Tuesday, September 07, 2010

Nur Syaheera dan Nur El Amin

Dua minggu lepas, persatuan pekerja Islam di tempat saya bekerja, dengan kerjasama jabatan Hal Ehwal Korporat (Corporate Affairs), telah menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa dengan anak yatim. Tetamu-tetamu kami tahun ini datangnya dari rumah-rumah kebajikan di bawah:

Rumah Bakti Nur Syaheera (Cheras)
www.nursyaheera.com
Maybank 564856111166 (Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur)

Rumah Amal Nur El Amin (Rawang)
www.nurelamin.com
http://nurelamin.blogspot.com
Maybank 562012005075 (Pusat Jagaan Nur El Amin)

Ustaz Johari, pengetua dan pengasas Rumah Amal Nur El Amin sempat mewar-warkan sebuah pusat latihan yang akan mula beroperasi selepas raya ini. Pusat Latihan Kemahiran Kreatif Nurelamin bertempat di Bandar Baru Nilai (tapak/bangunan ihsan daripada MAS, ujar beliau). Pusat ini akan melatih anak-anak di bawah jagaan mereka antaranya pengajian teras, bahasa, akademik, kreatif, kemahiran komputer, grafik, multimedia dan sebagainya. Ustaz Johari berkata beliau mahu anak-anak jagaan mereka terbuka untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan berbanding hanya bergantung kepada mencari pekerjaan kelak. Mereka sedang mencari jika ada dermawan yang sudi menyumbangkan kelengkapan-kelengkapan seperti komputer (baru/terpakai), meja, kerusi, kipas, dan sebagainya, dan juga jika ada tenaga pengajar sukarelawan yang sudi menyumbangkan masa untuk mengajar/melatih anak-anak ini. Ustaz Johari boleh dihubungi di nombor 019-6226313.

Sekiranya berminat untuk menderma dan bersedekah di sehari dua terakhir Ramadan ini, jemputlah transfer ke akaun-akaun mereka seperti yang disebutkan di atas. InsyaAllah segala kebaikan yang kita buat di bulan yang penuh berkat ini akan Allah beri ganjaran yang berlipat kali ganda.


Selingan: Kami berbuka dengan kuih, kurma dan air kotak dahulu di dewan besar (yang telah dihampar tikar menjadi dewan solat), kemudian bersolat Maghrib, barulah makan malam. Sewaktu makan malam Munief bertanya, "Lepas ini kita buat apa, Ummi?" "Lepas ni kita solat (Isyak)." "Lepas tu?" "Solat lagi (tarawih)." "Lepas tu?" "Solat lagi (witir)." "Lepas tu?" "Lepas tu makan (moreh)." Munief bertanya, "Kenapa kita makan, solat, makan, solat, lepas tu makan?" "Err...." Dalam hati, betul jugak ye. Hehe...


P/S
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Raya Hari Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin. Taqobbalallahu minna wa minkum, kullu antum bikhair. Antara amalan sunat hari raya 1)Membanyakkan takbir dan tahmid 2)Mandi sunat di pagi raya 3)Pakai pakaian yang indah dan bersih 4)Menjamah sedikit makan sebelum solat sunat raya 5)Solat sunat raya 6)Saling berziarah dan merapatkan silaturrahim

3 comments:

knv

selamat hari raya mynie. minta maaf atas segala keterlanjuran semasa berblogging. :D

aida

selamat hari raya mynie..

mynie

knv,
setakat ni saya belum ada 'terasa hati' lagi dgn any of your posts hehehe.. eid mubarak.

aida,
enjoy your novel experience beraya di perantauan :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP