Friday, August 27, 2010

Dalam aku, ada kamu

*Firstly I would like to apologize because I will be mixing Bahasa Malaysia with English liberally in this blog post.

Losing a parent is (almost) every child’s nightmare. Even one who has grown up to be a 30-year-old woman. It’s something that you can’t be prepared for. You have reminded yourself before that it will (might) happen one day, but the reality still hits you like 30-tonne truck moving at 100 km an hour. You know that people may go at anytime, but when it happens to someone you love, you have to learn that lesson again.

I miss Mok. So very much.

This pain, this void, this longing - it would never go away. I will learn to live with it. It will stay with me and be a part of who I am.

Menghadapi detik sukar seperti ini, saya bersyukur saya seorang Islam. Berikut perkara-perkara yang telah membantu menguatkan diri saya.

1) Konsep-konsep seperti ketentuan ajal, qadha’ dan qadar, redha dan sebagainya
Tidak terlintas di hati saya soalan-soalan seperti ‘why her?’ atau ‘why now?’. Meskipun sedih tidak terkata, tetapi insyaAllah saya redha dan menerima ketentuan ini, dan melebihkan fokus kepada meneruskan kehidupan.

2) Cinta kepada Allah dan Rasul hendaklah melebihi cinta sesama manusia
Bukanlah bermakna cinta saya kepada bonda saya kurang, tetapi saya harus sedar bahawa kehilangannya tidak harus membuatkan saya patah semangat atau berputus asa. Matlamat keberadaan kita di dunia fana ini haruslah jelas.

3) Doa anak masih sampai kepada arwah ibu bapa
Hubungan saya dengan arwah bonda saya tidak putus walaupun beliau telah berpindah ke alam berikutnya. Saya mahu istiqamah mendoakannya dan menyedekahkan amalan-amalan kebajikan kepadanya, insyaAllah.

4) Dunia ini sementara, akhirat jua yang kekal abadi
Semoga saya dan arwah bonda dimasukkan ke dalam syurga Allah, dan semoga saya akan dapat bertemu kembali dengan beliau di sana nanti, insyaAllah.

Setiap daripada kita ini, memang pinjaman semata-mata. Bila-bila masa Allah boleh ambil kita kembali. This is one of the things I had taken from this experience. It made me feel that I need to do more, much much more, in order to be prepared to leave at anytime. It made me feel like I need to focus more on the things that I want to do, rather than continue to do what I’m expected to do. To live fully. Because life is too short. Soal ajal memang tidak boleh buat main-main, tapi sebagai ilustrasi ringkas, jika umur saya sependek (atau sepanjang) arwah bonda, maknanya saya sudah berada di separuh umur yang kedua! Saya kini 30 tahun, dan arwah bonda pergi pada usia 55 tahun. 25 tahun ‘terakhir’ ini, jika saya darabkan dengan 365 hari, cuma tinggal 9,125 hari! Semoga saya dapat menterjemahkan perasaan saya ini kepada perbuatan-perbuatan konkrit dan tidak tinggal niat semata-mata. May Allah help me to improve on my many weaknesses.

Akhir sekali, saya ingin kongsikan sebuah puisi yang saya tulis bulan lepas, almost like an attempt to console myself (or perhaps just a mean to express my feelings). Some of the points are the things I have mentioned above.


ibu
melihat potretmu
rasa walang datang menghimpit dada
mengundang rindu yang tidak terungkapkan

dalam sebak aku bertanya
apakah kini
yang tinggal hanya foto
dan kenangan
yang kadangkala terasa segar
seperti baru berlaku kelmarin
tetapi kadangkala terasa rapuh
bagai menggenggam pasir

tidak

dalam tubuhku, mengalir darahmu
dalam akalku, tersemat pesananmu
dalam hatiku, terbenih cintamu
dalam amalku, terkesan didikanmu
dalam aku, ada kamu

sungguh, aku sayang padamu
sungguh, aku rindu padamu
dan kini aku hanya mampu
menitipkan doa buatmu
tidak kan putus

aku sabar menanti
saat kita kan bertemu kembali
di syurga Allah
insya-Allah.


Sungai Merab
21 Julai 2010

11 comments:

bas

in life and in death, she could still bring her children closer to Allah..to be like that is every mother's dream!

doa masih menghubungkan kita.. how comforting...semoga ibu Mynie diberi taman syurga di alam barzakh, dipercepatkan dan dipermudahkan urusan di Padang Masyar, selamat di titian sirat, dikurniakan syurga abadi dan hidup bahagia bersama Rasulullah saw dan para Mukminin lain.

aida

wah, my ummi pun dah 54 tahun ni.

Insya Allah mak mynie pun ditempatkan di kalangan org soleh.

knv

insyaallah dia ditempat yang lebih baik dari dunia ini. betullah orang kata, anak2 soleh tu memang harta yang tidak ternilai harganya. untuk dunia, dan akhirat.

afidalina

be strong mynie. perit kan rasa =( mak mynie ada anak2 soleh solehah yg sentiasa doakan dia.

SURAIYA PAUZI

Kalau ikut kalender hijrah ... umur kita lebih tua daripada kalender gregorian... agak2 tambah dua tahun gitu.

Setengah org tak suka sambut birthday, malah ada yang berahsia usia takut rasa 'ketuaannya'... secara peribadi, saya rasa kita mesti sambut hari lahir bagi mengingatkan kita pada usia yang semakin senja, maut bakal menjemput. Sambut dgn cara memperbaiki amalan & muhasabah diri. Saya tidak pernah berahsia bila ditanya umur, dan saya tak pernah tidak meletakkan tahun lahir pada apa2 borang hatta dalam facebook agar diri sedar 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Wallahualam.

Ummu Auni

I just went to ustaz's class last wednesday. ustaz kisahkan tentang seorang sahabat tanya dgn our beloved Prophet Muhammad SAW. lebih kurang ayat dia macam ni, "Macam manalah keadaan kami di akhirat esok. Rasulullah SAW akan berada di syurga tertinggi, dan kami akan berada di syurga terendah. SEdangkan tidak berjumpa dengan kamu, wahai Rasulullah SAW hanya selepas beberapa ketika, kami sudah terasa rindu, maka bagaimana di akhirat kelak?"

And our Prophet SAW replied, orang yang taat kepada Allah & Rasul, akan mendapat nikmat di akhirat bersama Allah, Rasulullah SAW dan orang bertakwa yang dicintainya.

lebih kurang macam tu la, saya bukannya pencerita yang baik.

dulu-dulu, saya selalu wonder, kat akhirat esok, boleh ke saya jumpa ibu bapa, keluarga saya balik, tengok ustaz dah jawab.

and yes, sempena ramadhan ni, saya rasa sikit lagi amalan saya ni, huhu. sedih. takut pun ada

SMM

dear friends,
thanks and amin..

suraiya,
betul.. birthdays should be our reminders that kematian semakin menghampiri.. like a countdown, almost.

ummu auni afif,
saya pun rasa amalan saya sgt sikit ;( jom kita sama-sama tingkatkan, insyaAllah..

Nur

mynie,
saya nyaris kehilangan mak saya sebelum puasa hari tu akibat sakit jantung..syukur lah Allah masih lg perkenankan doa saya supaya Dia pinjamkan mak pada kami lebih lama...

Semoga mak mynie berada di kalangan org2 yg soleh..ameen..

SMM

nur,
syukurlah masih diberi peluang utk bersama mak nur. mesti ada perasaan 'lain' bila dah lalui saat mencemaskan macam tu, mungkin lebih berazam nak berbakti lebih..
terima kasih atas doa. amiinn..

Julie

Salam,

I'm Julie. I was blog hopping just now and coincidentally your blog was linked to my friend,asma's blog (dancing buttacupp) so i decided to pay this site a visit.

I understand what you're going through. 22 years have passed since my mother's passing (I was 8 at that time).I'll be 30 this year. You'd think that by now,the feeling of loss would subside . It doesn't. Until now, I still envy those who still have their mothers around.

But you're right about one thing, ajal maut di tangan tuhan.I do hope that she's in a better place now.

SMM

julie, salam perkenalan,

thanks for dropping by and to share your personal experience. when i sometimes 'almost' ask "why does this happen to me?" i always remind myself that i should be grateful that i had 30 good years with her, some people are less fortunate than me. and, that it's better to have loved and lost, than never to have loved at all.

you blog is very interesting! you pick interesting recipes and have really nice photos of the food. i hope you don't mind if i follow your blog by linking it to mine (so that I know when it's updated) :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP