa, kecuali di belakang dan saya dilindung pula oleh beg. Tren beroleng sekali-sekala, tetapi manusia di dalam tren tidak jatuh, kerana memang semua telah ditampan, kiri kanan depan dan belakang dengan manusia lain. Saya lihat peluh mengalir di dahi dan leher beberapa penumpang. Panas. Sempit. Awal tadi saya sangkakan saya akan dapat menguliti buku yang dibawa, tapi sangkaan saya meleset. Saya tidak dapat menyeluk ke dalam beg untuk mengambil buku, dan memang tiada ruang untuk saya pegang buku dan baca.

Stesen demi stesen disinggahi, penumpang lebih ramai yang turun berbanding masuk, dan kesempitan sedikit berkurangan. Saya mengambil kamera dalam beg dan mengambil dua keping gambar. Beberapa penumpang kehairanan. Mahu hantar sama Ong Tee Keat, saya bergurau. Mereka tersenyum. Macam inilah setiap hari, dik, kakak di depan ramah bercerita. Lagi teruk kalau tren berhenti tiba-tiba di tengah jalan. Satu hari, sampai satu jam kami menunggu dalam keadaan panas dan sempit begini, sebelum tren bergerak kembali. Sudah waktu orang balik kerja, tambahlah gerabak lebih. Saya mengangguk sahaja, bersimpati. Saya teringatkan kesesakan jalan yang teruk pagi tadi. Patutlah ramai orang lebih rela menghadapi kesesakan jalan dalam kereta sendiri. Pengangkutan awam masih pilihan terakhir.

Di satu stesen, pintu terbuka dan saya dengar azan Maghrib berkumandang dengan jelas. Saya ambil botol air dalan beg dan meneguk sehingga habis separuh. Saya masih berdiri, tetapi tren sudah lapang sedikit. Saya ambil buku dan mula membaca. Saya tiba di stesen komuter pilihan dan menunggu suami datang menjemput. Saya mencongak-congak bagaimana hendak menguruskan kereta saya esok nanti, tetapi saya tidak gundah. Alhamdulillah.

14 comments:

Ummu Auni

macam mana dengan kereta tu?
bila baca cerita mynie ni, rasa takut2 pun ada. takut jadi kat aini.

but, public transport di msia still a longgg way to go

- from ex LRT user

SMM

ummu auni afif,

the next morning, saya minta pomen ikut ke tpt parking di pejabat tu, dengan bateri. alhamdulillah, taklah seleceh yang saya risaukan. dia caj sbb kena drive to and fro my office pun tak byk sgt, reasonable.

sebenarnya mmg saya dah diingatkan supaya tukar bateri last time pergi servis kereta, tapi saya terlupa. tch tch tch..

saya pun takde advice nak beri pd aini, because i'm in the same position :) rasa takut2, dan masih terjadi insiden2 yangtidak diingini..

teringat pulak once saya pernah blog pasal bernazar untuk bersedekah jika tidak ditimpa kemalangan, mungkin peringatan sebab saya 'terlupa' amalkan apa yang saya kongsikan..

SURAIYA PAUZI

Hmmm...
3 bln lalu kereta sy pun x hidup masa masa nak blk rmh. Bateri kong! Dlm hujan lebat terkedek2 jln kaki cari tempat servis kereta. Mujur x jauh dr ofis.
Satu lg kalau kunci automatik abih bateri. Pernah kena dh juga. Terpaksa buka pintu kereta scr manual...yo bingit telinga alarm bunyi sampai terpaksa cabut kabel bateri kereta. So eloklah bateri kunci pun simpan buat spare. So dlm handbag elok ada tiny screwdriver!

Sekurang2nya naik komuter tak tersembam pd ketiak berpeluh mamat India mcm adik I. Sejak tu dia pakai mask bila naik komuter. Bila kena mcm ni baru kita bersyukur dgn kemudahan yg kita ada, betul X? Sesekali Allah bg kt kita supaya kita beringat!

m-i-o

hisy. horror!

sy dulu ada jgk sekali bateri kong. nasib baik insiden blaku di rumah. pagi2 nk gi keje tak boleh start enjin. nasib baik jgk sy simpan kad mechanic - dn kebetulan pulak masa tu ada promotion - ada battery delivery free!

selamat, selamat. sy call, tak sampai 15min dia sampai bawak bateri. lega!

SMM

suraiya,
betul betul, satu peringatan supaya kita bersyukur..
wah, bateri kunci pun saya tak tahu jenis mcm mana.. betul betul, kena consider jugak.

mio,
belum pernah dgr servis hantar delivery, tp mmg logik dan wajarlah ada. hmm.. lepas ni kena simpan contact number mechanic yg dekat dgn rumah lain, yg dekat dgn ofis lain pula.. contact number yg saya ada ialah pomen ketuk! haha.. nampak sgt byk kali kena ketuk kereta..

bas

mynie, about this cerpen :) i think u did a good job describing the commuter experience, sebab aku pun rasa sesak napas baca masa kau dlm komuter hehe

Anonymous

i can relate to the commuter experience. our actual public transport standard is way lower than what the higher level people in the govt think it is. reality is... reality.

anyway, even if the battery was totally, totally dead, i don't understand why the jumpstart wouldn't supply directly to ignition and thus the spark plugs...

SMM

bas,
i wouldn't call this a cerpen, but thanks :)

zzeed,
i have no idea, unfortunately and embarasingly. i presume the guys helping me were doing it correct lah.. maybe it was more than just bateri kong.

H

zzeed & Mynie,
If the battery is only discharged, then yes, jump start would work. But if for example, the electrolyte level is low, then it wouldn't help.

ipohmom

mynie... i seriously think you should start writing your own novel!

SMM

H,
i'm glad at least one of us has some clues! :)

ipohmom,
that's one of my dreams! tapi... nak tulis cerpen pun tak habis-habis, apatah lagi novel. kena berdisiplin, kalau tak mmg terbiar gitu je... anyway, thanks for your vote of confidence :)

Nur

mynie..you've got talent bebeh!i wish i could describe it as well as you do..

2 bulan lps bateri sy pun kong..salah senirik juga!sbbnya air bateri yellek!(ya, sy masih gunakan bateri yg kena top-up air bateri)..melayang jugaklaa duit x psl2.

bas

mynie,
was surprised at what H said, bcos if someone has cardiac arrest and u try to jumpstart the heart with that electric paddles, it wont be successful if the blood electrolytes are low....oo sama yek dgn kereta

aku agree wif ipohmom, and frank mccourt started writing age 60

SMM

nur,
thanks :) nasib baik bateri beli je no maintenance, tak payah tambah air.. cuma kena ingatlah, kena tukar after 1.5-2 years.. (jot down in notebook!)

bas,
that's interesting to know :) i guess physics law transcends contexts..
hopefully when i publish my first novel nanti (chewah, ntah bile la tu) we'll still be in touch hehe..

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP