Alahai, kak
Salah satu pertandingan berkumpulan suka-suka sewaktu hari keluarga jabatan tempat saya bekerja bulan lepas, adalah aktiviti membuat kraftangan berdasarkan contoh menggunakan bahan-bahan yang diberi. Saya sedikit terkesima mendengar reaksi dua orang kakak dalam kumpulan saya.
“Kecilnya gunting yang group kita dapat. Tengok group sebelah punya. Gunting besar tu si polan dah pegang awal-awal.” (Dalam hati: Alahai kak, tak perlulah tengok apa yang orang lain dapat. Kita fokus sahaja dengan apa yang kita ada, dan cuba yang terbaik.)
“Eh, macam mana nak potong kertas warna ni jadi bulatan kecil, ya? Dah lupalah. Lama tak buat benda-benda macam ni. Korang jelah buat, ye.” (Dalam hati: Alahai kak, bukannya nak kena sempurna sangat. Buat sahajalah sebaik mungkin.)
Kesudahannya, kedua-dua kakak di atas menjadi penyumbang paling sedikit dalam kumpulan kami. Saya tertanya-tanya juga pada diri sendiri: Adakah saya juga berkata-kata seumpama itu tanpa disedari?
5 comments:
Bila baca cerita ni, reflect kat diri sendiri juga. Rasa kekadang macam ada sahaja bunyi tak bersyukur..hu
memang, kita sentiasa mencipta alasan :-)
ummu auni,
tak semestinya tak puashati tu maknanya tak bersyukur kot. depends on tak puashati pasal apa, and what our reaction is kot? quite a fine line..
kak tini,
lagi satu fine line.. between sebab dan alasan. dulu saya rasa saya selalu bagi 'sebab' yg sebenarnya alasan semata-mata hehe... skrg ni lebih berhati-hati utk bezakan the two, insyaAllah...
bole cakap kt akak tu, a quitter never wins, a winner never quits :p lol!
depends on why we put on so much questions. entah :p
niza,
maybe diorg ambil ringan kot sbb 'sekadar' aktiviti suka2 masa family day. tapi rasa gak malu (on their behalf) kat team members lain yg lebih bersungguh utk mencuba, termasuklah isteri GM sendiri.
Post a Comment