Monday, June 14, 2010

Pahala, redha, dan ikhlas

Kita mula diperkenalkan dengan konsep pahala dan dosa kerana konsep ini lebih mudah berbanding dengan konsep mencari redha Allah. Dalam artikelnya, Ummu Husna telah menggunakan analogi memberi 'upah' gula-gula untuk memujuk anaknya mandi kerana si anak belum begitu faham mandi itu penting untuk membersihkan diri. Konsep 'redha Allah' juga, bukan mudah untuk diselami. What does that really mean? Bagi saya, saya kaitkan dengan istilah/konsep ' approve of'. Does He approve of me? Does He approve of this act, this decision? I want His approval. Bila anak saya bertanya, "Kenapa Ummi solat?" Saya tidak menjawab, "Supaya dapat pahala" atau "Supaya tak berdosa" tetapi saya menjawab, "Supaya Allah sayang." Satu hari, anak saya akan bertanya, "Kenapa Allah sayang kalau kita solat?" Sudahkah saya bersedia untuk menjawabnya?

Bagaimana dengan ikhlas? Kalau kita bersedekah kerana mahu orang memuji kita pemurah, jelaslah kita tidak ikhlas. Tapi kalau kita bersedekah kerana mahu pahala, adakah kita ikhlas? Adakah ikhlas hanya jika kita bersedekah kerana niat kita mahu membantu si penerima? Kadang-kadang apabila saya berasa penat dan bosan dengan sesetengah kerja rumah yang saya kurang gemar, saya cuba memotivasikan diri dengan berdoa di dalam hati, "Ya Allah, semoga aku dapat ganjaran." Tapi saya rasa bila saya berdoa begitu, seolah-olah saya tidak ikhlas untuk berkhidmat untuk keluarga saya. What do you think? Tapi perkara-perkara sebegini kompleks sebenarnya, bukan sejelas hitam berbeza dengan putih.

Kebiasaannya, ibu bapa merupakan guru pertama yang mengajar anak-anak membaca al-Quran dan bersolat, sekadar menyebut ibadah khusus sebagai contoh, dan secara umumnya, mendidik anak-anak berbuat baik. Apabila anak-anak berbuat baik, membaca al-Quran, dan bersolat, ibu bapa yang mengajar ada 'saham' pahalanya. Malahan si nenek dan datuk juga terkena tempias, kerana mereka yang telah mengajar si ibu dan bapa tadi. Faedah bertingkat begini, bagai MLM pula! (Ini yang buat semangat nak tambah 'downline' ni :) ) Tidak dilupakan, vice versa, apakah tempias pada kita jika menggalakkan orang lain berbuat sesuatu yang salah?

Sekali lagi, ikhlaskah mengajar seseorang (anak or otherwise) berbuat kebaikan jika kita mahukan pahala 'jariah'? But then again, satu-satu perbuatan boleh sahaja disertai dengan beberapa sebab dan niat, tetapi yang mana yang lebih dominan? Bagi saya, jika kita buat sesuatu sebab nak pahala masih ikhlas, tetapi lebih baik jika kita buat kerana Allah, dan lebih baik lagi sebab memang kita mahu buat, kerana ini petanda naluri kita sudah terdorong untuk membuat perkara-perkara yang Allah suka kalau kita buat. Wallahu a'lam. Semoga Allah mencampakkan keikhlasan dalam hati kita.

9 comments:

UmmuAhmads

mynie, bagi saya... tak kisahlah kalau buat sebab nak dpt pahala pun...ia tetap dikira ikhlas, sebab pahala hanya Allah yang boleh bagi, not manusia. Dan hanya kerana nak dpt pahala pun.... ramai yang tak buat, sebab pahala tu tak nampak... tak macam duit, rumah or kereta...hehehe... So, for me hanya semata nak dpt pahala pun takpe. Untuk anak-anak kan, kalau cakap nak dpt pahala pun susah jugak dia nak buat bila dia semakin besar, because pahala tu tak nampak pun.... tak macam coklat or gula, which is nampak, dan dpt immediately. One of the concept dlm parenting drp salah satu buku parenting mat salleh yang saya baca, empathy begins at home... maka kita ajar anak buat baik because of empathy. Contoh, kita tak nak anak kita bila dewasa membunuh org, bukan sebab tak nak DIA masuk penjara, tapi lebih kerana kerosakan itu membawa banyak kesedihan & keperitan kpd si mati & seluruh keluarga si mati. I think ia tepat dengan hukum jenayah dlm islam, yg mana kesan ke atas masyarakat drp kelakuan si pelaku sgt diambil kira dlm hukuman yang dijatuhkan. Drp segi solat dan lain2 ibadah pulak, it depends on their age. Sometimes untuk my son yg dah 7 tahun dan dah paham banyak benda, untuk sesetengah perkara saya just cakap, because Allah suruh, and because Dia yang ciptakan kita, maka definitely kita kena buat apa yg disuruh & jgn buat apa yg dilarang, since Allah knows apa yg terbaik utk kita. Ahmad can even understand why kita tak boleh beli setengah barang or pergi setengah kedai, due to israel linkages. Again here, empathy plays the main roles.

SURAIYA PAUZI

Ikhlas tu yg paling susah nk buat. Teringat kuliah Ustaz Zul Ramli di ofis dulu. Manusia tidak blh menilai ikhlas diri sendiri mahupun org lain, kerana itu hak Allah. Allahlah yg selayak2nya menilai. Kekdg kita tolong orang kita kata, 'Saya ikhlas tolong ni...' kita x blh ckp mcm tu sbb kekdg mulut je ckp, tp hati x.

Tentang solat ... bila ajar anak solat, sy juga x ajarkan konsep pahala dosa ... Apa yg sy bagitau anak, "Orang yang malas sembahyang, setan seronok berkawan dengan dia, lepak2 dlm badan dia ... kalau nk power lawan setan kena rajin sembahyang. Allah bagi power kt kita kalau rajin sembahyang" gitulah lebih kurang.

Sebab tu dlm majalah Asuh kami, ada komik setan ... ada kesan mendidik. Budak mudah ikut.

Wallahualam

SMM

ummuahmads,
i agree, mmg ikhlas, cuma rasa mcm 'ibadah belum matang' (using the term ummu husna used). tak salah berbuat sesuatu sebab mengharap pahala.
thanks for the tips on bagaimana nak terangkan these concepts to young children.

suraiya,
hoho.. glamer betul komik godaan setan tu. bukan untuk kanak-kanak je, untuk orang dewasa pun elok sebagai peringatan :)

bas

mynie, aku pun pernah terbaca yg ikhlas tu hanya Allah yg tahu... macam suraiya ckp kita pun takboleh nilai kita betul2 ikhlas ke tak

tambah downline ok jugak :) tapi kalau berjaya didik downline, selamat.. kalau terlalai? lebih byk downline, lebih byklah kena tanya kat mahkamah nanti :)

SMM

bas,
betul, kena bear that in mind jugak. sbb tu aku bubuh the 'vice versa'. hopefully we can go for a balance.. nak ambitious sgt tak boleh jugak, kang diri sendiri tak mampu. tapi kalau risau sgt tak boleh jugak, kena ada some confidence that we can do it, insyaAllah. may Allah guide us and help us.

ummi

based on pengalaman, redha itu mengambil satu perjalanan yang panjang dan kdg2 menyakitkan. tapi bila sudah boleh redha, satu macam 'kelegaan' dan syukur akan timbul.

anak akak, bila ditanya kenapa pakai tudung, alhamdulillah sekarang jawapannya supaya Allah sayang. semua orang islam wajib tutup aurat. kalau dulu jawapan dia sbb ummi suruh atau abah suruh.

SMM

ummi,
true. benda-benda ni bukan boleh baca dari buku teks and faham senang-senang je.. through experience jugak nak hayati. may Allah guide us.. :)

knv

mynie pernah baca pasal robia'tul adawiyah wali allah yang perempuan tu?

dia garapkan ikhlas itu dengan begitu bombastic sekali.

dia bertanya:-

kalau tiada syurga dan neraka, adakah engkau akan masih menyembah allah?

alasan dia untuk tidak berkahwin, ialah dia tidak sanggup kongsi kasih sayangnya pada Allah. kalau ada suami kena taat suami. kena sayang suami. jadi dia tolak semua tu.

apa yang akak belajar dari kisah dia, kita kena selalu tanya diri, buat ibadat sebab semata2 nak sembah allah, atau sebab takut masuk neraka?

yang terbaik sebab semata2 kerana kita ni hamba, maka wajib sembah allah dan buat apa yang allah perintah.

tapi nak didik hati tu yang susah.

semoga kita sama2 ikhlas. amin.

SMM

knv,
thanks for sharing! tu mmg soalan muhasabah yang bagus! "kalau tiada syurga dan neraka, adakah kita akan masih menyembah Allah?"

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP