Friday, May 14, 2010

Asuh harian, asuh mingguan

Petang itu, waktu saya mengambil anak-anak dari rumah pengasuh, Kak Zuri bertanya pada Munief, “Munief tidur sini, kan? Temankan Ummi Zuri?”

Munief menggeleng dan masuk ke dalam kereta.

“Semua orang balik kampung. Kak Zuri tinggal seorang.” Kak Zuri menerangkan kepada saya. “Marilah Munief, kan tadi Munief dah setuju?” Dipujuknya lagi. Saya biarkan sahaja dahulu.

Kemudian Kak Zuri mengambil dan mendukung Fifa. “Kalau Along tak mahu, Fifalah tinggal, temankan Ummi Zuri. Ok, babai Ummi – jumpa esok pagi.”

Eh, Kak Zuri bukan bergurau?

Munief berkata, “Ummi, janganlah tinggal Adik.”

Saya sedikit cemas dan mengambil Fifa kembali.

“Jangan risau, Fifa tak menangis,” kata Ummi Zuri.

Saya menjawab sambil tersenyum, “Saya tak mahu.”

“Sampai hati kamu,” Kak Zuri membalas, barangkali separuh bergurau dan separuh tidak.

“Maaf, Kak Zuri. Jumpa esok pagi.” Dan kami pun berlalu.

* * *

Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa di kalangan rakan-rakan kita yang berbangsa Cina, perkhidmatan mengasuh bayi dan kanak-kanak secara mingguan juga biasa ditawarkan di samping harian. Jika ibu bapa meninggalkan anak kepada pengasuh harian di waktu pagi dan ambil kembali setiap petang balik daripada kerja, pengasuh mingguan pula menjaga si anak dari pagi Isnin, dan si anak cuma akan berjumpa ibu bapanya petang Jumaat. Upah untuk pengasuh harian dalam lingkungan RM400 sebulan, manakala untuk pengasuh mingguan dalam lingkungan RM600 sebulan. Ini kadar luar Kuala Lumpur. Mungkin di sini, kadarnya lebih tinggi. Bagi masyarakat Melayu kita, saya biasa mendengar cerita rakan yang meninggalkan anak secara mingguan dengan ibu di kampung, tapi setakat ini masih belum dengar pengasuh (bukan keluarga) yang menjaga si anak sehingga malam hari. Kasihan pula anak-anak yang cuma berjumpa ibu bapa di hujung minggu ini, pada pandangan peribadi saya, seperti kena hantar ‘asrama’ pula. Tapi, apalah saya tahu apatah lagi faham tentang keadaan dan situasi lain-lain orang yang berbeza, tuntutan hidup yang berbeza.

15 comments:

drnehar

tak pernah dengar jugak asuh mingguan.. siannya anak..

Seorang ibu melahirkan, menyusukan dan harus mengasuh dan mendidik anak2 mereka... Besar pengorbanan seorang ibu... Tu lah sebabnya, "SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU"... :)

Hadith Rasulullah pun ada sebut pasal anak menghormati IBU 3 kali ganda dari ayah kan?

Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab seorang ibu... :)WALLAHUA'LAM

SMM

drnehar,
betul - besar tanggungjawab dan amanah seorang ibu..
ntahlah, agaknya ni parents jenis yg mmg everyday overtima balik pukul 8-10 kot?
tapi kadang-kadang saya terfikir jugak, diorg ni kadang-kadang nampak mcm 'kurang' kasih-sayang(?), tapi boleh je berjaya di dunia.

knv

memang banyak pun. kawan2 opis akak (chinese) ada yang gitu. tanya jugak tak rindu ke kat anak. sengih je depa.

mana nak sama kan, orang lain jaga dengan emak jaga sendiri.

kesian kat budak tu.

bas

aku pun baru tau pasal mingguan punya babysitter ni masa aku baca pasal budak yg terlecur tapi baby sitter tu tak buat apa2 for 2 days

lain orang lain priority nya

ipohmom

Macam tak percaya boleh tinggal anak sebegitu lama. Kena tinggal beberapa hari sebab kerja pun terasa siksa.

Betul kata bas, lain orang lain prioritynya.

SMM

kadang-kadang, given time, jadi rasa biasa... hope we won't come to that...

SURAIYA PAUZI

Mmg ada bbysttr begini. Cuma kita yg Islam ni kena tau, betapa sibuk mcmana pun hr minggu, ank2 ada haknya. Sudahlah hari2 kena tggl. Weekend pun kena tggal. Kata Ustaz, ibu bp skrg byk derhaka kat anak & ramai anak jd yatim piatu bkn sbb mak bp mati, tp mak bp terlalu sibuk hingga mengabaikan hak ank2. Tu pasal apa2 aktiviti syarikat pd hujung mggu saya x pernah attend wlau mcmana penting sekalipun (kecuali kalau situasi life & death ... tu lain cerita).
Jgn slh anak2 kalau mrk derhaka, sbb mak bp dulu yg derhaka pd mrk.

Hrp kita semua x jd gitu la kan.

Jadikan waktu bersama ank2 waktu yg berkualiti (ini seruan utk diriku sendiri yg serba lemah).

SMM

suraiya,
that's a good point, thanks. 3 jam sehari, 12 jam sehari, mahu pun weekends, jom kita tingkatkan azam untuk optimumkan masa kita dengan anak-anak sebagai waktu berkualiti..

knv

ada ke orang melayu yang praktis gini? tetiba terfikir lak. :D

SMM

knv,
saya dan org2 lain yg baca dah komen post ni (including you) belum ada tahu of such cases.
eventhough sampling size agak kecil, it's safe to say, kalau ada pun sgt sedikit (not a norm) :)

::ziLla::

salam,

makcik saya dah lama buat macam ni. masa sepupu saya baru lahir habis je pantang [masa tu cuti bersalin 40 hari je] naik kerja die akan hantar anak-anak die pagi isnin sebab die cikgu sekolah ptg dan ambil balik hari jumaat dan mak saya akan jaga sampai umur sepupu2 saya ni 5 tahun sebab 6 tahun dah masuk sekolah.

dari anak pertama sampai yang ke 4, semua melalui proses yg sama + sepupu saya yg mak saya jaga lebih rapat dgn mak saya dari ibu mereka sendiri.

dulu saya selalu fikir kenapalah makcik saya buat mcm tu? sibuk sgtkah kerja cikgu? sbb kesan die mmg nampak sampai skrg...

mmg pelik tapi benar. tp maybe sbb saudara sendiri yg jaga kot sbb tu makcik saya tak kisah...

SMM

zilla,
thanks sebab kongsi pengalaman keluarga awak. tapi at least makcik awak tinggal pada adik-beradik sendiri.. tapi saya curious, how do you and your siblings feels about this? seronok sbb dpt main dgn sepupu samapai mlm ke, 'resent' their prolonged presence sbb tak sempat bermanja dgn mak sendiri lama2? tak bermaksud utk provoke, curious je :)

::ziLla::

hahaha...entahlah masa tu saya 4 tahun...macam takde perasaan je sbb dari baby dah duduk sekali... lagipun layanan sama rata je mak bagi + sampai skrg anggap derang mcm adik betul je...kitrg pun mcm rasa kesian kat derang sbb mcm tak dpt kasih syg mama + abah time kecik2 kecuali sabtu ahad...

yg saya ingat sgt2 kitrg rasa sedih sgt2 masa derang dah nak masuk umur 6 tahun sbb derang akan balik rumah sendiri tak dtg rumah kitrg lagi dah kecuali weekend...

mmg last day tu sure nangislah...padahal bukannya tak jumpa dah...hehe

Ummu Auni

sebenarnya cerita ni dah lama. my neighbours did that. padahal yang belah kanan rumah hantar pada jiran belah kiri rumah lama dulu. chinese la. ayah komen pada ummi kami, katanya agaknya kalau rumah dia bertukar dengan rumah kita, mahu sorong anak kat pagar je.

rasanya chinese ramai buat macam tu. kita je yang rasa terkilan.

AidaNasreen

interesting. i had nvr thought of this. i think, mynie, your point abt jadi biasa is very valid. byk benda yg different ppl biasa differently e.g. babysitter vs SAHM, in-hse maid vs DIY / chore-specific hired help. even if u think abt behavior e.g. dress code here vs in US vs in Saudi, PDA here vs US vs Saudi. dare i say prayer styles in various diff countries? maybe that’s too much generalization (and potentially off-topic =P) but yeah, diff folks biasa diff things, and each hv our own reasons / justifications (excuses?)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP