Kenangan manis di PBAKL 2010
Wah, tajuk memang skema, harap maaf lah ye :)
Jika tahun 2008, saya pergi berempat dan tahun 2009 pula berdua, Khamis lepas saya pergi ke PBAKL 2010 berseorangan sahaja. Asalnya nak pergi dengan adik saya dan isterinya tapi tak jadi pula. Sebenarnya seronok juga pergi sendiri, sebab bebas nak pergi gerai mana dan berapa lama. Saya cuma berada di sana selama satu jam setengah sahaja, sebab bajet dah habis. Kalau ronda-ronda lagi pun, tak dapat beli juga. There’s nothing like sticking to a budget like bringing just enough cash and leaving the ATM and credit card behind (well, I didn’t actually leave my cards because I know not to use them).
Jadi, apa kenangan yang manis tu agaknya? Yang pertama, bila saya singgah di gerai Galeri Ilmu, saya terpandang sebuah buku dengan cover gambar seorang gadis tomboy berambut pendek dengan motosikalnya. Mungkinkah… Saya lihat nama penulisnya, ya memang betul! Mereka tidak pilih tajuk yang saya cadangkan (memang tajuk cadangan saya kurang menarik pun, tiada idea). Bukan, saya tak tulis buku tu, saya cuma sunting sahaja. Gembiranya melihat buku suntingan saya yang pertama, sudah berada di pasaran! Encik Sakaria Sungib menghadiahi saya senaskhah buku tersebut (terima kasih!).
Bilalah agaknya nama nak ‘melompat’ ke depan pula ye? Hehe…
Kenangan manis kedua pula, bila berkunjung ke gerai PTS. Lebih kurang 2 minggu lepas, saya mendapat satu panggilan telefon dari seseorang yang ingin mencetak t-shirt muslimah sebagai barang merchandising untuk Pesta Buku. Terkejut saya bila disebutkan emelnya, sehingga saya bertanya “PTS? As in the publisher?” Tempoh menyiapkan tempahan kurang daripada seminggu ketika itu, saya risau juga takut tak sempat, tapi Alhamdulillah sempat (separuh dihantar hari pertama, separuh lagi hari kedua). Walaupun margin keuntungan tidaklah sebesar mana, tapi saya gembira dan teruja dapat berurusan dengan PTS (menerusi stafnya) sebab saya seorang pembaca dan peminat setia PTS.
24 comments:
syoknya mynie!!
mynie dah jadi penyunting buku. uh oh, bilalah aini pula. ps, boleh ke jadi penyunting galeri ilmu lagi, hehe
tshirt tu mynie yang cetak ke? hari tu berkenan nak beli, hehe
ummu auni afif,
baru satu buku :) tapi alhamdulillah, pengalaman pertama yang menyuntik semangat hehe
aini boleh cuba emel en zakaria (emelnya ada di blognya) untuk bertanya terus.
tshirt tu saya cetak di kilang yg sama yang cetak tshirt kanak2 simplisiti. harga jual dia kira oklah kan (below rm30), berbanding tshirt muslimah lain di pasaran. diorg tak ambik untung byk. the marketing exec that i dealt with kata diorg akan continue to sell these merchandises (bukan once-off di pesta buku shj), maybe thru bookcafe ke, harap2 jadilah..
nak tanya macam mana ek pada en zakaria? aini ni takde penglaman jadi penyunting :p. mynie boleh bagi info sikit tak
ummu auni afif,
saya pun tiada pengalaman. nnt saya cari balik emel lama yang tulis pada dia sebagai contoh dan fwd to your yahoo add. rasanya boleh mention aini banyak membaca :)
Heee, sori tp saya ketawa bc komen ummu auni...lucu 'nak tanya macam mana ek pada en. zakaria?
Tanya je, Pak Ya mmg baik. Tak mkn org, org paling baik dan sabar kat sini, dialah.
Ooo...ye ke t-shirt tu mynie yg uruskan...dh belek2 hr tu kt PTS, berkenan, tp bajet dh habis ke buku anak...
mynie
apa sebenarnya menyunting? apa yg kau kena buat?
suraiya,
rupanya ramai juga yang berkenan tapi tak jadi beli. boleh juga saya sampaikan maklumat berguna ni untuk marketing exec di pts tu. terima kasih :)
ummu auni afif,
penyunting tetap merangkap staf jabatan buku galeri ilmu dah beri encouragement tu, apa lagi ditunggu :)
bas,
in short, kena baca teks dan betulkan kalau ada kesalahan mikro dan makro. kesalahan mikro termasuklah salah ejaan, tanda baca atau tatabahasa. kesalahan makro termasuklah cerita tidak logik, tidak konsisten, tidak syariah-compliant, ada fakta tidak benar dan sebagainya.
sesetengah penerbit tugaskan penyunting/editor sambung buat printing layout dan semak pruf/galei, but in my case, i just edited the text sahaja.
mynie, bila tengok tulisan mynie tu, e-mel pada en zakaria, rasanya macam tak layaklah kita ni. sekurang-kurangnya ada juga mynie ada artikel diterbitkan. nak tunjuk blog aini pun, tak sesuai. tulisan rojak bercampur-campur. laras bahas pun tak betul :p
ummu auni afif,
blog saya pun rojak juga!
belum cuba belum tahu :)
mynie,
tahniah!!
lepas ni tunggu buku mynie pulak...
masa akak pergi tu, tak sempat nak tengok baju tu.. are you going to sell them online nanti?
tahniah mynie...!!! :)
maryamshahriman,
thanks :) tapi jangan tunggu, tak tau tahun bila buku mynie siap hehe :)
pts will be selling them directly (not me), if i find out info about how to buy, i'll let you know.
ummuahmads,
thanks :) segan lah pulak... mcm lah big deal sgt. (well, to me it's important lah - it is a step forward, small as it is)
mynie!!!
it is a BIG DEAL :P
i'm very happy for you :)
huii bestnya nama sendiri tercetak kat buku (tak kesahlah, jadi watak dalam novel pun okey) <---ayat ada udang di sebalik mee :P
dapat email aini tak? fasal galeri ilmu tu
mio,
lucunya, first time dengar request untuk jadi nama watak dalam novel hihi :) ntah bila lah tu.. nak letak m-i-o ke zufa? hehe..
ummu auni afif,
dah dapat dan dah balas :)
mynie
siti nurhaliza baru launch her own product line, nama nya simplysiti!
maryamsyariman,
oh ye ke...? Kalau macam tu, adakah boleh kalau mynie nak saman dia...hehehe...:p
tak boleh nak saman, sbb beza satu huruf! haha..
patutlah smlm ada yg sampai ke blog Simplisiti melalui search engine keyword "simpli siti". nampaknya saya kena letak produk kecantikan jugak ni, kot2 ada yg sampai ke blog saya mencari produk kecantikan hehe ;p
tp kan, logo dia pun similar konsep, which is terbalikkan huruf S yang kedua dan bentukkan jadi heart-shape.
pelik website dia still under construction walaupun dah launch besar2an, that's quite a flaw.
mynie, bab saman tu takpelah tolak tepi... Tapi, betul ke logo pun sama/ hampir sama?
Mynie punya tu memang registered (legally) nama tu & logo tu ke? Kalau ye, I think ada 2 benda you need to consider utk long term. Either you have to let her know (formally, by letter & ada proof, etc) atau, you need to change yours. Sebabnya, manalah tahu satu hari nanti kalau product awak yg laris (10 or 15 years ahead ke...), then ada harapan dia yg akan saman awak...hehehe... This is serious lah mynie, benda2 macam ni walaupun kecik, tapi kena pikir long term punya consequences. Tapi kalau its not your legally registered name & logo (ala-ala patern lah ni), then takpelah kot... :)
haha! sy baru nk komen yg sama pasal produk simplysiti tu! baru ternampak iklannya mlm tadi - terus melompat! - eh, rasa macam nk call mynie masa tu jugak (padahal takde no telefon). hehehe :P
ingatkan mynie join venture dengan ct nurhaliza - manale tau kot long term investment in cosmetics) kecik ati sikit sebab tak diajak jadi business partner) :P
ha, betul! first thing yg buat sy terkejut tu ialah namanya simply siti - mmg beza satu huruf aje. dan kedua ialah bentuk S terbalik tu - what a coincidence! (?)
ummuahmads,
saya register nama company: Simplisiti Resources (private), hers is Simply Siti Sdn Bhd (limited). is that 'close' enough? logo saya tidak didaftarkan copryright/trademark nya. i think, walaupun konsepnya sama, but the end result looks quite different kot..
tengoklah, kalau web dia ada bagi contact address or email nanti saya tuliskan surat rasmi (bila la tu).
mio,
ye lah tu nak joint venture dgn siti nurhaliza, dia tak pandang sebelah mata pun saya ni hehe.. with so many people bernama Siti, it's only time when ada Siti lain akan nampak link 'simply siti' dgn 'simplicity' :)
waah..tahniah mynie dah sunting buku.bestnyer
tatau kata tshirt tu mynie yg cetak?kalo tak,akak pi beli ritu.alamak... tp takpa,bookfair perlis nanti harap2 pts pos tshirt depa
-kaknajah-
kak najah,
akak ke yg akan jadi wakil pts masa perlis bookfair tu? boleh saya mention kat en azmi..
Post a Comment