Wednesday, January 19, 2011

Hiduplah bagai warga asing di perantauan

Post ini diringkaskan daripada artikel (dengan tajuk yang sama) tulisan Roslan Kassim dalam majalah Anis keluaran November 2010. Saya ingin kongsikan di sini sebab saya rasa perspektif yang dijelaskan menarik dan mengesankan.

Setiap kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong, dibenarkan hidup untuk tempoh tertentu sehinggal ajal bertandang (yang tidak diketahui bila). Sepanjang tempoh itu, kita dibenarkan mundar-mandir mencari bekalan dan penghidupan di dunia ini. Orang yang bijak akan membuat simpanan dan pelaburan untuk kehidupan pada masa akan datang yang kekal abadi. Sebaliknya, mereka yang bodoh akan sibuk mengumpul harta dunia atau leka dengan permainan dan perhiasannya.

Rasulullah ada mengingatkan kita bahawa dunia ini adalah satu kembara. Sabda baginda: "Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan." (Riwayat Imam Bukhari)

Maka, apakah ciri-ciri perantau/pengembara/orang dagang yang perlu kita fahami dan adaptasi? Antaranya:

1) Orang dagang itu tahu bahawa dia berada di tempat asing yang bukan kediaman kekal. Dia tahu dia berada di situ buat sementara waktu sahaja.

2) Orang dagang itu atau merantau itu tahu dengan jelas tujuan dia berada di tempat itu. Contohnya untuk mencari ilmu, mengumpul wang, dan sebagainya.

3) Orang dagang atau warga asing itu tidak terikat emosi dan rohaninya dengan tempat dia merantau. Hati dan ingatannya sentiasa terikat dengan tempat asalnya. Justeru dia hidup ala kadar sahaja tanpa perancangan jauh untuk tinggal tetap di tempat dia merantau.

4) Orang dagang itu berkeinginan satu hari nanti untuk kembali ke tempat asal. Kembalinya pula bukan dengan tangan kosong, tetapi membawa kejayaan, kemuliaan dan kemenangan.

5) Orang dagang berhati-hati dan patuh kepada undang-undang di tempat dia berada, kerana tidak mahu timbul sebarang masalah atau terpenjara di tempat dia merantau.

6) Orang dagang itu hatinya rindu dan ingin bertemu kembali dengan sanak saudara dan sahabat handai di tempat asal. Di tempat merantau tiada saudara atau sahabat sejati, hanya kawan dan kenalan.

7) Orang dagang di perantauan hanya hidup ala kadar, tidak memupuk harta kerana nanti apabila hendak balik ke tempat asal akan susah dan terbeban. Ini kerana payah atau tidak mungkin untuk membawa pulang banyak barang ke kampung halaman.

8) Orang berdagang di perantauan itu sangat kuat bergantung hati dengan Allah untuk medapat bantuan dan pertolongan. Sebab apa-apa pun boleh terjadi di luar jangkaan dan perancangannya.

8 comments:

Niza Dekja

btol. emm. niza paling suka ciri #8.

Asma Wan

setuju! terasa mcm perantau juga la.

aida

Betul ciri2 tu. Mmg applicable sgt2 di perantauan.

SMM

niza,
bila aware, insya-Allah lebih senang apply..

asma,
you mean, terasa mcm perantau di dunia or di bintulu? if the former, baguslah, dah capai tahap tu :)

aida,
tulah. boleh relate sbb kita ada experience merantau 'cari ilmu' (haha cari ilmu la sgt...)..

SURAIYA PAUZI

Penulis artikel tu mantan bos saya ... heee2 skrg dia pegang jab. AV pulak

bas

mynie, no 3 tu kena remind myself everyday...esp kalau nak pegi shopping (or online shopping)!

btw, just nak bg tau yg semlm aku tgk 3 idiots...all iz well hahahaha
gelak byk nangis pun byk...and aku suka the way they presented the time line

SMM

kak suraiya,
AV tu audio visual ya? btw, satu soalan yang tidak relevan dgn topik: kenapa pakya dah tak tulis blog sekarang, ya? rindu baca tips2 dia...

bas,
takpe, boleh hantar malaysia naik kontena dlm kapal hahaha... kalau mmg lagi murah dr malaysia dan menjimatkan, ok kot..

best kan 3 idiots? amir khan tu dah 45 boleh lagi berlakon jadi budak kolej hehehe.. bestnya kalau boleh jadi ranchos, mmg passionate and ada natural aptitute in engineering.. (or whatever field chosen, in general).

SURAIYA PAUZI

Mynie,

Pak Ya sekarang sangat sibuk melunasi kerja-kerja yang berkaitan dengan Tabung Haji semasa bertugas pada musim haji baru-baru ini.

  © Blogger template 'Minimalist G' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP