Friday, October 08, 2010

Mengejar deadline

Dua minggu ini, saya cukup kalut mengejar deadline satu tugasan menyunting manuskrip sebuah novel. Dan puncaknya adalah malam semalam, di mana saya terpaksa berjaga lewat malam untuk menyudahkan amanah saya dalam tempoh yang dipersetujui. Terima kasih MHH kerana memahami dan memberi sokongan. Permintaan dan keperluan anak-anak, hampir semua saya alihkan (divert) kepada Abi mereka. Sebenarnya, saya telah mendapat assignment ini sudah lama, sewaktu bulan Ramadan lagi. Waktu itu, saya amat yakin dapat menyiapkannya dalam tempoh sebulan yang diberi. Rupa-rupanya, Ramadan dan Syawal adalah bulan-bulan yang amat sibuk, dan saya tidak sempat meluangkan banyak masa membuat kerja-kerja penyuntingan. Bila hampir ke tempoh sebulan yang dipersetujui pada awalnya, saya terpaksa meminta tempoh tambahan sebanyak seminggu. Fuh, seriknya rasa! Harap-harap selepas ini, saya dapat menguruskan masa dan tangggungjawab saya dengan lebih bijak.

Kerana terdesak, saya mengambil cuti satu hari khas untuk fokus kepada aktiviti menyunting. Kakak (#1) menyindir, “Hai, sampai ambil cuti nak buat side income …”. Saya menjelaskan, “Saya bukan suka-suka nak ambil cuti, tapi sebab dah minta tempoh lanjutan sekali, takkan nak minta tangguh kali kedua. My credibility is at risk.” Adik (#4) pula bertanya, “Kenapa Kakngah buat benda ni? Untuk pendapatan tambahan ke?” Maksud tersiratnya, “Kan gaji awak dah lebih daripada cukup?” Saya menjelaskan, “Saya buat ni bukan sebab nak dapatkan pendapatan tambahan, tapi nak nilai feasibility dia sebagai pendapatan alternatif.” Adik (#3) pula bertanya, “So, feasible tak?” Penilaian saya setakat ini, “Tak boleh buat benda ni saja. Kalau nak berhenti kerja, kena buat a few things.” Tapi dari segi seronok, memang saya suka buat kerja ini. Maklumlah, saya kan pembaca buku tegar. Bila menyunting, cuma perlu membaca dengan lebih kritis, beri cadangan penambahbaikan dan membuat pembetulan-pembetulan yang perlu.

Lega. Sekarang saya boleh buat benda-benda lain yang telah saya abaikan dua tiga minggu ini, termasuklah membaca buku cerita (cuma 1 buku sempat dibaca sepanjang September, sangat corot!), membaca blog orang lain dan menulis di blog sendiri (termasuklah blog buku saya telah lama bersawang), dan lain-lain.

Dan barangkali, dalam sebulan dua lagi, saya akan menulis emel kepada saudara Editor Perolehan, “Assalamualaikum Tuan, saya agak lapang sekarang. Ada sebarang manuskrip untuk saya sunting?” :)

7 comments:

Asma Wan

Wah mynie, when do I get to read the books that you edited?

Ummu Auni

nanti aini komen di blog :) fasal entri ni

aida

hah i pun nak baca buku tu...

Ummu Auni

mynie minta extension berapa lama untuk second manuscript?

SMM

asma, aida,
ala.. buat apa baca buku yang saya edit, berapa persen lah sangat my contribution.. tunggulah buku yang saya terjemah atau tulis hehe.. entah bila lah tu.. but on a serious note, doakan :)

ummu auni afif,
wah, a whole post as a response.. thanks for sharing your experience ;) tak ingat lah brp lama minta extension for the second manuscript. this one yg baru hantar ni (fourth) minta seminggu..

UmmuAhmads

Salam mynie.... :) Actually, saya rasa it is more to minat kan...:)Kalau memang minat buat sesuatu tu, kita tak kisah pun kena berjaga malam, dan tidaklah memikirkan pulangannya (duit) sgt...betul tak? Hmmm... entah bila nak dpt visit awak ni...asyik tertangguh aje..;P

SMM

ummuahmads,

betul, minat is very important :)
tapi sebenarnya malam tu saya rasa sangat bersalah dengan anak-anak, bila diorg minta apa2 saya cakap "minta kat abi. ummi tengah buat kerja" padahal baru balik dari kerja. sigh... kalau boleh tak nak episod-episod mcm ni lagi..

jemputlah datang bila2 lapang, rumah kami sentiasa terbuka sepanjang tahun (tak semestinya visit bulan syawal je) :)

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP