Wednesday, October 06, 2010

Balik kampung

Perjalanan pulang ke kampung beberapa hari sebelum hari raya tempoh hari (cerita basi rupanya) membawa saya mengimbau nostalgia perjalanan-perjalanan ‘balik kampung’ sewaktu saya kecil lebih daripada biasa. Dahulu, sebelum Lebuh Raya Pantai Timur dan Gombak-Karak siap dibina, perjalanan pulang ke Trengganu mengambil masa lebih lama kerana menggunakan jalan satu lane. Jika berhenti hanya sekali pun mengambil masa 8 jam, apatah lagi kami yang kerap berhenti. Waktu perjalanan 10 ke 12 jam itu memang biasa.

Walaupun saya suka balik kampung, tapi bab perjalanan itu saya ‘kurang’ gemar – I loved going back to Trengganu, but I didn’t look forward to the journeys. Salah satu sebabnya ialah, saya cepat pening-pening dan mual! I have tendencies to get motion sickness easily. Kadangkala saya menyimpan kulit limau untuk dihidu sewaktu perjalanan bagi mengurangkan rasa pening. Kami kerap berhenti sewaktu perjalanan – biasanya untuk bersolat, menggunakan bilik air dan makan, biasanya di Karak (teringat Masjid Jamek Karak, bagaimana keadaannya sekarang) dan Kemaman (teringat Restoran Zarina yang bertahan berpuluh tahun sehingga hari ini, cuma berpindah lokasi), singgah di rumah saudara-mara, dan kadangkala untuk berehlah (contohnya di Hutan Lipur Lentang, and di tepi pantai apabila sudah di timur sana). Sekarang, kita cuma kenal dengan R&R dan tidak lagi masjid atau restoran tempatan. Barangkali usahawan-usahawan kecil tempatan yang dahulunya mencari rezeki dengan adanya pengembara-pengembara seperti kami yang singgah di tempat mereka mengeluh apabila laluan kami sudah beralih ke lebuhraya.

Meskipun bernostalgia dengan kenangan lalu, yang sebenarnya, saya amat bersyukur waktu perjalanan kini dipendekkan dengan adanya lebuhraya. Tak sabar rasanya menunggu sambungan kepada LPT disiapkan lagi hingga ke Trengganu. Apabila saya rasa sukar berkelana dengan anak-anak (dan rasa pening sendiri), saya sering mengingatkan diri saya bahawa zaman ibu bapa saya dulu lebih mencabar dengan waktu perjalanan yang lebih panjang, jalan yang lebih kecil, dan kami adik-beradik yang lebih ramai dan bermacam ragam. Tetapi mereka gembira sahaja dan sentiasa cuba balik kampung sekerap yang boleh.

5 comments:

aida

mynie tulis saya pun sebak... balik klate mesti 12 jam kalau dulu2

SURAIYA PAUZI

Hui, mmg nostalgia.

Zaman pertengahan 80-an dulu, nak balik kelantan masa laluan lipis-gua musang baru dibuka pada org ramai, pengguna jalan raya kena ambik permit dari balai polis sbb masa tu masih ada komunis dalam belantara Pahang.
Ayah saya fotokopi byk2 borangnya, distribute pd kawan2 dia.
Belantara kiri kanan (sekarang sawit). Sekarang dah tak perlu semua tu.

AWal 80-an Lipis-Gua Musang x buka lagi. Kena lalu TErengganu berbelas jam baru sampai. Mesti transit 1 malam rumah mak saudara di Dungun. Suka tengok loji petroleum waktu malam ... cantik. Jalan pantai sungguh menenangkan & beli kopok lekor & satar mkn dlm keta.

Balik kampung dulu2 bawa bekal singgah wakaf atau masjid. Sekrg buat juga, tapi suasana dh berubah.

Dulu ayah memandu bawa anak2, sekarang ayah dah tak boleh drive, anak pula memandu bawa ayah mak.

ehhh ... berjela pulak cerita.

Ummu Auni

bila la agaknya highway tu nak siap..dah lama rasanya :D

oh, saya tetap merasakan kalau LPT sampai kelantan, mesti byk income untuk govt :D

sekarang balik kelantan masih berjam2 juga sebab jam..

SMM

aida,
sebak sebab apa tu? nostalgia sgt ke hehe..

suraiya,
terima kasih sbb beri komen berjela yang memang pelengkap cerita. saya pun suka sgt tengok kompleks minyak kerteh kalau lalu situ waktu mlm - sgt cantik! (skrg pun masih lalu) dan betul - mmg bekalan2 makanan dan air sgt penting!
ayah saya still memandu ke/dari tganu sehingga skrg, tapi bergilir2.. semoga beliau selamat dalam perjalanan (yang kerap)..

ummu auni afif,
income through toll ke? bukan kompeni tu (MTD kalau tak silap) yg dapat ke?
jlm jammed time raya/cuti besar je kan? biasa still ok kot..

Ummu Auni

mynie, mesti ada portion dia bayar untuk state govt kan? sekurang-kurangnya untuk beli tanah di kelantan :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP