Thursday, September 16, 2010

Iklan raya

Tidak, saya bukanlah mahu menyentuh tentang kontroversi iklan raya TV3 tempoh hari. Saya cuma terfikir sudahkah ada iklan raya yang menggunakan tema-tema di bawah?

1) Menyambung silaturrahim yang terputus. Kemaafan, berlapang dada, kasih sayang. Barangkali sudah ada antara anak dengan ibu bapa, tetapi bagaimana dengan sesama adik-beradik atau saudara-mara? Mungkin antara jiran tetangga atau sahabat?

2) Kelangsungan mujahadah dan perubahan ke arah kebaikan (impak positif daripada madrasah Ramadan). Kesedaran, keinsafan, keazaman. Contohnya seorang yang merokok berjaya berhenti merokok. Atau seorang yang lalai dalam menjaga solat berazam untuk lebih menjaga solat dan merapatkan diri kepada Allah.

Rasanya, di media perdana, suasana raya lebih digambarkan sebagai adat dan budaya berbanding roh spiritualnya.

3 comments:

aida

tekan button like di facebook :)

knv

entah kenapa kita orang melayu ni suka yang meriah2 sahaja. yang tenang2, yang sederhaha2, susah nak masuk.

dengan tv lagi dok bakar bila raya aje kena grand2. sungguh pretentious. tak suka ah!

SMM

aida,
saya pun kadang2 tinggal komen 'like' di post orang hehe :)

knv,
betul tu.. saya suka betul dengan pendekatan 'tenang' akak hehe..

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP