Wednesday, May 12, 2010

Yang baik jadikan tauladan

Kenapa banyak drama Melayu jalan cerita dia sungguh ‘depressing’? Sungguh tak membina, pada pendapat saya. Mungkin niat asal supaya yang buruk dijadikan sempadan, tapi bagi saya, lebih baik beri contoh yang elok.

Ini tiga contoh cerita yang saya maksudkan, dua yang pertama agak ‘recent’ ditayangkan di televisyen, mungkin kalian ada tonton dan masih ingat. Yang ketiga dah agak lama.

SATU
Seorang lelaki dikahwinkan dengan pilihan keluarga tanpa kerelaan, katakan nama dia Abu (sebab saya tak perasan nama dia apa dalam cerita tu). Abu memang treat his wife badly, katakana nama isteri ni Sara. Lepas ibu Abu meninggal, dia kahwin lain dengan pilihan sendiri, Min. Sebenarnya masa saya tengok tu dah nak habis dah. Abu memang kurang ajar dengan isteri pertama dan ibu mertua dia. Satu hari, anak-anak dia lari sebab terdengar Abu kata nak ceraikan Sara dan anak-anak dia nak ambil. Bila Abu dan Sara sedar, mereka pun pergi cari anak-anak mereka ni. Mereka jumpa yang kecil perempuan dalam keadaan semput, sebab gas inhaler dah habis. Bila balik rumah, mak si Sara senyap-senyap dah keluar dari rumah nak balik kampung sebab dia kata tak nak Abu marah-marah Sara disebabkan dia. Sara keluar cari mak dia dan jumpa tak lama lepas tu. Hujan lebat. Pokok tumbang timpa Sara dan mak dia, dua-dua meninggal. Di rumah, anak kecil yang perempuan pun mati. Tinggallah si abang, yang memang tak gembira sebab semua orang yang dia sayang dah mati, dan dia tak suka ayah dia atau ibu tiri dia. Satu hari, masa Abu hantar si abang ke sekolah, si abang ada cakap sesuatu pasal ibu tiri dia yang membuatkan si ayah marah sungguh. Abu keluar nak kejar anak dia yang berjalan ke sekolah, tapi dia kena langgar. Tak mati tapi lumpuh atau cacat.

Apakah?

DUA
Ada seorang perempuan yang kurang ajar dan sombong, anak orang kaya. Ayah dia kahwinkan dia dengan seorang ustaz dengan harapan supaya si ustaz ni dapat bantu didik anak dia. Perempuan ni, katakanlah nama dia Lia, tak nak, tapi ayah dia kata kalau tak ikut cakap dia, tak dapat harta. Lepas kahwin, Lia beri ubat guna-guna sampai suami dia ikut telunjuk dia serba-serbi. Ayah Lia mati sakit jantung bila dia tengok Lia sepak terajang suami dia sebab dia marah suami dia tu lambat kejutkan dia tidur. Satu hari, Lia lumpuh sebelah kaki, jadi semu-serbi suami dia tolong buatkan, tapi Lia masih tak sedar. Pembantu rumah keluarga tu cari penawar untuk pulihkan si ustaz, dan dia pun balik ke rumah dia sendiri. Satu malam, dia nak pergi balik ke rumah Lia, tapi dia kena bunuh masa nak selamatkan seorang gadis daripada dianiayai. Malam tu, kononnya Lia ternampak kelibat suami dia cakap selamat tinggal. Dia mengengsot sampai ke tangga, jatuh, dan makin jatuh sakit. Babak terakhir ialah mak dia dok menyuap dia makan.

Apakah?

TIGA
Ada seorang lelaki di kampung, katakan nama dia Ahmad. Dia bekerja di kebun dan baru bertunang dengan buah hati. Adik kepada Ahmad ni jenis yang buang masa, pergi merempit, dan paksa mak beri duit. Satu hari, Ahmad marah kat adik dia, suruh dia ubah perangai. Si adik merajuk, pergi merempit dan mati kemalangan. Si mak salahkan Ahmad. Dia mogok tak makan, sampai mati. Dalam pada itu, tunang Ahmad pula putuskan pertunangan dan jumpa orang lain. Ahmad jadi gila. Satu hari, waktu Ahmad (yang dah hilang akal) merayau-rayau di pekan, si bekas tunang secara tak sengaja terlanggar dia, kepala terhantuk, dan Ahmad pun mati.

Apakah?

Yang last tu memang saya paling tak faham sekali, apakah cerita yang cuba disampaikan sebenarnya? Memang it’s true saya ni jenis yang suka happy ending dan tak suka sad ending. Tapi still, memang bosan tengok cerita yang semua orang mati.

Ok, ni ending alternatif yang saya nak cadangkan, tapi mungkin alternatif yang boring jenis penonton tak nak tengok lah.

SATU
Abu ceraikan Sara tapi Sara dapat custody anak-anak dia. Dia jumpa jodoh lain yang lebih baik, dan hidup bahagia dengan mak dan anak-anak dia. Abu tak bahagia dengan Min dan menyesal dengan perilaku buruknya dahulu.

DUA
Bila kaki Lia dah lumpuh satu, dia pun sedar dan insaf. Suami dan mak dia bersyukur dan gembira dengan perubahan dia.

TIGA
Walaupun mak dan adik dia dah mati, dan dia putus tunang, tapi Ahmad tak berputus asa. Dia pindah tempat lain untuk mulakan hidup baru. Dia berjaya dalam kerjaya, jumpa jodoh lain dan hidup bahagia dengan keluarganya. Dia jadi aktivis sosial yang cuba dekati mat rempit untuk bantu mereka buat perubahan.

Oklah, penat taip ni, probably one of my longest and 'randomest' post ever. Tiba-tiba dan out of character kejap.

20 comments:

UmmuAhmads

hahaha.... mynie, rasa tak tahan nak gelak baca entry awak ni.... Memang betullah, semua cerita yg awak tengok tu sgt depressing....
Tapi your suggestions tu, nanti org kata macam cerita hindustan, mesti happy ending, predictable, ideal, etc, maka org tak nak tengok...hehe....
Actually, saya rasa drp your cerita, nampaknya semua drama kita masih tak membangunkan masyarakat. Entah ler.... dah dekat 6 tahun saya takde tv, nampaknya drama sama je drp dulu, mungkin pelakon je yg berubah...hehe... The whole jln cerita should be berubah. Tapi entahlah...adakah ia menggambarkan yg masyarakat kita memang hidup stress (terkejar sana sini) dan depress? Kemudian tengok cerita pun semuanya depressing... tu yg kita susah nak tengok masyarakat kita boleh naturally bersifat penuh empati spt masyarakat negara maju?

tinidewi

mynie,
mungkin mereka cuba untuk tidak cliche ^_^

psstt sorry sangat, hari tu tak sempat nak beramah mesra. panik suami dah lambat ke masjid!

Ummu Auni

sebab tu lah aini tak tengok cerita melayu. especially the soap operas. selalu datin-datin, rumah besar gedabak, plot cerita: berebut harta (perasan tak ni??) kalau ada orang kaya, asyik berebut harta je, sama ada wife yang nak ke atau adik dia ke atau anak ke. banyak yang cerita pula tak berpijak di alam realiti, kalau cinta je, mesti miskin dengan orang kaya, too cliched!

tapi sebab tu org melayu susah nak insaf. selalu jadi drastic event, cam wife mati ke, baru nak sedar salah dia.

yang betul2 merentap perasaan, masa tengok cerekarama, cinta si penggali kubur.

yang series layan pun, khabir bhatia je. itupun bukan semua filem dia aini tengok pun. setakat cerita hantu dia tu, yang masa hairy othman berlakon (lupa tajuk apa) dgn nur kasih. cuma tak suka lah nur kasih, bila nur dah baik dengan adam, plot line dah boleh agak.

Zidni

org melayu ni sibuk dengan "oh, aku lah yang malang... sungguh tak bernasib baik. asyek mengeluh dan mengenang nasib".

Rizza

mynie leh jadik pengarah drama melayu la... good ending utk keinsafan org kan...

SMM

ummuahmads,
hahaha saya baca balik pun rasa nak tergelak. contoh-contoh yg diberi ni extreme lah kot, sebahagian drpd 'drama airmata'. ada jugak cerita yang menarik dan bagus, cth mcm satu cerita ni pasal 2 orang lebai yang mendekati mad'u mereka mat rempit dgn cara berlumba dgn diorg (dan menang). ummu auni afif punya contoh 'si penggali kubur' tu saya tak pernah tengok lagi. filen 'pensil' arahan m subash abdullah best. filem 'cuci' arahan afdlin shauki ok. so kiranya, takdelah SEMUA seteruk ni. cuma... kan bagus kalau lebih byk yang best berbanding yg tak best?

kak tini,
tiba-tiba saya rasa semua karakter mati pulak yg jadi cliche.
terima kasih byk2 sbb singgah jugak bsc last friday utk pass buku. susahkan kak tini je.. padahal bukanlah urgent pun..

SMM

ummu auni afif,
seeloknya kena baca dulu sinopsis ringkas atau 'blurb-equivalent', pastu decide worth tengok ke tak. baru lah tak buang masa.. sbb ada jugak drama-drama yang membina, bukan takde.

zidni,
tulah.. extreme punya malang lagi. kenalah banyakkan cerita 'kebangkitan', cerita-cerita yang inspiring..

rizza,
hahaha tak boleh - ending saya 'bosan-bosan' belaka.
patutnya kita galakkan penulis-penulis novel islami tulis skrip drama.. atau penulis skrip adaptasi buku yang bagus-bagus jadi drama. kalau buku boleh bagus, skrip pun boleh juga...

drnehar

Yang el perasan dalam drama/cerita melayu, banyak aksi-aksi ROGOL (tanpa rela, ye ke?) dan ZINA (dengan relahati)...Astaghfirullahalazim...

Maka, budak2 yang tengok tv pun, terikut2 la. Jadi ramaila remaja-remaja beranak tanpa malu dan segan di hospital. Kemudian bagi pulak anak tu kat orang lain untuk dijaga... tak ke *tuuuuuuuuuuuuuuuuut***

mujur ada sorang doktor aka ustaz bagi ceramah dan tazkirah kat remaja-remaja yang beranak anak haram ni.ada yang sampai nangis2... harap meraka insaf dan bertaubat nasuha dan Allah terima taubat mereka. Ameen.
(cerita masa kerja di hospital dulu)

UmmuAhmads

yelah mynie...bukan semua... tapi, maybe hampir semua...hahaha....

SMM

drnehar,
urgh, itu scene yang sgt dibenci.. kalau tengok contoh 3 'case study' (chewah case study lah sgt), ada satu part yang saya bubuh istilah 'dianiayai' tu menjadi asbab si suami mati. tapi boleh je nak cari asbab lain...

ummuahmads,
tu lah. kena tukar daripada hampir semua 'hampeh' kepada hampir semua bagus-bagus..
membangunkan pembudayaan nilai dalam media - ha tu dia, siap ada slogan lagi ;)

Ummu Auni

cinta si penggali kubur tu lakonan nasir bilal khan. masa masuk anugerah skrin memang berharap sangat cerita ni memang, sebab memang sangat menyentuh perasaan, tapi last2 cerita cerekarama yang lain menang lakonan jehan miskin dgn lisdawati :p. oh frust, hikhik

tapi cerita ni dah banyak kali ulang di slot cerekarama TV3. rasanya ada sambungan dia. cuba google. ada rezeki bolehlah download.

knv

hihihihi bullseye!

tak larat dah nak mengomen bab cerita2 nih. patutnya lebihkan banyak documentari dan kisah2 benar.

but to think about it, agaknya memang kisah2 benar kot semua tu? too depressing to be true, tapi gamaknya memang gitu masyarakat melayu kita nih.

filem kita wajah kita?? how sad. and disturbing.

bila kita boleh produce fllem macam The Blind Side tu, eh? boleh aje buat cerita pasal PERNIM.. hihihihi :D

aida

dalam banyak2 drama, i dok recommend kat aini tgk cinta si penggali kubur. walaupun depressing, tapi sangat menyentap hati.

lagi satu, tengoklah sutun. dulu drama tu tayang kat tv1, menang anugerah drama terbaik. siap ada sambungan sutun 2 (tapi sambungan tak best). pasal kisah sorang budak laki ala-ala pondan, dia nak sangat menzahirkan feminine side dia. lepas tu kawan dia cakap boleh la lari rumah, jadi nyah kat jalan. dia pergi. sekali jumpa pakcik tua nyah (aziz sattar), cakap, ginilah hidup nyah, dihina di tepi jalanan. last2 budak tu balik rumah. ayah dia mmg tak suka dia ala-ala pondan. mmg ayah dia insaf lepas tu, lepas budak ni selamatkan budak laki yang suka buli dia kat sekolah. dan bila besar, budak tu jadi doktor, dan ada isteri & anak-anak.

so kesimpulannya; jgn pandang hina orang yang lembut.. kekeke

sorry panjang cerita, tapi sutun tu mmg cerita yang membina semangat. jangan pandang rendah pada orang, kita tak tau what will happen to them in the future. they maybe much better/successful than us

SMM

UAA,
ok, nanti akan ku google cerita tu..

knv,
oh kalau ini 'wajah kita', memang ngeri!
saya rasa kita patut beri cadangan cerita (nak tylis skrip sendiri tak mampu) pada para penulis skrip. ni link seorg penulis skrip yang berfikrah islam
http://zabidiskrip.blogspot.com/
tak sure ada dia bagi emel tak kat situ. kat blog dia ada link ke beberapa blog penulis skrip lain.

aida,
tu dia, dah keluar contoh-contoh cerita yang baik :)

H

Kenapa macam pernah tengok cerita Dosa Serupa dan Tiupan Sangkakala ini? Yg ketiga pun macam pernah tengok, tp dah tak ingat nama...

SMM

H,
alamak, ingat nak biar 'case study' ni remain anonymous, tapi dah bocor nama :)
the third one tak ingat nama jugak, tapi pelakon utama rosyam nor, adik dia rusdi ramli, mak dia fauziah nawi, tunang dia lisdawati.

My thoughts

mynie,

mu husband x suka tengok cikikrama dan yg sewaktu dgnnya atas sbb2 yg mynie katakan ni lah. dia kata "Drama melayu ni, kisah malang tak berkesudahan...dah jadi tak logik. Kalu orang tu malang, samapai mati la dia malang" hehhee..

k/shafida

SMM

wah, syoknya kak shafida tinggal komen kat blog i :)
like your word cekikrama hehe ;p

bas

aku suka gak tengok cerita2 melayu ni, tapi kau punya contoh2 ni memang depressing la..

kau tgk tak cinta sempurna yang cerita asal from abu saif tu? cerita tu pun aku rasa tak berapa sampai message dia, mungkin diorang ni niat asal baik (tu pasal cerita2 case study kau tu ada unsur2 balasan Allah/ keinsafan) tapi not presented appropriately / beautifully

SMM

bas,
i've heard of cinta sempurna tu sbb abu saif mention dalam blog dia, tapi tak tengok..
tak 'larat' nak follow drama bersiri sbb berjam-jam, dari seminggu ke seminggu haduih lamanya ;p

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP