Tag Beautiful Blogger Award
Terima kasih kepada MIO sebab tag saya dengan anugerah BBA ni. Komentar yang diberi oleh beliau bagi setiap blog yang ditag memang cukup hebat, berapa lama lah agaknya masa yang diambil. Komentar yang diberi untuk blog saya ni pula menambahkan pressure kepada saya! Tapi saya ambil sebagai positive pressure lah ye.
Okay, step 2 (macam Special Agent OSO pula), 7 things about me. Sebelum ni rasanya dah selalu ‘about me’, this time saya nak guna tema anak-anak saya pula. Sebelum tu, gambar dulu! One of my favourite photos of them (I’m currently using this photo as my FB profile photo), because they are grinning so happily. I wonder what MHH did to get this (dia yang snap).
7 fakta Munief
-Anak saya yang sulung, bernama Munief Ridhwan
-Umurnya 4 tahun 2 bulan
-Beratnya 20 kg
-Badannya agak chubby (gambar kat atas tak nampak sangat), sungguh enak dipeluk, tapi kalau minta didukung…
-Suka makan (tak hairanlah jadi chubby atau orang kita kata ‘semangat’)
-Soalan favourite “Sebab apa sekian sekian sekian,Ummi?”, dan soalan ni soalan berantai yang tak habis-habis
-Sudah pandai buat lawak sendiri kemudian ketawa sendiri, kadang-kadang Ummi faham, kadang-kadang tak faham tapi gelak jugalah sebagai tanda sokongan
7 fakta Afiefah
-Anak saya yang kedua, bernama Afiefah Mardiyyah
-Umurnya 2 tahun 4 bulan
-Beratnya 10 kg
-Rambutnya kerinting
-Petah bercakap
-Masih menyusu badan di waktu malam
-Sustain more injuries than her Aba (what she calls her brother) - yang terbaru Ahad lepas luka di bibir dan lidah sebab terlanggar gigi sendiri masa berlaga dengan sepupu
Ok, saya nak tag siapa yang saya rasa belum kena tag ni lagi. Terimalah Beautiful Blogger Ward ni, di samping bercerita 7 things about yourselves.
-Ummu Auni Afif, yang baru pindah department baru
-Limau Nipis yang sudah sampai di Manchester
-Baiti yang sekarang dah jarang blog
-Kak Najah yang sedang fikir nak isi kedai baru bakeri dia dengan apa
-Mimi yang baru-baru ni hadiahkan saya kain batik oren yang cantik sempena lucky draw
-Ipohmom yang berazam nak kurangkan baca buku cerita sebab kena baca buku akademik
-Kak Huda, yang juga sedang sambung belajar
-Adia, yang sekarang sedang rajin update blog setelah beberapa lama tak update.
* Maaf sebab bahasa bercampur-campur.
10 comments:
fuh! susah nak tengok mynie melayan tag ni. sgt terharulah. terima kasih kerana meluangkan masa (sebab sy tau mynie rajin draft, tapi jarang publish). eheheheh :P
eh, afiefah 2 tahun 4 bulan? sebayalah anak kita! lahir disember? berat pun sama, 10kg. marilah berbesan. ewah, ada harapan sy nk dapat cucu genius ni. eheheheh :P
eh mynie, suppose to update the tag with 7 facts about our kids ke? wah sudah confuse gini.
mio,
sy byk draft di kepala bukan di blogger hehe.. so tu tak kira lah. oh afiefah sebaya ziyad! munief feb 2006, afiefah dec 2007 jadi nampak mcm saya beranak setahun sorang tapi sebenarnya gap 20 bulan..
ummu ani afif,
ops.. tulah padahnya nak tag orang tapi takde instructions hehe. sebenarnya 7 facts about ourselves, tapi saya saja nak cerita pasal the kids :)
Ok, nanti akak update blog. Banyak isi tapi selalu tersekat dalam kepala otak je..tak lepas ke jari untuk menaip di papan kekunci supaya dapat dilihat mata di monitor :)
afiefah lebih 'tough' dan 'durable' drp Munief :P
CB,
yes, munief lebih 'sensitive' dan careful..
huish, kena tag ka?haha...nanti sat nak pikiaq nak tulih apa ek
-kaknajah-
kaknajah,
tu lah, dah lama takde tag-tag ni, sekali-kala jom layan hehe :)
Yes, finally a reason to blog, perhaps.. :). Sorry, k. Mynie. Ke-busy-an.. Nnt saya sambut ya tag ni :)
baiti,
jadi study break la ye :) buat jgn tak buat hehe..
Post a Comment